Senarai kutipan pingat terkini SUKMA ke-22 setakat 6 petang hari ini, 22 Ogos 2026.
Selangor mendahului dengan 66 pingat emas, 53 pingat perak dan 48 pingat gangsa.
Insya-Allah, moga kehebatan ini terus dikekalkan!
#KitaSelangor#SUKMASelangor2026
Syukur Alhamdulillah, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi sejarah gemilang apabila menewaskan Kuching City FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus mencipta rekod dunia baharu 109 perlawanan liga berturut-turut tanpa kalah di laman sendiri!
Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, visi dan komitmen luar biasa dalam membangunkan JDT sehingga menjadi sebuah kelab yang disegani serta terus mencipta pencapaian bertaraf dunia.
Kejayaan ini menyaksikan Harimau Selatan mengatasi rekod 108 perlawanan liga tanpa kalah di laman sendiri yang sebelum ini dipegang ASEC Mimosas dari Ivory Coast sejak 1994. Selepas lebih tiga dekad, rekod tersebut kini menjadi milik JDT, satu pencapaian yang cukup membanggakan buat Johor dan Malaysia.
Pencapaian ini lahir daripada perancangan yang tersusun, disiplin, mentaliti juara serta standard tinggi yang terus diterapkan dalam setiap aspek pembangunan kelab JDT.
Tahniah dan syabas kepada para pemain, barisan jurulatih, pengurusan kelab serta seluruh penyokong setia Harimau Selatan yang terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada JDT dalam setiap perjalanan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk JDT terus mencipta sejarah, mengangkat nama Johor dan mengharumkan Malaysia di pentas Asia serta antarabangsa. Insya-Allah.
AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JDT #LuaskanKuasamuJohor
PH pun x hingin nak gabung. Kita lawan ikut parti masing2 baru anak jantan. Aku nak tengok juga budak hingusan mcm Akmal ni tersungkur. Ketua Pemuda paling biadap
Dalam situasi rundingan di antara parti bagi membentuk kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka rancak berjalan di belakang tabir, Pergerakan Pemuda UMNO memberi 'isyarat' supaya Barisan Nasional (BN) memilih bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berbanding Pakatan Harapan (PH).
https://t.co/dwjY1TiIF9
Perpaduan orang Melayu perlu menjadi asas kepada penyatuan rakyat yang lebih luas. Perbezaan politik tidak seharusnya membawa kepada perpecahan, sebaliknya kerjasama perlu dibina dengan semua pihak yang bersedia berbincang dan menolak sikap ekstrem demi kepentingan negara.
Pendekatan politik yang matang dan sejahtera hendaklah menjadi jalan dalam melakukan perubahan. Kuasa politik tidak sepatutnya dicapai melalui cara yang ekstrem atau menimbulkan kekacauan, tetapi melalui pendekatan yang tenang, baik dan matang demi menyelamatkan seluruh rakyat tanpa mengira kaum.
Dalam masa yang sama, rasuah dan salah laku dalam pentadbiran perlu diperangi. Pentadbiran yang baik mestilah berasaskan amanah dan nilai Islam, dengan kepentingan rakyat diutamakan mengatasi perebutan kuasa serta kepentingan peribadi.
Negara ini ibarat sebuah bahtera yang dinaiki bersama. Jangan kerana kepentingan sendiri kita menebuk bahtera sehingga akhirnya semua pihak tenggelam. Marilah kita bersatu dalam satu bahtera untuk menyelamatkan negara dan memastikan masa depannya terus terpelihara.
[Konvensyen PAS Johor, 22 Ogos 2026, Dewan Muafakat Ayer Hitam, Johor]
Semuanya sudah dijangka
Wong Chen lepaskan jawatan..
Video Azmin Ali pula sudah tidak kabur lagi menyokong, gejolak hati mahu kembali merangkul teman2 kekasih2 lama.
Begitulah kitaran kehidupan mereka.
Tapi eloklah BERSATU balik ke PH
DUA-DUA PUN SAMA NAK MELINGKUP
🤣🤣🤣
Larangan pertikai lantikan Timbalan Exco di Negeri Sembilan.
"Siapa halang kita lantik Melayu kepada jawatan tinggi mereka harbi," ujarnya dalam nada PAS.