Inilah kemuncak adab seorang mukmin. Apabila Allah melimpahkan nikmat, dia membalasnya dengan:
- berbuat baik kepada manusia,
- membantu yang memerlukan,
- memaafkan kesalahan,
- menggunakan nikmat pada jalan kebaikan
Orang yang bijak, tindakannya mendahului lidahnya. Dia berfikir sebelum berkata, menimbang sebelum berbicara, kerana diamnya penuh hikmah, kalamnya sentiasa dijaga agar tidak melukai sesiapa, mendahului berbaik sangka, memilih adab daripada emosi.
Sentiasalah berdoa dari sekarang supaya Allah kurniakan nikmat beribadah untuk kita pada bulan Ramadan. Dapat rasa nikmat ketaatan, nikmat khusyuk, sentiasa ada masa untuk beribadah, dan sentiasa ada ruang untuk bersahabat dengan al- Quran.
Membodohkan diri dapat menghasilkan kelazatan dalam mengentahui.Jadilah seperti takungan yang berada di tempat paling rendah sekali, walupun air datang dari puncak yang tinggi, takungan yang dibawahlah akan dipenuhi terlebih dahulu.
Orang yang kenyang tidak akan berebut makanan, kerana hatinya tenang, nafsunya diam.Orang yang berilmu tidak akan berdebat dengan yang jahil, kerana dia tahu, diam itu lebih mulia daripada menang.
Salah satu cara nak rasa TENANG ialah JANGAN rasa diri kita istimewa kepada sesiapa pun KECUALI pada dua anugerah ini:
1) Istimewa kerana dilahirkan sebagai hamba Allah yg beriman
2) Istimewa sebagai umat Rasulullah yg dikasihinya BERSYUKUR dan BERBANGGALAH di atas dua nikmat ini
Namun percayalah,
Melepaskan tidak pernah merugikan dirimu.
Memaafkan tidak pernah menjatuhkan maruahmu.
Melupakan tidak pernah menghilangkan tenangmu.
Dan berterima kasih tidak pernah membuatmu kurang dari siapa dirimu.