𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐆𝐀𝐃𝐎𝐍𝐆
Usai di KD Biau, saya telah meneruskan lawatan kerja ke Klinik Desa (KD) Gadong, yang mula beroperasi sejak tahun 2004 dan kini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada lebih 8,711 orang penduduk.
KD Gadong merupakan fasiliti kesihatan yang paling terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini, daripada keseluruhan 9 klinik KKM yang terkesan di Sabah. Ramai pesakit terpaksa berdepan dengan kekangan akibat kerosakan kelengkapan dan kemudahan di klinik ini.
Bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan, saya telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50 ribu untuk tujuan penggantian peralatan yang rosak akibat banjir.
Namun, melihat kepada risiko yang dihadapi, langkah jangka masa panjang turut perlu dirancang. Justeru, saya telah mengarahkan JKN Sabah mengenal pasti tapak baharu di atas tanah persekutuan bagi membina semula KD Gadong. Ini kerana lokasi sedia ada terletak di kawasan berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada banjir.
Insya-Allah, inisiatif ini bukan sahaja akan memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dipulihkan segera, tetapi juga menjamin keselamatan, keselesaan dan keberlangsungan rawatan kepada masyarakat setempat dalam jangka masa panjang.
📱Sumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
MOH has confirmed the registration of five medical practitioners who completed the Parallel Pathway Specialist Training in Cardiothoracic Surgery.
Minister Dzulkefly Ahmad said this resolves the long-standing issue of the programme’s implementation and recognition.
🧵1
TAHNIAH DAN SELAMAT BERKHIDMAT!
Dalam sela masa jadual padat lawatan saya di beberapa fasiliti kesihatan di Sandakan dan Kinabatangan semalam, saya sempat bertemu dengan dua orang doktor muda untuk menyampaikan sendiri surat lantikan tetap mereka di bawah e-Placement Fasa 1.
👩⚕️ Dr. Zulika Farina binti Zainon: Anak jati Sandakan, graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kini berkhidmat di Klinik Desa Karamunting. Legasi bakti keluarganya cukup menginspirasi, kerana ibunya baru sahaja bersara sebagai Family Medicine Specialist (FMS) di daerah ini.
👨⚕️ Dr. Muhammad Izrin Syukri bin Mohd Nasri: Anak jati Puchong, graduan National University of Ireland, jauh di perantauan tetapi tekad berkhidmat di Hospital Kinabatangan, antara hospital daerah yang menjadi nadi perkhidmatan kesihatan di pedalaman Sabah.
Mereka berdua ini adalah sebahagian daripada 307 Pegawai Perubatan Tetap yang akan ditempatkan di seluruh Sabah dalam e-Placement Fasa 1, satu langkah penting untuk mengatasi isu 'maldistribution' pegawai perubatan di negeri ini.
Kehadiran mereka bukan sekadar mengisi kekosongan jawatan, tetapi memperkukuh barisan hadapan sistem kesihatan, memastikan rakyat di pedalaman tidak perlu menempuh perjalanan berjam-jam hanya untuk mendapatkan rawatan.
Tahniah dan selamat berkhidmat! Semoga iltizam dan ihsan yang ditunjukkan menjadi inspirasi kepada generasi doktor yang akan datang.
📱Sumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Semalam saya mengambil keputusan untuk duduk dan mendengar takzirah Ramadhan dari YBMK @DrDzul .Satu perkongsian ilmu yg baik dari YBMK .Kadang2 tak semua moment kita nak amik gambar je,duduk dan menghayati ilmu yg disampaikan adalah perkara yg terbaik jugak.Tq YBMK ❤️
A Year Through My Lens 📸
Honored to spend a year as the photographer for the Minister of Health Malaysia Datuk Seri @DrDzul .Grateful for the moments, the stories, and the trust to capture it all.More to come,Insya Allah.
📸 : Mokhriz Aziz: Dza Media | MoH Office
Amarjit presiden baharu Konfederasi Berbasikal Asia
Datuk Amarjit Singh Gill dipilih Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) 2025-2028 selepas menewaskan calon dari Indonesia, Raja Sapta Oktohari
#sinarharian#Presiden#KonfederasiBerbasikal
https://t.co/1SDKyR7Arl
Dipertemukan pemimpin yang baik,yg menjaga dan bersama mendirikan solat adalah salah satu nikmat Allah yg patut kita syukuri juga.Alhamdulillah harini genap saya setahun bersama Ds @DrDzul di MOH.Semoga segala usaha YBMK untuk melestarikan kesihatan rakyat akn tercapai #teamDza