@eyemeroll bang. its very easy to use and really good application.
mula guna try scan, nice bace semua.
pastu fikir, acamne nak dpt balik resit? boleh download pulak tu.
wow. senang, takyah simpan dah resit fizikal ππ
Sedekah bukan soal ada duit,
Tapi soal ada hati. Kata Ustaz dulu, tak semua orang diberi 'izin' untuk bersedekah walaupun kaya.
Jom sama-sama sumbang, itu bermakna Allah telah memilih kita untuk menerima keberkatan-Nya. Jangan lepaskan peluang terpilih ini.
Aku nak kongsi tips pilih kasut berjalan/sukan selepas survey tentang fit kasut hampir sebulan.
Ia sangat membantu ketika aku travel haritu yang perlukan berjalan kaki lebih 10,000 langkah sehari selama lebih seminggu.
Basically, kalau berjalan jauh menyebabkan korang sakit kaki, betis, lutut, pinggang, plantar fasciitis (tapak kaki), itu antara tanda-tanda korang pakai jenis kasut yang salah.
--------
Ada 3 benda yang penting nak tahu sebelum pilih kasut.
1. Jenis Arch - Flat, Normal, High
2. Pronation - Overpronated, Neutral, Supinated
3. Lebar kaki - Normal, Wide, Extra Wide
Aku terangkan satu persatu secara ringkas.
Ramai orang tak tahu, brand kasut terkenal, memang ada keluarkan jenis dan model kasut berbeza untuk setiap jenis kaki tersebut. Bukan main pilih kaler dan design lawa je masa beli kasut.
Last nanti aku cadangkan brand dan model kasut yang aku rasa better untuk setiap jenis kaki tu.
------
1. JENIS ARCH.
Ini semua orang memang kena tahu tapak kaki jenis apa. Ia penting sebelum pilih apa-apa kasut.
Aku baca ada satu kajian, lebih kurang 60% orang arch normal, 30% flat dan 10% high arch. Boleh pijak kertas ketika kaki basah, untuk tengok korang arch apa.
High arch - Sesuai pakai kasut banyak cushioning. Nak support kaki ketika jalan.
Flat arch - Kena cari kasut ada stability.
2. PRONATION.
Pronation ni ramai tak tahu lagi. Sebenarnya kaki kita bila berdiri tegak, berjalan, berlari ada tendency untuk landing ke luar atau ke dalam macam gambar ni.
Walaupun Arch normal, kadangkala kaki kita masa landing, akan senget ke keluar/dalam yang menyebabkan bebanan tambahan kat pergelangan kaki. Ini memang gait kita yang dijadikan berbeza-beza.
Kadangkala dua-dua kaki ada isu overpronated/supinated. Dan kadangkala sebelah je. Ada yang mild, ada yang heavy.
Apa guna tahu benda ni?
Kalau ada isu overpronated/supinated, korang sebenarnya tak sesuai pakai kasut yang bouncing-bouncing dan tebal tanpa ada protection (stability) dan motion control.
Ia sebabkan ketika landing nanti, kaki akan jatuh ke kiri/kanan dengan lebih teruk (sebab kasut tinggi+tebal+lembut). Sebab tu baru lari/jalan sikit dah sakit sana sini.
Sebab tu juga kasut brand ON yang trending geng T20 tu tak semua orang sesuai. Ada yang feedback, sakit lutut/shin bila jalan. Sebab dia sebenarnya flat foot dan perlukan kasut yang ada stability. Bukan high cushioning macam ON.
Kat mana nak check pronation ni?
Boleh buat sendiri letak camera di lantai, dan cuba jalan. Dari video tu boleh nampak pronation kita (hatta berdiri tegak).
Ada kedai macam Running Lab, Rev Runner, Brooks dll yang ada mesin nak check pronation kita. Boleh test free je sebelum pilih kasut kat kedai mereka.
3. LEBAR KAKI.
Haaa inilah sebab ramai tak sesuai pakai brand terkenal macam Nike, Adidas, Dr. Martens, Converse, Onitsuka Tiger dll.
Sebab majoriti model kasut mereka target kaki yang narrow-normal. Jadi kaki yang agak lebar, akan kesakitan bila pakai lama.
Nak tahu, kasut korang sesuai tak dengan lebar kaki?
Buka insole dalam kasut korang, letak kat lantai. Pijak atas insole kasut tu.
Kalau ibu jari dan hujung jari kaki terpaksa berhimpit nak fit dalam insole tu (gambar), maksudnya kasut korang tak cukup lebar. Ini tips paling mudah.
Terseksa kaki dalam kasut tu sebab sempit dan tak sesuai dengan kaki.
--------------
Jadi dengan tahu variable ni. Bila nak beli kasut, korang kena tahu dan bezakan type dia.
Model kasut tu sebenarnya sesuai untuk kaki normal, untuk extra cushioning (high arch, normal mild pronated), atau model untuk stability (flat dan supinated/overpronated).
-------------
KESIMPULAN dan Cadangan brand kasut.
Antara benda tak boleh nafikan dari dulu, aku perasan brand kasut seperti Asics, Hoka dan New Balance memang leading bab nak accommadate perbezaan jenis kaki ni.
Mereka sentiasa keluarkan model kasut yang cater pronation dan lebar kaki berbeza dalam satu brand.
Ini juga antara sebab kenapa aku paling banyak pakai brand Asics.
Contoh:
Asics Gel-Kayano 32 (stability) - Antara kasut best yang aku guna.
Kalau korang saiz US10. Dia ada range saiz untuk lebar kaki - B (narrow), D (normal), 2E (wide), 4E (extra wide).
Jadi walaupun pakai model sama, tapi kasut tu ada banyak jenis kelebaran. Berbanding Nike Adidas yang amik pendekatan majoriti fit all.
Sebab dah panjang sangat tulisan ni, ada masa aku share model-model yang aku survey dan kelaskan ketika survey haritu (kalau rajin).
Aku buat macam ni:
On CloudSurfer - Type cushion banyak, Normal-High Arch, Pronation normal/mild supinated, Wide normal (takde versi wide). Tak sesuai overpronated/supinated.
Hoka Arahi 7 - Type Stability. Flat Arch. Pronation - Overpronated. Ada wide version (2E, 4E)
New Balance 1080v14 - Type Stability. Arch Normal-High. Pronation - Neutral. Ada wide version.
Adidas Adizero Evo SL - Performance shoes. Arch Normal. Pronation - Neutral. Takde version 2E, 4E tapi cukup wide bagi majoriti.
Wallahua'lam.
TNG is in trouble. π¨
Apparently, a userβs account got frozen without any reason.
β’ He complained to CS for 3 weeks.
β’ His ticket got closed, but his account is still suspended.
Let me catch you up with this corporate tea. βοΈ
π§΅
Media Thai mula membandingkan kecekapan Malaysia menguruskan bencana banjir berbanding agensi Kerajaan Thai.
Ada 4 perkara mereka highlight-kan. β
1) Malaysia menempatkan mangsa banjir di premis khusus yg lengkap dgn khemah peribadi, kelengkapan tidur, mandi, serta petugas kesihatan - nurse, doktor disediakan.
2) Untuk mengurankan tekanan kpd kanak-kanak mangsa banjir, disediakan aktiviti anak-anak seperti melukis, mewarna & pelbagai permainan lain.
3) Hampir tiada agensi Malaysia mengutip derma utk mangsa banjir. Bermakna bantuan cukup disediakan oleh Kerajaan Malaysia.
4) Betapa seriusnya pemimpin negara menangani isu banjir, PM Malaysia umum cuti menteri dibekukan supaya mereka dapat bertugas di lapangan.
Bangga jadi rakyat Malaysia! πͺπ»
SAH ISRAEL CURI ORGAN RAKYAT PALESTIN
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Munir Al Barsh mengesahkan Israel mencuri organ dari sebahagian daripada 315 jenazah yang dipulangkan mereka
Hasil siasatan mendapati ada kesan bedah anggota badan dengan sangat rapi. Organ organ seperti Hati, Jantung Buah Pinggang dan Kornea Mata hilang dari jenazah jenazah ini
Selain itu jenazah ini juga menunjukkan kesan dilanggar oleh kereta perisai, ditembak mati dari jarak dekat sama ada di dada atau kepala dan kesan rogol dan layanan buruk ke atas jenazah ini. Ada digari, ditutup mata atau diserang dengan anjing
Seramai 315 jenazah telah dipulangkan. 89 disahkan. Identiti dan 182 dikebumikan di kubur besar kerana kekurangan Tanah Perkuburan Islam
Pasukan Perubatan menyimpan jenazah dalam peti ais ikan kerana tidak mempunyai Bilik Jenazah mencukupi atau Makmal Ujian DNA kerana dimusnahkan Israel
Ketika ini pihaknya semakin kehilangan bukti forensik untuk membuktikan Israel melakukan kekejaman ini.
Para keluarga mengenal pasti jenazah org yang mereka sayangi melalui pakaian, bukti pergigian, cincin kahwin atau apa apa yang berkaitan
Sebanyak 735 jenazah rakyat Gaza dicuri Israel sebelum gencatan senjata. 1,500 Jenazah rakyat rlapor Hareetz disimpan di Penjara Sde Teman.
Dr Munir merayu agar masyarakat antarabangsa membuat siasatan bebas untuk kekejaman ini dan mendesak Israel menyerahkan rekod penuh identiti kepada Persatuan Palang Merah Antarabangsa bagi baki 182 jenazah yang dipulangkan yang tidak dapat dikenal pasti