Saya akan menyempurnakan perasmian persidangan berkenaan yang julung kali diadakan di Malaysia.
Dalam pertemuan ini, saya nyatakan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi terus kukuh bagi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Perkara ini dikhabarkan ketika menerima kunjungan TYT Sheikh Dr. Muhammad Abdulkarim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL) di pejabat hari ini.
TYT Sheikh Dr. Muhammad berada di sini bagi menghadiri Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang diadakan esok.
Saya gembira makin ramai para belia mendapat pekerjaan pada tahun ini, bukan sahaja dari penganjuran Jamin Kerja Keluarga Malaysia malah juga melalui Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 🇲🇾
Pagi tadi bertemu dengan pengurusan tertinggi TNB dan mendengar taklimat mengenai perancangan masa depan dalam tenaga hijau.
TNB tidak lagi akan membina stesen janakuasa baharu menggunakan arang batu.
Rebutlah peluang ubah masa depan diri anda dan juga keluarga.
Jangan ketinggalan. Lebih 20,000 pekerjaan ditawarkan khas buat belia.
Temui saya pada majlis penutup BN Youth Job Fair 2022, hari ini ( 26 Jun 2022) jam 2:30 petang.
Saya turut bertanya terus kepada pembeli yang hadir hari ini kerana hujung minggu pasti ramai keluarga yang mengambil masa untuk membeli barang keperluan.
Saya ambil peduli, saya lihat dan check sendiri. Sekarang saya berada di sebuah pasaraya di tengah ibu kota tinjauan secara mengejut untuk pantau harga barang terkini.
Jika sesiapa ada terjumpa harga ayam naik melambung, nyatakan di ruang komen saya di mana lagi lokasi yang anda semua jumpa ayam di jual mahal melebihi harga siling.
Sebelum masuk bulan hadapan, harga ayam sepatutnya masih lagi berada di bawah subsidi kerajaan.
Mengapa ada yang ambil kesempatan? Ini tidak sepatutnya berlaku.
Insha Allah, saya akan berbincang dengan Menteri Undang-Undang dan Gabenor Bank Negara untuk melihat semula akta serta undang-undang berkaitan dan penangguhan tindakan undang-undang oleh Bank dan institusi pemberi pinjaman yang lain.
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat pekerjaan dalam karnival ‘BN Youth Job Fair 2022’. 💪🏻
Sehingga April 2022, kadar pengangguran negara telah berkurangan kepada 3.9%, berbanding 4.6 % bagi tempoh sama pada tahun 2021.
Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup.
Kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.
Pada masa yang sama, Kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.
Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung. Sehubungan itu, kadar tarif elektrik dan air kekal seperti sekarang.