Allah tahu kamu kuat dan tabah, jadi jangan pernah anggap diri kamu lemah tidak berdaya.
Jika kamu merasa tiada siapa yang peduli, yakinlah Allah sentiasa ada.
Sabar tabah tu perlu ada pada diri orang laki² apabila dgn pasangan masing², fikir jauh kedepan jangan mudah mengalah sentiasa merendahkan ego dan emosi sentiasa memaafkan, insyaallah kekal sampai bila²..
Bila kita ikhlas pada sesuatu yang mengecewakan hati, maka percayalah allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang kita tak pernah sangkakan.
Ada terdengar ustaz cakap,
"Kita sebagai manusia, jangan ada 2 benda dalam hidup.
1) Risaukan atau terlebih risau perkara yang tak berlaku lagi,
2) Jangan menyesal dengan perkara yang dah berlaku.
InshaAllah kalau tak ada 2 perkara ni, hidup akan jadi tenang"
Manusia selalu bertanya, kenapa Allah tak segera makbulkan doa mereka.
Tapi, kenapa tak bersyukur, kerana Allah tak segerakan balasan ketika buat dosa.
#QuranHour