17 terbunuh dalam serangan udara Israel malam tadi ke atas Rumah Keluarga Abdel Aal di Kejiranan Al Tuffah, Barat Daya Bandar Gaza
20 disahkan terperangkap di bawah runtuhan
Kongsi kuliah magrib lepas. Kata ustaz, bila tengok sudut positif peperangan Israel dan Palestin sekarang:
• Lebih 70,000 orang masuk syurga syahid. Syurga itu lebih baik dari dunia dan seisinya.
• Makin banyak negara iktiraf Palestin sebagai sebuah negara di UN.
• Masyarakat satu dunia lebih buka mata terhadap pengaruh Israel dan kekejaman mereka. Terutama rakyat di negara-negara barat. Misi terbaru ni (gambar), dan juga demonstrasi sokongan di sana juga bukti perubahan besar tersebut. Negara non-muslim mendominasi.
Bila tengok bigger picture, ini adalah satu 'kemenangan' yang besar yang tak pernah terfikir sebelum ni. Dan ia berjaya dicapai dalam tempoh 2 tahun sahaja.
Momentum ini pasti beri kesan kepada sokongan generasi muda, influencer, syarikat, polisi negara seluruh dunia kepada Palestin.
Begitulah.
Sambutan Hari Kemerdekaan adalah peluang untuk semai rasa megah dan bangga pada negara terutamanya kanak-kanak, kerana mereka adalah benteng negara hari esok.
*Bagi pasukan beruniform, tabik hormat yang diberi, PERLU dibalas, tanda budi bahasa.
MR NICE GUY
Dunia maya dipenuhi ucapan takziah untuk PM5 sejak semalam. Satu persamaan ketara dalam setiap penulisan, ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah Mr Nice Guy.
Saya taknak ulang apa yang ada. Semuanya tertulis indah belaka. Cuma saya nak bagi sedikit trivia, siapa PM5 sebenarnya.
1. Beliau merupakan cucunda Mufti Pulau Pinang pertama, juga pengasas Hizbul Muslimin yang selepas itu menjadi Parti İslam Malaysia (PAS). Datuk sebelah ibunya seorang Cina Muslim berketurunan Hainan yang berhijrah dari China.
2. Dari şegi pendidikan, beliau memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Namun diberi mandat menjadi Menteri Luar Negara antara yang paling lama, kerana kebolehan dwi-bahasa dan kemahiran berdiplomasi antarabangsa.
3. Dari segi politik, beliau menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas selama 8 penggal berturut-turut. Direkodkan menjadi Perdana Menteri yang paling berjaya semasa PRU 2004 dengan menang landslide 198 kerusi dari 219 yang dipertanding. Pertambahan 50 kerusi dari PRU sebelumnya. Namun PRU 2008, beliau menyebabkan BN kalah teruk dan hilang negeri Selangor.
4. Penggal ke-2 beliau menjadi Perdana Menteri beliau diserang kanan dan kiri. Dengan propaganda menantu di Tingkat 4 yang dikatakan berkuasa dan beliau hanya PM boneka. Dan hentaman PM sebelumnya yang katakan beliau “sleeping on his job”. Mahukan Najib Razak take over UMNO. And the rest is history.
*******************
Pak Lah melalui polisi Islam Hadhari memenangi majoriti hati pengundi Malaysia. Undi popular tertinggi dalam sejarah negara. Tunjukkan pengundi Malaysia ini rasional. Sekiranya polisi itu done right, walau ada unsur agama, ianya boleh diterima. Kerana benda baik itu universal. Disambut baik semua bangsa.
Pak Lah tunjukkan Orang Baik boleh jadi Perdana Menteri dan survive dalam politik.
Pak Lah tunjukkan seorang pemimpin tak perlu jadi kejam dan zalim, untuk mengemudi negara. Cukup perasaan ihsan tanpa mengira bangsa.
Pak Lah beri inpirasi İslam Hadhari boleh jadi polisi nasional yang diterima baik, tanpa mana2 rakyat rasa terancam dan tertindas. Agama dan budaya mereka boleh dipraktis dengan bebas.
Pak Lah tunjukkan kepada kita dalam lembut ada tegas. Dalam menurut juga perlu berakal. Agar integriti dan legasi itu kekal.
Belasungkawa kepada Negarawan Ulung Bangsa Malaysia. Bapa Sahsiah kebanggaan semua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Most people think government officers don’t care.
Slow to act. Hard to reach.
But in Sepang, something changed.
Azarul Azlan showed what happens when someone actually does the work.
Lelaki, kita kena sedar.
Kita adalah provider. Sampai bila-bila pun, kita adalah provider.
Apabila kita tidak mampu, gagal mahupun sudah tidak berupaya lagi jadi provider tak kira atas apa sebab sekalipun, kita sudah tidak lagi bernilai pada mata sebahagian. Menyakitkan, tapi itulah kenyataan.
Marilah kita berusaha sedaya-upaya kita manjadi seorang provider yang terbaik.
Setakat mana kita termampu, sampai bila kita akan bertahan, kita serahkan pada tuhan.