Padahal semalam baru je mula puasa, harini dah lengang macam esok raya. Parking lebih daripada separuh kosong, jalan tak banyak kenderaan, orang pon tak ramai.
Orang laki sembang, dua² panggil abang pon rileks je. Kalau perempuan, bila sorang tu dah gelarkan diri dia akak, yang lagi sorang kena mengalah jadi adik. Kau nak jadi akak, kena cepat.
@hiragana31 TnG charm ni selalu problem. Bila touch dekat TnG device yang dah lama, selalu tak detect. Jadi satu hal pulak nak pergi touch dekat semua area TnG tu sampai detected.
Mangsa banjir dicekup cabul remaja perempuan di PPS
BACHOK - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini pada Rabu.
Suspek berusia 21 tahun disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun kira-kira jam 11 pagi.
#SinarHarian #Threads #mangsabanjir #dicekup #cabul #remajaperempuan #16tahun #PPS #Kelantan
Kalau islamic loan takde riba, kenapa kita tak buat personal loan je? Pinjam 100k, bayar 100k.
Takde jual beli barang pon. Ke bank jual duit 100k dengan harga 150k dan dikira untung berniaga?
Dah la FAM. Give up je lah dengan 7 pemain 'warisan' tu. Samada menipu atau jadi mangsa penipuan, terima je lah. Pemain tu pon takde usaha nak buktikan status dorang sebab.....
Kalau orang tuduh aku bukan rakyat Malaysia, dalam masa 24 jam aku boleh buktikan semua dokumen.
#Putrajaya Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan beberapa bahagian Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kebocoran susulan hujan ribut tengah hari tadi.
MAHB dalam kenyataan memaklumkan pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah digerakkan untuk menangani situasi berkenaan sambil mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pembendungan dan perlindungan sistem elektrik.
"Kami berhubung rapat dengan rakan kongsi untuk meminimumkan sebarang impak terhadap operasi," katanya.
Menurut MAHB cuaca ekstrem dijangka berterusan hingga 6 petang ini dan langkah pemantauan dipertingkatkan telah dilaksanakan.
Terdahulu, klip video berdurasi 26 saat yang menunjukkan berlakunya kebocoran dipercayai di balai berlepas terminal itu tular di media sosial.
#BernamaNews
📸 Orang awam
@update11111 Menyusahkan betul la curi kabel ni. Cubalah curik kereta sadai ke, lagi berat besi dia. Lepas tu membantu la jugak untuk bersihkan parking lot.