Putrajaya | 11 Jun 2026 | Khamis
Petang ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Lt Jen Dato’ Hj Fazal Hj Abdul Rahman, Ketua Perisikan Pertahanan (KPPP) yang baharu, di pejabat saya di Putrajaya.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan, Bahagian Operasi Latihan Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dengan pengalaman dan kepimpinan yang luas dalam pelbagai jawatan strategik, termasuk pernah memegang amanah sebagai Panglima 2 Divisyen Infantri serta Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (MK AB), saya yakin beliau memiliki keupayaan dan kredibiliti untuk menerajui fungsi perisikan pertahanan negara dengan cemerlang.
Semoga terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan demi rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI
Kuala Lumpur | 11 Jun 2026 | Khamis
Berkesempatan menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik antara Weststar Maxus Sdn Bhd, pengedar kenderaan Maxus di Malaysia dengan perniagaan mobiliti elektrik (e-mobiliti) Yinson GreenTech, iaitu drivEV, sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026, yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Perjanjian ini menandakan komitmen drivEV untuk memperoleh 300 unit van panel elektrik sepenuhnya Maxus eDeliver 5. Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan agenda kelestarian negara serta mempercepat pembangunan ekosistem mobiliti hijau dan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Kerjasama antara Weststar Maxus dan Yinson GreenTech ini juga membuktikan komitmen kedua-dua syarikat dalam mempercepatkan penggunaan mobiliti hijau dan menyokong pembangunan ekosistem pengangkutan yang lebih pintar, cekap serta mampan di negara ini.
Ia turut menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan pelepasan karbon, memperluas penggunaan teknologi bersih serta mempercepat transformasi industri automotif negara selaras dengan agenda peralihan tenaga negara. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) merangka laluan berfasa dan strategik ke arah mencapai Pelepasan Sifar Bersih menjelang 2050.
Turut menyempurnakan perasmian model terbaharu Weststar MAXUS di KLIMS 2026 yang merangkumi segmen kenderaan elektrik (EV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE).
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Rasulullah ﷺ mengajarkan satu doa yang ringkas tetapi penuh makna untuk dibaca apabila singgah di sesuatu tempat, bermusafir, berkhemah atau memasuki kawasan yang asing.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan segala makhluk yang diciptakan-Nya.”
Sabda Nabi ﷺ, sesiapa yang membaca doa ini ketika singgah di sesuatu tempat, dia tidak akan ditimpa sesuatu yang memudaratkannya sehingga dia beredar dari tempat tersebut. (HR Muslim)
Simpan, hafal dan amalkan. Moga Allah sentiasa memelihara perjalanan serta urusan kita. 🤲
#UWAkongsi #DoaHarian #Musafir #SunnahNabi #ZikirHarian #UstazWadiAnnuar #DoaPerlindungan #HayyDeen
Petang ini, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik, di pejabat saya, Menara PETRA, Putrajaya.
Mereka terdiri daripada Dato’ Ahmad Rozian bin Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Jepun ; Datin Paduka Anizan Siti Hajjar binti Adnin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura ; Dato’ Indera Dr. Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom ; Dato Fenny Anak Nuli, Duta Besar Malaysia ke Austria ; Abu Bakar bin Mamat, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand ; Norli Muadza binti Mohd Noor, Duta Besar Malaysia ke Laos ; Ahmad Kamrizamil bin Mohd Riza, Duta Besar Malaysia ke Oman ; Sharon Ho Swee Peng, Duta Besar Malaysia ke Ireland ; Dato’ Amarjit Singh a/l Sarjit Singh, Duta Besar Malaysia ke Finland ; Fairuz Adli bin Mohd Rozali, Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste ; Suresh Kumar a/l K. Rengasamy, Duta Besar Malaysia ke Chile ; Anwar bin Udzir – Duta Besar Malaysia ke Lubnan dan Rafedah binti Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan.
Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada para Ketua-Ketua Perwakilan baharu berkenaan. Saya yakin dengan pengalaman, kepakaran dan komitmen padu, kesemua mereka akan terus mengangkat imej Malaysia serta memperkukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan negara-negara yang diwakili.
Pertemuan petang ini memberi ruang untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara sahabat, memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk melibatkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta mempertingkatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Semoga semua Ketua Perwakilan diberikan kejayaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Putrajaya | 10 Jun 2026 | Rabu
Explore the key milestones that have shaped the nation's renewable energy journey & continue to support Malaysia's transition towards a more sustainable & resilient energy future. Discover more about the programmes driving Malaysia's energy transition:
https://t.co/JzU5RFwyjd
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2026.
Pada masa ini, kita melihat dunia diuji oleh ketegangan geopolitik di Asia Barat. Impak daripada krisis ini tidak terhad kepada sempadan negara tersebut sahaja, malah Malaysia turut terkesan terutamanya dalam bentuk peningkatan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Kenaikan harga barang dan tekanan kos harian ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Namun, kita harus memastikan bahawa tekanan ekonomi ini tidak menghakis ikatan perpaduan masyarakat.
Majlis ini turut berperanan untuk membawa naratif yang tepat kepada rakyat bagi membetulkan persepsi rakyat yang salah, menenangkan keadaan dan menggalakkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan provokasi media sosial akibat tekanan ekonomi.
Hasil perbincangan Mesyuarat MPPN ini akan diangkat untuk makluman dan persetujuan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Saya juga menyeru kepada semua Ahli Majlis untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak KPN. Komitmen padu semua Ahli MPPN dapat menyokong dan memperkukuh peranan KPN demi memelihara keharmonian serta keutuhan integrasi nasional.
#PETRA
#MalaysiaMadani
#MadaniBekerja
Kuala Lumpur l 9 Jun 2026 l Selasa
Pagi ini, menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dataran Pahlawan, Putrajaya.
Hadir sama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku
#KerajaanPerpaduan
#MalaysiaMADANI
Putrajaya l 5 Jun 2026 l Jumaat
Kuching | 8 Jun 2026 | Isnin
Hari ini saya mengadakan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan bersama pelbagai pihak di Kuching, termasuk ahli akademik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk dari kawasan P.194 Petra Jaya.
Pertemuan pertama saya hari ini bersama Penasihat Old Kuching Smart Heritage (OKSHE), Datuk Dr Sabariah Putit. OKSHE merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang bertujuan memelihara, menghidupkan semula dan mempromosikan warisan sejarah serta budaya di kawasan lama Kuching melalui penggunaan teknologi pintar dan pendekatan pembangunan bandar yang mampan. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada agenda ekonomi digital Sarawak.
Seterusnya, saya menerima kunjungan rombongan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai Dekannya, Dato Dr Johan Shamsudin Dato Hj Sabaruddin. Turut hadir dari fakulti berkenaan ialah Pensyarah Ahmad Farhan Rosli dan Timbalan Pendaftar, Masle Terhim.
Saya kemudian mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak, Ustaz Hamdan Jar’ee, bagi membincangkan program Seminar yang akan dianjurkan oleh JAKIM.
Turut mengadakan kunjungan ialah lima ahli rombongan Sarawak Women for Women Society yang diketuai Presidennya, Dr Angie Garet. Selepas itu, saya bertemu empat wakil Sarawak Gerontology & Geriatrics Society (SGGS) yang diketuai Presidennya, Dennis Tan. SGGS merupakan sebuah pertubuhan yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan warga emas serta isu penuaan sihat.
Perbincangan seterusnya diadakan bersama tujuh ahli rombongan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Samariang yang diketuai Pengerusinya, Puan Sariah Haji Hanapi.
Dari kawasan N.7 Samariang juga, saya turut mengadakan pertemuan bersama Jalinan Kasih Mantan Ketua-Ketua Wanita N.7 Samariang yang diketuai oleh Datuk Hajah Hajijah Uteh.
Walaupun jadual hari ini agak padat, saya juga berkesempatan mengadakan perbincangan bersama rombongan SEDC Entopro yang diketuai Pengurus Besarnya, Encik Razi Kodin. SEDC Entopro merupakan sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan di bawah ekosistem Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) bagi membangunkan industri bioekonomi Sarawak melalui penggunaan teknologi Black Soldier Fly (BSF) atau lalat askar hitam.
#SarawakMajuMakmur
#MalaysiaMADANI
Kuala Lumpur | 3 Jun 2026 | Rabu
Pada sebelah malam sempena hari pertama Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam “A Moment To Connect ~ Celebrating The Threads Of Heritage And The Sparks of Tommorow”.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Mohd Karli ; Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad
ETCon26 anjuran TNB disertai kira-kira 80 penceramah dari Malaysia dan luar negara. Ia menghimpunkan lebih 4,000 delegasi, termasuk pembuat dasar, pelabur, pakar industri, dan ahli akademik dari lebih 60 negara, bagi membincangkan agenda peralihan tenaga dan hala tuju sektor tenaga masa depan.
Berteraskan tema “Tenaga dan Kecerdasan Buatan (AI): Sinergi untuk Peralihan Tenaga”, ETCon26 disandarkan pada tiga teras kandungan utama, iaitu:
* Tenaga untuk AI (Energy for AI)
* AI untuk Tenaga (AI for Energy)
* Peralihan Tenaga untuk Masyarakat (Energy Transition for People)
Ketiga-tiga teras ini bertujuan meneroka bagaimana tenaga dan teknologi kecerdasan buatan dapat saling melengkapi dalam memacu peralihan tenaga yang mampan, inklusif dan berdaya tahan demi manfaat masyarakat serta pembangunan masa hadapan.
#ETCON26
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Bitcoin Haram bukan sekadar mencuri elektrik — ia boleh mengancam keselamatan, menyebabkan kebakaran dan menjejaskan bekalan elektrik kepada pengguna lain.
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Haslina binti Abdul Hamid dan suami, Mashor bin Hussin sempena majlis perkahwinan anakandanya, Yasmin Dudayeva bersama Mohd Aliff bin Mohd Zain.
Saya dan isteri mendoakan semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Semoga Allah SWT memberikan barakah kepada perkahwinan ini dan mengumpulkan pasangan pengantin sekeluarga di dalam kebaikan…Aamiin
#TPMFY
#PETRA
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Petaling Jaya l 31 Mei 2026 l Ahad
1 Jun 2026 | Isnin
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Patik, bersama seluruh rakyat Malaysia, menadah doa ke hadrat Allah SWT agar Seri Paduka Baginda dan seluruh Kerabat Diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kemuliaan, serta memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh hikmah, adil dan bijaksana.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Pengguna domestik di Semenanjung dengan penggunaan bulanan 1,000 kWj dan ke bawah juga turut menerima INSENTIF CEKAP TENAGA!!
Untuk maklumat lanjut berkenaan Insentif Cekap Tenaga, layari https://t.co/l7P2vhJdey
31 Mei 2026 | Ahad
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.
Kita amat bertuah kerana hidup dalam sebuah negara yang rakyatnya dapat meraikan pelbagai perayaan mengikut kepercayaan dan agama masing-masing dalam suasana aman, harmoni dan saling menghormati. Kepelbagaian ini bukan sahaja menjadi identiti Malaysia, malah merupakan kekuatan yang perlu terus dipelihara bersama.
Marilah kita terus memperkukuh perpaduan dalam kepelbagaian, menjadikannya sumber kekuatan utama dalam memacu kemajuan dan kegemilangan Malaysia tercinta.
Dengan adanya keutuhan perpaduan, kita mampu mendepani apa jua cabaran termasuk krisis tenaga dan gangguan bekalan global yang sedang memberi kesan kepada seluruh dunia ketika ini. Semangat kebersamaan dan toleransi akan menjadi asas penting untuk negara terus kekal kukuh, berdaya tahan dan makmur.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa sinar kedamaian, kasih sayang dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Selamat Hari Wesak 2026
Hj Fadillah bin Hj Yusof
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Petra Jaya | 29 Mei 2026 | Jumaat
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Darul Hasanah, Taman Sourabaya Indah, serta menghadiri Majlis Pengagihan Daging Ibadah Qurban kepada penduduk setempat.
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya telah menyumbangkan sebanyak 63 ekor lembu korban untuk diagihkan kepada surau, masjid, kelab jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh kawasan Petra Jaya.
Di Taman Sourabaya Indah, seramai 139 penerima telah menerima agihan daging korban, selain turut dikongsi bersama para jemaah Solat Jumaat dan masyarakat setempat di Masjid Darul Hasanah.
Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan sekadar suatu ibadah yang dilaksanakan setiap tahun, tetapi satu manifestasi keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang sesama insan.
Melalui semangat berkongsi rezeki, kita dapat memperkukuh ukhuwah, menyemai rasa syukur dan memastikan tiada yang terpinggir daripada menikmati kegembiraan hari yang penuh keberkatan ini.
Usai sesi pengagihan daging korban, saya turut berkesempatan menikmati makan tengah hari bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Hasanah serta bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, termasuk rakan-rakan media yang hadir dalam memeriahkan lagi susasana program hari ini.
Semoga setiap ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan, kesejahteraan serta rahmat buat seluruh masyarakat.
#P194PetraJaya
#SarawakkuSayang
#SarawakMajuMakmur