Presiden dan EXCO Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh warga UiTM serta warga pendidik seluruh negara. Marhaban Ya Ramadan.
Pada 20 Februari, Presiden Mitasa menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus UiTM Shah Alam, Bil.1/2025 dianjurkan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan dipengerusikan Prof Ts Sr Dr Md Yusof Hamid (Timbalan Naib Canselor Pembangunan).
Presiden dan EXCO Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025. Semoga tahun 2025 membawa seribu kebaikan dan kerahmatan kepada kita semua.
#AndaNadiMitasa#mitasapejuanghakanda#unipurple
Pada 19 Disember 2024, Presiden MITASA telah menyampaikan taklimat berkaitan MITASA di Kolej Pengajian Alam Bina di Majlis An Afternoon with AVC of College of Built Environment, UiTM.
Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin telah dikurniakan anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor dan disampaikan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Shahib @ Sahibuddin bersempena Majlis Kemuncak Bulan Innovasi dan Kualiti UiTM 2024
Kejohanan Tenpin Boling Trio antara agensi kerajaan dan kesatuan sekerja anjuran bersama MITASA dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah berlangsung di Dreambowl Complex Nilai pada Ahad, 15 Disember 2024.
Pada 27.11.2024, telah berlangsung Perbincangan bersama Kesatuan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR UiTM Siri 1/2024. Turut hadir, pegawai BPP, Presiden MITASA dan Presiden KKUiTM.