MUDA Pasir Gudang menerima berita musibah yang melanda keluarga Encik Fairuz siang tadi di Kampung Pasir Gudang Baru. Rumah pusaka yang didiami beliau sekeluarga musnah dijilat api. Mereka sekeluarga kini sehelai sepinggang.
Buat masa ini mereka sekeluarga menumpang di rumah kedai milik kakak beliau. Kami telah menghantar sedikit sumbangan seperti bakul makanan, periuk nasi elektrik, bantal, selimut, lampin bayi dan pakaian.
Sebelum Ramadan melabuhkan tirai dan Syawal menjelma datang, MUDA Pasir Gudang telah selesai menyampaikan amanah daripada penyumbang untuk mangsa-mangsa banjir dan juga keluarga yang memerlukan.
MUDA Pasir Gudang dengan kerjasama Puan Fatimah dan Butik Koleksi Ziella telah menceriakan 60 orang kanak-kanak terpilih dengan pakaian Hari Raya baru. Semoga lebih gembira menyambut hari raya esok.
Semalam telah berlangsung Program Iftar Rakyat MUDA Johor bersama mangsa banjir dan asnaf Kampung Sentosa, Masai.
Kawasan ini antara yang terjejas akibat musibah banjir baru-baru ini dan melibatkan hampir 700 orang mangsa.
MUDA Johor telah mengagihkan 20 beg sekolah kepada adik-adik yang terjejas akibat banjir di Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Melayu Pandan. Semoga dapat memberi sedikit semangat untuk mereka kembali ke sekolah.
PANGGILAN SUKARELAWAN MISI PASCA BANJIR PUTERI WANGSA
Saya dah terima banyak DM dari penduduk yang perlukan bantuan untuk bersihkan rumah mereka.
Hari ini, saya dah melawat 9 PPS dan melihat sendiri keadaan mangsa banjir - ramai yang kehilangan semua barangan di rumah. Perabot, barang elektronik, pakaian - semuanya musnah.
Sekurang-kurangnya, kita boleh bantu mereka bangkit semula dengan membersihkan rumah dan meringankan beban yang mereka tanggung.
Jika anda boleh luangkan masa untuk membantu, daftar melalui link di bawah. Setiap tenaga sukarelawan amat dihargai.
https://t.co/8uIWzwTtcE
MUDA Pasir Gudang telah membuat agihan fasa pertama untuk Beg Infak Ramadan Peduli Pasir Gudang. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu keluarga penerima.
Alhamdulillah pada 1 Ramadan, MUDA Pasir Gudang telah menerima sumbangan sayur-sayuran untuk diagihkan secara percuma kepada komuniti setempat. Terima kasih kepada penyumbang.
Sumbangan beg sekolah kepada anak-anak Rumah Halo Prihatin Anak-Anak Yatim Johor di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Semoga urusan mereka dipermudahkan.
MUDA Pasir Gudang telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 30 orang pelajar terpilih di sekitar Pasir Gudang.
Selamat maju jaya semua. Semoga adik-adik ini lebih bersemangat untuk sesi persekolahan baru bermula Isnin nanti.
MUDA Johor akan menganjurkan Program Back To School untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan barangan keperluan bagi sesi persekolahan 2025/2026.
Sempena Perayaan Tahun Baru Cina, MUDA Pasir Gudang telah meluangkan masa untuk membawa sedikit keceriaan kepada penghuni Rumah Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria.
Kami telah menyampaikan bakul makanan, barangan keperluan harian, ubat-ubatan & juga set alat tulis.