Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan
PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara tiga individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan–Segamat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, yang bertugas sebagai doktor di Hospital Segamat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lebih menyayat hati, anak perempuannya, Dhea Sofia, 2, turut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, isteri mangsa, Hana Ibrahim, 35, yang juga seorang doktor di Hospital Segamat mengalami kecederaan parah.
Turut berada dalam kenderaan sama ialah ibu dan bapa mentua mangsa, Rose Abdullah, 72, serta Ibrahim Mat Taib, 80, yang dilaporkan cedera ringan.
Dalam kemalangan sama, seorang lagi mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Azaharuddin Mohd Ali, 46.
Menurut polis, mangsa yang merupakan Ketua Penolong Pengarah di Lembaga Hasil Cyberjaya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Isterinya, Siti Fatimah Awing Kechik, 46, mengalami kecederaan ringan manakala anak lelaki mereka, Aiman Faez Al-Amini, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Haji Mohamed Yatim, Rembau dilaporkan parah.
Sementara itu, pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Isuzu D-Max, Syed Muhammad Izzat Aiman Syed Ahmad, 31, hanya mengalami kecederaan ringan.
Siasatan awal mendapati Honda Civic dipandu Mohamad Zekry dan Toyota Alphard sedang bergerak dari arah Segamat menuju ke Kuantan manakala Isuzu D-Max datang dari arah bertentangan.
Menurut Mohd Zaidi, pemandu D-Max dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan selepas terlanggar lopak air lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Akibat kejadian itu, kenderaan berkenaan bertembung dengan kedua-dua kenderaan mangsa yang berada di laluan tersebut,” katanya.
Semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan lanjut di hospital sama.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-MYNEWSHUB
Pelik pelik unifi punya system ni
Jan26 aku request terminate wifi. Lepas sebulan line tkde,bill pun kosong. Aku assume dah successfully terminated la
Semalam pagi dapat mesej line REACTIVATED. Petang hari dpt email full bill kena bayar.
🤣boleh erk buat customer mcm tu
Kalau ya pun nak reacticated line for what ever reason. Should be customer yg initiate la kan.
The problem is aku dah pindah rumah. Wifi tu kt rumah lama. Yang pergi active line tiba tiba tu kenapa erkk.
Kes2 taboo ni memang tak ramai orang nak bincangkan pun. Sebab tu sekarang ni agak rajin aku bertanya pada doctor ID aku kaitan2 kes taboo selain HIV ni.
@meinmokhtar Aku ni masa kecik mmg sejenis budak yg mabuk muntah naik kereta
Pergi jauh sikit je muntah. Tiap kali tu la mak bapak aku kena layan aku punya peel mabuk. Tak pernah pulak mak bapak aku melenting sbb diorg tau yang mana perlu melenting yg mana perlu terima.
Anak sendiri kot!
Pesanan ikhlas time raya ni- kau kalau isi minyak janganlah tinggal kereta kat pam lepas tu kau gi beli belah kat dalam, gi kencing berak semua. Jangan jadi bodoh selfish. Contohnya kereta ni lama gila park sebab gi atm- sejenis bangang