Seramai 12 sukarelawan Malaysia telah diculik oleh rejím haram di perairan antarabangsa.
Mereka bukan penjenayah, tetapi insan ikhlas yang sanggup meninggalkan keluarga dan tanah air demi misi kemanusiaan. Namun keberanian ini dibalas dengan kekerasan.
Marilah kita bermunajat agar mereka dilindungi Allah, segera dibebaskan daripada kezaliman dan seluruh armada Global Sumud Flotilla selamat meneruskan misi mereka.
Sehubungan itu, Ustaz Wadi Annuar menyeru umat Islam agar menunaikan solat sunat hajat dan doa qunut Nazilah di masjid, surau dan tempat masing-masing.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tiada hijab (penghalang) antaranya dengan Allah.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Semoga Allah melindungi dan menguatkan para sukarelawan kita, serta menganugerahkan kemenangan kepada rakyat G🍉.
#ustazwadiannuar #sumudflotilla #globalsumudflotilla
HUKUM BERMAIN TELEFON KETIKA MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berwuduk lalu memperelokkan wuduknya kemudian datang solat Jumaat lalu dia mendengar dan diam, diampunkan baginya dosa antara Jumaat itu hingga Jumaat berikutnya serta tambahan tiga hari. Dan sesiapa yang yang bermain dengan batu kecil (ketika khutbah), maka dia telah lagha”
(HR Muslim)
Huraian Imam al-Nawawi: “Dalam hadis ini terdapat larangan bermain-main dengan batu kerikil atau perbuatan sia-sia yang lain ketika khutbah. Yang dimaksudkan dengan ‘lagha’ ialah perbuatan batil yang tercela dan tertolak.”
Kesimpulan
Hukum bermain telefon ketika mendengar khutbah Jumaat adalah makruh kerana ia termasuk dalam perbuatan lagha, iaitu sia-sia dan membuang masa, serta boleh menjejaskan kesempurnaan pahala solat Jumaat.