“Jangan engkau katakan, bahawa si fulan tak mengenali aku kecuali ketika dia punya hajat atau keperluan sahaja, akan tetapi ucaplah : Alhamdulillah yang memuliakan aku serta memilihku untuk memenuhi atau menunaikan hajat orang”
[Sheikh Mutawali Sya’rawi]
Untukmu Wahai Muslimah!
Pada akhirnya, mahu tidak mahu semua wanita muslimah akan menutup auratnya juga, entah itu pakai hijab atau kain kafan.
Maka jangan sampai engkau menjadikan hari terakhirmu sebagai hari pertamamu memakai hijab.
“Tidak perlu bandingkan dirimu dengan orang lain. Cukuplah bandingkan kepintaran dirimu dengan ayam yang berkokok di pagi hari. Lihatlah siapa yang terlebih dahulu bangun untuk mengingati Tuhannya. Maka itulah yang lebih pintar.”
[Imam Al-Ghazali]
“Setajam apapun penglihatan di waktu malam, engkau tetap tidak akan mampu melihat tanpa lampu. Seperti itulah akal, setajam apapun akal tanpa mengikuti cahaya wahyu petunjuk dari Allah juga tidak akan mampu melihat kebenaran.”
.
العلّامة المُربي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله
Main PUBG/MOBILE LAGEND dll game berjemaah, sanggup call kawan ajak join..
Tapi bila datang time solat sorang-sorang, Allahu ... apabila kurang didikan agama maka hilang keagungan Allah didalam hati.
Tak perlu layan pon sebenarnya orang yang suka mengata orang ni, kerana anjing tak selamanya menyalak dia akan diam juga akhirnya, semakin dilayan semakin kuat dia menyalak.
Ketika menjadi ayah suatu saat nanti :
.
Jangan katakan kepada mereka,
.
"Pergilah solat, kalau tidak kamu akan masuk neraka!"
.
Tapi katakanlah,
.
"Mari solat denganku, semoga kita dimasukkan ke syurga bersama-sama."
.
Gus Baha'
Kematian para ulama adalah kerugian terbesar bagi umat sekalian manusia
Mungkin ada dikalangan mereka mengarang kitab,dan kita boleh baca,namun belum tentu apa yang kita faham itu tepat apa yang difahami oleh mereka
Carilah Alim Ulama.
Ada perbezaan antara SUKA dan SAYANG,
1. Apabila engkau menyukai bunga mawar itu, kau akan memetiknya.
2. Akan tetapi jika engkau menyayanginya, engkau akan menyiramnya setiap hari.
Jagalah lisan kerana hidup insan dibawah tadbir Tuhan
ikuti ajaran kekasih Arrahman inshaAllah mendapat kemenangan dengan dimasukkan ke syurga adnan itulah hakikat keamanan.
Dikeranakan sifat segelintir pendakwah yang tidak faham konsep dalam berdakwah sehingga menjauhkan orang-orang dari agama, pentingnya ilmu. Nak bawak kapal terbang pun perlu kepada ilmu, inikan pula agama.
Handphone mungkin menjadi benda yang paling ringan yang kamu bawa ketika di dunia ini, akan tetapi hati-hatilah takut ia menjadi benda yang paling berat dalam timbangan amalan mu kelak di akhirat, oleh itu berwaspadalah pada apa yang kamu simpan di dalamnya.
"Qalbun Saleem, yakni mempunyai hati yang selamat dari perasaan yang tidak baik kepada seluruh kaum Muslimin."
العلّامة المُربي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله
Bagaimana hati kita teman-teman sekalian ?