Kami dengan sukacitanya menjemput pihak tuan/puan daripada kalangan orang awam dan wakil-wakil industri untuk mendapatkan Pek Maklumat Asbestos yang telah dirangka khas untuk pemahaman umum.
Untuk memuat turun, sila scan QR kod yang dilampirankan.
Sambungan ⬇️
🌱 21 Oktober - Hari Alam Sekitar Negara 2025
TEMA: Bersatu Menentang Bahaya Asbestos
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, semua bentuk asbestos termasuk chrysotile yang masih digunakan di Malaysia adalah karsinogenik kepada manusia.
APA YANG KITA BOLEH BUAT?
✅ Tingkatkan kesedaran
✅ Sokong larangan menyeluruh
✅ Guna tenaga kerja bertauliah untuk penyingkiran asbestos
✅ Pilih bahan binaan yang lebih selamat
Bersama kita lindungi alam sekitar dan kesihatan rakyat Malaysia!
Kami Malaysia.Asbestos.Komuniti menyeru kerajaan agar segera mengharamkan penggunaan asbestos demi melindungi kesihatan rakyat. Tindakan tegas hari ini akan menyelamatkan nyawa generasi akan datang. Hentikan bahaya tersembunyi asbestos sebelum ia meragut lebih ramai mangsa!