Ada dua jenis kawan:
1. Suka jaga hati kau, tapi tak pernah tegur kesilapan kau.
2. Cakap main lepas, tapi teguran dia berguna sampai mati.
Korang yang mana satu?
Tanda cinta seorang lelaki ;
1. Berusaha untuk menghalalkan orang yang dia cintai.
2. Berusaha jumpa ibu bapa kau.
3. Berusaha kumpul duit untuk masuk meminang.
4. Berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kau.
• Jika ada tanda2 ni, InsyaAllah dia bakal suami yg baik.
Perempuan cepat jealous
Perempuan cepat marah
Perempuan cepat merajuk
Perempuan cepat berharap
Perempuan cepat beria
Perempuan cepat tawar hati
Perempuan cepat move on
Habistu perempuan lambat apa?
Arwah ayah dulu pesan, 3 jenis sahabat dalam hidup kita:
1. Yang hanya boleh borak diluar pintu rumah
2. Yang boleh ajak minum & borak di ruang tamu
Dan...
3. Yang boleh ajak join makan sekali dgn family kita dekat dapur..
Bila dah besar ni baru aku faham...😌
Allah kan maha membolak balikkan hati. Dia yang pegang hati kita. Boleh jadi hari ni orang tu sayang kita, esok dia benci kita. Minta pada Allah agar dikekalkan hatinya untuk kita.
Jangan main-main dengan empat benda ni:
1. Marahnya orang sabar
2. Kecewanya orang setia
3. Diamnya orang ceria
4. Putus asanya orang yang kuat berusaha
Betul lah orang cakap. Mula mula kenal je beria. Call, text, tolong itu ini. Effort dia 100%. Bila dah bosan. Reply whatsapp lambat, mintak tolong banyak je alasan, ajak keluar pun malas. Yes, it's true. "People change and the best will stay."
Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, semuanya yang terbaik untuk kita. Kita tak akan tahu. Sebab itu lah ujiannya. Allah nak lihat sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah.