RAMADHAN 2020 💚 DAY 12
Ketenangan hati akan timbul jika kita dapat mengingat kebesaran Allah, mengingat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan juga betapa banyak nikmat Allah yang diberikan. Org yg beriman, akan senantiasa mengingat Allah dan menjadikan Allah sebagai sandaran hidup.
RAMADHAN 2020 💚 DAY 11
Assalam kesayangan semua 😊Memberi, meskipun kecil, bernilai besar di sisi Allah S.W.T. Sesiapa yang memberi makan atau minum kepada orang yang berpuasa walaupun hanya seteguk air, mendapat pahala puasa seperti yang diperolehi oleh orang yang berpuasa.
COMMITTED TO BEING YOUR RELIABLE ONLINE ADVISOR
Despite the announcement for businesses to be able to start operating tomorrow, we Catalyst Group Malaysia will still be operating from home. Let’s try to operate remotely as much as possible to keep the country we love safe.
RAMADHAN 2020 💚 DAY 10
Assalam kesayangan semua 😊😊😊
Membaca Al-Quran menjadi salah satu amalan yang kita boleh dapat pahala berlipat kali ganda, meski hanya membaca satu huruf. Sayang jika tak rebut peluang saham akhirat ini sepanjang bulan Ramadhan. Jom baca Quran 😃😃😃
RAMADHAN 2020 💚 DAY 9
Assalam kesayangan semua 😊
Jom kita rebut peluang gandakan saham akhirat! Setiap amalan baik dilakukan dalam bulan Ramadan akan diberi ganjaran sangat istimewa melebihi bulan lain ☺️
RAMADHAN 2020 💚 DAY 8
Assalam kesayangan semua 😊
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.
RAMADHAN 2020 💚 DAY 7
Assalam kesayangan semua 😊
“Ya Allah, terimalah ibadah kami, gandakanlah pahala kami dan hapuskanlah semua dosa-dosa kami. Sesungguhnya engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”
RAMADHAN 2020 💚 DAY 6
Assalam kesayangan semua 😊
“Ya Allah, panjangkanlah umur kami supaya kami dapat sempurnakan ibadah kami pada bulan Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya.”
RAMADHAN 2020 💚 DAY 5
Assalam kesayangan semua 😊
Pasti ada hikmah atas semua yang berlaku pada dunia sekarang ni. Hanya Allah S.W.T. Yang Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu perkara sama ada yang nyata mahupun tersembunyi.
Biarlah orang nak post pasal masakan. Dia nak tunjuk skill jugak. Yang main Tik Tok boleh tunjuk skil berjoget, apa salahnya tunjuk skill memasak. Boleh jadi inspirasi buat orang lain supaya rajin memasak jugak.
#RAMADHAN2020. DAY 1. Alhamdulillah. Banyak hikmah Ramadhan kali ni. Kita dah tak payah terkejar2 nak pergi balik kerja. Tak payah tergesa-gesa / tak sempat solat / solat lambat. Kita takde alasan untuk tak khatam Quran (selain dari hari uzur).