NASIHAT SUCI MURNI & TERBUKA KEPADA KANDA YUSUF AZMI..
Kehadapan kanda Yusuf Azmi,
Apa khabar kanda Yusuf? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi rahmat dan kasih tuhan. Bagaimana keadaan penyakit menggeletar kanda tempoh hari? Sudah pulih sepenuhnya? Harap semuanya sudah baik-baik sahaja. Perniagaan kanda bagaimana? Luar biasa baik? NGO pula bagaimana? Sudah audit?
Kanda yang diidolakan,
Apabila dinda diberikan video ini (rujuk video di bawah) oleh seorang rakan, dinda terasa sungguh sebak kerana dapat merasakan kekecewaan kanda terhadap tuduhan-tuduhan ganas yang menimpa kanda beberapa hari ini. Alhamdulillah dinda lihat, kanda telah buat settlement dengan supplier kedai runcit Sembocah yang viral baru-baru ini.
Tidak perlulah kanda buat video terjerit-jerit walhal ia video rakaman kanda sendiri. Jangan buat malu budak 90s kanda. Kanda kena chill, tenang dan rasional. Jangan mengiggil, istighfar banyak-banyak. Biasalah kanda, itu semua ranjau kehidupan dunia yang kanda harus lalui.
Kanda yang dihormati,
Dinda nasihatkan kanda untuk tukarlah perniagaan yang kanda sedang lakukan. Buatlah perniagaan yang benar. Bukankah dulu kanda pernah bilang yang kanda pernah menjadi saudagar kereta yang pernah kaya raya dilimpahi wang yang banyak. Jika kanda tidak mahu jual kereta, boleh buka mini market balik. Bukankah kanda juga sudah jadi affiliator Quantum Mental? Tidak cukup lagi kah?
Jika kanda mahu teruskan juga perniagaan sebegitu, gunakanlah entiti perniagaan bukan NGO. Takkanlah kanda taktau, bukankah kanda sering katakan kanda ini orang undang-undang? Dinda tidak tahu apa jenis kategori business yang kanda lakukan. Consultant? Broka? Debt collector? Negotiator?
Jika kanda masih tegar mahu menggunakan nama NGO Semboyan tersebut, dinda risau kanda akan membuka lebih banyak pintu-pintu fitnah kerana NGO tersebut juga sering mengumpul dana awam daripada masyarakat. Kanda juga tidak pernah melakukan pembentangan audit secara terbuka segala perbelanjaan dan kutipan NGO tersebut.
Kanda yang dipandang tinggi,
Jangan sangka kanda lahir 90s kanda terlalu hebat dan matang untuk mendabik dada dengan masyarakat, ramai lagi budak 80s dan 70s yang sedang memerhati dan mentertawakan kanda. Kanda kena jadi seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Syarikat mini market yang menggunakan nama Semboyan itu jelas-jelas dimiliki adik beradik kanda. Bahkan kanda pemegang saham terbesar! Sudah pasti masyarakat akan mula menyoal kenapa nama Semboyan tetapi dimiliki oleh kanda adik beradik? Apa ini?
Dinda pasti ramai yang mula bertanya dari mana datangnya modal membuka mini market Semboyan itu? Daripada NGO? Daripada gaji kanda di NGO? Berapa gaji kanda di NGO? Akhir sekali, akan balik kepada audit.
Kanda di medan perang,
Dinda pula di medan seni. Kita sama-sama berjuang, sama-sama berbakti untuk ibu pertiwi. Cumanya kanda, dinda telah ditunjukkan beberapa laporan polis ke atas nama kanda. Rasanya perniagaan yang kanda lakukan ini sudah jelas ada masalah. Jika kanda masih nak teruskan, dinda risau kanda akan terlungkup. Dinda lihat, PW pun sudah mula menyerang kanda.
Kanda mungkin risau anak-anak buah kanda tidak ada kerja nanti. Suruhlah mereka buat kerja yang benar. Bukan kerja menyergah orang, menakut-nakutkan orang seperti kumpulan Sarip Dol. Kita bukan di zaman jalak lenteng lagi. Suruh mereka berniaga jual ayam goreng ke, jual burger ke, jadi rider atau paling tidak masuk tentera, lagi steady. Lagipun, rezeki daripada Allah kan kanda?
Kanda, masyarakat zaman sekarang ini sudah tahu membezakan video mana yang staged, yang mana ori. Mungkin dulu zaman PPIM lakonan itu semua menjadi. Hari ini tidak lagi. Ahlong mana yang bebal bagi kanda record kamera depan belakang.
Kanda yang lantang dan berpengaruh,
Dinda rasa elok kanda jadi fasilitator PLKN bagi mengelakkan kanda dipanggil ke PLKN. Itu kerja yang mulia juga, menjadi pelatih. Kerja kutip hutang ni bukanlah kerja yang baik dan mulia sangat.
(sambung..)
▪️Joe Biden, Presiden US
▪️Rishi Sunak, PM UK
▪️Emmanuel Macron, Presiden Perancis
▪️Justin Trudeau, PM Kanada
▪️Ursula von der Leyen, Presiden EU
Konon "condemning the violence against innocent civilians in Gaza" tapi membenarkan massive bombing.
The death of the innocent people you're murdering in the dark make you lose your sleep, I wish they haunt you every time you close your eyes.
This is the scariest thing I've ever seen in my life, they've turned whole Gaza into hellfire. Oh Allah please help the people of Gaza
#starlinkforgaza
Serius lah ada Muslim yang simpati dengan Israel?
Kalau isu menyerang orang awam, hakikatnya mereka adalah illegal settlers yang merampas rumah dan tanah rakyat Palestin.
Bagaimana boleh dikata sebagai innocent citizens?
Dapat 5 waktu berjemaah/hadir masjid. Benda simple, aku sendiri pun susah nak capai.
Siapa yang dapat cukup ini betul² kaya, waktu solat dia boleh tinggalkan benda duniawi kejap then sambung balik lepas solat.
Sebab dia sedar, dunia ini hanyalah sementara.
Tak mahal tapi tak ramai mampu.
Aku nak ingatkan korang semua ya so called Swifties. Ko dengar sini !
Sebelum korang lahir, aku dah download lagu Love Story dia guna 4shared masuk dalam Sony MP3 aku warna merah. Aku bayar RM 3/jam tau kat cyber cafe area Kluang Parade nak download.
Ko apa tahu erti susah !
Belek2 buku nota member. Ada kolum simpanan.
Kecemasan - 200
Haji - 50
Member - 100
Aku tanya, 'member' ni tabung apa?
'kadang2 ada member2 hujung bulan susah, aku simpan 100. Kalau2 diorg perlukan, aku bagi pinjam'
Aku dalam hati : 😭
syurga buat kawan2 mcm ni
Unpopular Opinion Raya
Minta duit raya sebenarnya dosa. Beri duit raya itu sedekah. Meminta-minta pula dilarang agama
PEMBERIAN duit raya kepada ibu bapa, saudara dan rakan terdekat merupakan antara tradisi yang sering dilakukan oleh masyarakat Melayu terutamanya ketika raya