Abu Darda' melaporkan, Rasulullah menerangkan;
"Pada Hari Kiamat nanti, amalan yang paling besar pahalanya adalah budi pekerti yang baik.
Percayalah. Allah benci kepada orang yang percakapannya kotor."
(HR Tirmidzi)
Sebenarnya isu dosa maksiat lebih besar dalam bulan haram ini bukan pendapat Ibnu ‘Abbās semata.
Bahkan ia didasarkan kepada firman Allah SWT :
فلا تظلموا فيهن أنفسكم
“Jangan kamu zalimi diri kamu padanya (bulan-bulan haram)”.
Surah Al-Taubah (36)
Menzalimi diri maksudnya bermaksiat. Sebenarnya bermaksiat ini setiap masa dan ketika pun dilarang. Namun apabila ada pengkhususan larangan pada waktu-waktu tertentu, ini menunjukkan dosa maksiat tersebut menjadi lebih berat dan lebih besar.
CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN 2025.
Dah tiba akhir tahun ni, dah sampai masa untuk keluarkan zakat pendapatan anda. Aku kongsi cara kiraan zakat yang ada.
Ada 3 kaedah kiraan:
1. Guna Jadual Potongan Gaji (paling mudah).
2. Kiraan dengan tolakan asas Kifayah.
3. Kiraan tanpa tolakan.
+++++++++++++++++
1. Guna Jadual Potongan Gaji.
Kaedah paling ringkas. Tengok berapa gaji kasar korang kat jadual bawah ini dulu.
• Bujang gaji kasar income lebih RM4,600 baru wajib bayar zakat RM74 sebulan.
• Berkahwin anak 2 (KA2) gaji RM5,900, zakatnya RM76 sebulan dan seterusnya.
• Warna Biru = Belum wajib keluarkan zakat. Tapi digalakkan untuk buat kiraan zakat dan bayar zakat untuk harta-harta lain juga.
• Bagi yang pendapatan tak tetap, buat anggaran dan lebihkan sedikit supaya lebih yakin.
Full Jadual ini:
https://t.co/lAIerKpVgj
+++++++++++++++++
2. Kiraan Zakat dengan tolakan Kifayah.
Ini kiraan zakat yang lebih tepat. Maksudnya Pendapatan yang kita terima, tolak perbelanjaan asas dibenarkan.
Perbelanjaan Asas?
Diri, Tanggungan seperti jadual dibawah ini. Termasuk tolakan untuk KWSP dan TH jika ada. Bakinya baru dikenakan zakat.
Ini Tolakan Asas Had Kifayah:
Untuk kiraan lebih tepat, digalakkan untuk guna Kalkulator Zakat Pendapatan ini:
https://t.co/05if6rxVqh
+++++++++++++++++
3. Kiraan Tanpa Tolakan.
Kaedah ini biasanya digunakan oleh individu yang berpendapatan tinggi.
Upper M40 atau T20.
Biasanya cukai pendapatan mereka 15-28% dari pendapatan tahunan mereka.
Jadi kalau kena keluarkan zakat 2.5%, itu tak menjadi masalah untuk mereka.
Basic Kiraan:
[GAJI KASAR] x 2.5% = JUMLAH ZAKAT
Contoh: Gaji Kasar Tahunan : RM150,000
RM150,000 x 2.5% = RM3,750
+++++++++++++++++
Bayar Zakat Online.
Bagi nak buat BAYARAN ZAKAT boleh bayar secara ONLINE di sini :
https://t.co/4M0gvboiAA
+++++++++++++++++
Rebet Cukai.
Semua bayaran Zakat Pendapatan ini layak mendapat rebet cukai LHDN 100%.
Ini kelebihan kepada semua pengeluar zakat Zakat di Malaysia yang seharusnya digunakan semua muslim. Takde negara lain yang buat begini.
Contoh kiraan selepas keluar zakat:
Cukai LHDN Setahun : RM5,000
Bayar Zakat : RM2,000
Cukai LHDN dibayar kepada kerajaan : RM3,000
+++++++++++++++++
Semoga semua yang bayar zakat, rezekinya bertambah luas dan berkat, kehidupannya bertambah lapang dan tenang, keluarganya bahagia dan hartanya dibersihkan berkat bayaran zakat tersebut. Ameen!
Mohon panjangkan kepada sahabat lain untuk pahala berpanjangan dengan ingatkan mereka tentang zakat.
Wallahua'lam.
🚨 FIFA mengesahkan dokumen yang dikemukakan bagi menyokong kelayakan 7 pemain terbabit adalah palsu.
Selepas mendapatkan rekod lahir asal, FIFA mendapati dokumen tersebut ‘𝗻𝗼𝘁 𝗮𝘂𝘁𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶𝗰’ & wujud perbezaan besar.
Bila kerja zakat ni kerap dapat jumpa,
Pemuda usia tak sampai 30 tahun, minta kirakan zakat. Gaji dia RM22,000 sebulan.
Beberapa minit kemudian, ada sorang abang 40an datang mohon bantuan zakat. Gajinya RM1,500 dengan isteri tak bekerja dan anak 4 orang.
Dua kehidupan berbeza, tapi menggambarkan hakikat dunia sebenar. Rezeki itu benar-benar ujian serta milik Allah.
Namun indahnya Islam ini, di sebalik perbezaan begini, ada satu sistem yang menyatukan mereka iaitu zakat.
Ia bukan sekadar rukun Islam yang wajib, tapi 'jambatan penghubung' antara si kaya dan si susah. Tanpa mereka saling mengenali. Yang memberi tidak tahu siapa yang menerima, dan yang menerima tidak tahu siapa yang memberi.
Yang kaya disucikan hartanya, yang susah diringankan beban hidupnya.
Terima kasih semua pengeluar zakat. Semoga hidup anda selalu baik-baik, bertambah kaya dan berkat rezekinya, Ameen.
RTM memohon maaf secara rasmi kepada 3 negara iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura kerana pengulas siaran tersilap menyebut nama PM dan Presiden 3 negara berkenaan di Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Mesyuarat Berkaitan hari ini di KL
Pengulas itu menyebut Presiden Indonesia ialah Joko Widodo sedangkan Presiden ialah Prabowo Subianto
Pengulas itu menyebut Lee Hsien Loong ialah PM Singapura sedangkan PM Singapura ialah Lawrence Wong
Pengulas itu juga menyebut PM Thailand ialah Sretta Thavisin sedangkan PM Thailand ialah Anutin Charnviraku
Dulu Firaun pernah buat perkara yang sama.
Dia bunuh semua anak lelaki bani Israil sebab bimbang mereka akan membesar menjadi 'pengganas' yang mengancam negara.
Ironinya. Skrip yang sama berulang hari ini.
Cuma watak firaunnya sudah berubah.
Khabib: "Ireland repays Ottoman-era kindness by backing Palestine"
Khabib Nurmagomedov recalls how the Ottoman Empire once sent ships loaded with food to famine-struck Ireland.
Today, he says, Ireland is returning the favor by standing with the Palestinians.
Israel: We are not starving Palestinians, Hamas are
Flotilla: Ok, we will sail to Palestine and directly feed Palestinians
Israel: That makes you Hamas
Flotilla: But you just said Hamas are starving Palestinians?
Israel: 💥 💥 💥