Jangan sesekali berputus asa dalam usaha memperbaiki diri. Andai terjatuh kembali dalam dosa, bangkitlah dan bertaubatlah kepada Allah.
Teruskan melawan hawa nafsu, jauhi pintu-pintu maksiat dan sentiasa memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam ketaatan.
#UWAkongsi #UstazWadiAnnuar
Hospital kerajaan untuk rakyat Malaysia, warga asing pula dapatkan rawatan di hospital swasta. Itu tuntutan yang disuarakan seorang pengguna media sosial yang mahu kemudahan kesihatan awam dikhaskan kepada warganegara, susulan bimbang terhadap tunggakan bil rawatan warga asing.
JANGAN MUDAH MEMBUKA AIB PASANGAN
Dalam rumah tangga, ada masa kita bahagia dan ada masa kita diuji dengan perselisihan faham. Walau sebesar mana pun masalah yang berlaku, jangan terlalu mudah menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain.
Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ู ููู ุณูุชูุฑู ู ูุณูููู ูุง ุณูุชูุฑููู ุงูููููู ููู ุงูุฏููููููุง ููุงููุขุฎูุฑูุฉู
Maksudnya: โSesiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.โ (HR Muslim)
Ketika marah, kita mungkin hanya nampak salah pasangan. Sedangkan selama hidup bersama, tentu ada banyak kebaikannya yang tidak patut kita lupakan.
Jika ada masalah, usahakan untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Jika perlu mendapatkan bantuan, rujuklah mereka yang berilmu dan boleh dipercayai.
Semoga Allah SWT menjaga rumah tangga kita dan membantu kita untuk terus menjaga aib serta maruah pasangan, walaupun ketika sedang diuji.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
Inna lillahi wa inna ilayhi rajiโun
Turut berdukacita atas pulangnya ke rahmatullah, tokoh pendidikan tersohor negara, Allahyarhamah Tan Sri Asiah Abu Samah, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Sosok Allahyarhamah amat dekat di sudut hati saya sebagai mantan pengetua ketika saya menuntut ilmu di Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah melakar legasi besar dalam ekosistem pendidikan Malaysia, khususnya menerusi peranan utamanya memperkasa kurikulum kebangsaan, memartabatkan dasar bahasa, dan menggerakkan penerbitan buku teks asas negara.
Semoga Allah mengampuni roh Allahyarhamah dan tempatkannya bersama para solihin. Aaminn YRA
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Didoakan agar sabar dan tabah atas kehilangan ini.
Kalau kita buat dosa kerana ikut ajakan kawan, dosa itu tetap menjadi tanggungjawab kita sendiri.
Kita mungkin boleh beri macam-macam alasan. Kawan ajak, pasangan suruh, orang sekeliling buat perkara yang sama. Tetapi semua itu tidak mengubah hakikat bahawa kita sendiri yang melakukannya.
Begitu juga apabila kita mengajak orang lain melakukan dosa. Kita menanggung dosa perbuatan sendiri dan dosa kerana membawa orang ke jalan yang salah.
Jangan pandang ringan soal ini. Di hadapan Allah nanti, setiap orang akan berhadapan dengan amalan masing-masing.
Manusia to manusia.
Tadi aku order shopee food weii, pakcik ni yang hantar. Sumpah aku macam tersentak.
Aku tanya pakcik tu kenapa buat kerja ni cik, dia cakap untuk barang-barang dapur jer.
Semoga pakcik sentiasa dalam lindungan Allah ya.
Dekat sini Allah nak suruh aku bersyukur dengan nikmat sihat.
Nama pakcik ni zakaria.
Kredit : ashnurul89
Seorang pelajar lelaki maut selepas dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dekat Ipoh pada Jumaat.
Kejadian sekitar jam 12.30 itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal.
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku insiden tidak puas hati membabitkan pemandu kereta dengan mangsa yang membuat bising motosikal.
Keadaan itu mengakibatkan, pemandu berusia 44 tahun yang dipercayai anggota polis bertindak mengejar suspek sejauh hampir satu kilometer dan melanggarnya dari arah belakang.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di https://t.co/R2UYPBJuSb atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #LanggarPelajar
polis tu langgar dengan kereta dan seret budak tu sampai mati cuma didakwa "menyebabkan kematian tanpa niat" penjara 7 tahun
korang percaya lagi sistem "pengadilan"? "rule of law"? "polis khidmat masyarakat"?