๐ช ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ช
Komander Pangkalan Lumut serta seluruh warga @MkPLTLDM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan keharmonian.
#NavyWishes
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
#NavyWishes
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Komander Pangkalan Lumut mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH Toh Seri Bijaya, OBJ Manjung sebagai platform suai kenal serta memperkukuh hubungan strategik antara TLDM dan agensi berkepentingan di daerah Manjung.
Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan 32 anggota LLP, penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta penyampaian hadiah Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Lumut, P/Laksma Mohd Zaidi bin Ibrahim.
Tahniah dan syabas!
๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Warga Pangkalan TLDM Lumut menyertai pelbagai aktiviti sukan sempena Hari Sukan Negara 2026 bertemakan โMalaysia Aktifโ bagi memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan dan mengeratkan semangat berpasukan.
#NavyPeople
Komander Pangkalan Lumut, P/Laksma Mohd Zaidi bin Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Noor Aishah binti Saโat, Pengarah Bahagian Teknologi Maritim (STRIDE), Pangkalan TLDM dalam mengeratkan hubungan dan kerjasama dalam bidang teknologi maritim.
#NavyPeople
Sambutan Hari Inovasi MPL & UBN serta Pertandingan KIK 2026 berlangsung di Dewan Shariff, melibatkan lima tim daripada MPL, 96 HAT, KD MALAYA, Wisma Samudera dan PROTELA Lumut memperkukuh budaya kreativiti dan inovasi warga TLDM.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
Takziah buat keluarga Allahyarham LK I PRL Muhammad Faris Hakimi bin Mohd Noor atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
#NavyWishes
YBhg Komander Pangkalan Lumut, P/Laksma Mohd Zaidi bin Ibrahim menyampaikan perutusan ulung dengan mengetengahkan aspirasi โJaga Warga, Jaga Pangkalan, Jaga Kesiagaanโ sebagai panduan dalam memperkukuh kebajikan, pengurusan dan kesiapsiagaan pangkalan.
#NavyPeople
KUNJUNGAN HORMAT
Komander Pangkalan Lumut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Perancangan Pembangunan Markas ATM, Mej Jen Omar bin Hj Dawami TUDM sempena Pemeriksaan Emolumen dan Akaun Tabung Perkhidmatan Pasukan 96 Hospital Angkatan Tentera.
#NavyUpdate
Komander Pangkalan Lumut, P/Laksma Mohd Zaidi bin Ibrahim menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua Pegawai UBN yang dinaikkan ke pangkat Leftenan Madya TLDM berkuat kuasa 7 Julai 2026.
Syabas dan tahniah! โ๏ธ
#NavyUpdate#Kebanggaan
๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง๐๐ก
Pemangku Laksamana Pertama Mohd Zaidi bin Ibrahim, Komander Pangkalan Lumut memeriksa Kawalan Kehormatan Kuarter pertama selepas dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama.
#NavyPeople#NavyNews
๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ฃ
JKR Perak menyerahkan Projek Peningkatan Jeti Operasi Lumut dan Sistem Perpaipan Bekalan Air Tawar kepada TLDM.
Kedua-dua projek memperkukuh infrastruktur serta menyokong keperluan operasi dan kesiapsiagaan pangkalan.
#NavyUpdate
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Warga @MkPLTLDM mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg Laksamana Pertama Mohd Zaidi bin Ibrahim, Komander Pangkalan Lumut atas kenaikan pangkat ke Laksamana Pertama.
Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan demi agama, bangsa dan negara.
Program Ceramah Integriti dan Tatakelola Peringkat @MkPLTLDM Tahun 2026 dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran warga tentang kepentingan integriti, tatakelola dan pematuhan peraturan dalam tugas.
#NavyUpdate
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Komander Pangkalan Lumut menerima kunjungan hormat Pemangku Panglima Wilayah Laut 3, Kept Khairisharizal bin Hj Salehin TLDM.
#NavyUpdate
๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง
3 September 26 - Komander Pangkalan Lumut telah menerima kunjungan hormat daripada Komander Hassan Helmi bin Ab Ghani TLDM, Asisten Marsyal Provos Lumut.