Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Changlun
Buka Setiap Hari KECUALI Cuti Umum.
WAKTU OPERASI : 9AM - 6PM.
REHAT : 1PM - 2PM (JUMAAT 12.30PM - 2.30PM)
πππππ ππ¦ππ‘? πππ‘πππ‘ π£ππ‘ππ!
β¨Dalam keadaan kecemasan, kadang-kadang susah nak cakap atau tunjuk lokasi dengan cepat.
Dengan SaveME 999, kita boleh hantar permintaan bantuan melalui telefon bersama maklumat seperti lokasi, teks, gambar, video atau rakaman suara.β¨
Muat turun siap-siap. Harap tak perlu guna, tapi bila perlu, kita dah bersedia.
β¨#MalaysiaMADANI
#YakinMADANIβ¨#SaveMe999
1,099 NADI SELURUH π²πΎ
Baru-baru ini saya merasmikan NADI Inanam Sentral, NADI ke-1,099 di seluruh negara.
Daripada akses internet dan kemahiran digital, hingga perniagaan dalam talian dan pelbagai Perkhidmatan Pintar, semuanya ada di NADI.
Untuk kawasan pedalaman, NADI On Wheels turut membawa kemudahan ini lebih dekat kepada rakyat.
Kita jumpa di NADI! ππ²πΎ
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Buat 68 orang warga Lembah Pantai dan 31,600 rakyat Malaysia yang sedang menunaikan ibadah haji, kami di tanah air sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudah, kesihatan sentiasa terpelihara, dan setiap ibadah diterima Allah SWT.
Antara yang turut menunaikan haji tahun ini ialah Kak Muliati Nasir dari Taman Bukit Angkasa, yang telah lama menunggu giliran dan tidak pernah berputus asa, termasuk selepas dua kali mengemukakan rayuan kepada Tabung Haji, demi menyempurnakan rukun Islam kelima ini.
Semoga semuanya dikurniakan haji yang mabrur, dilimpahi rahmat dan keampunan, serta pulang ke tanah air dengan selamat, sihat dan penuh keberkatan, insya-Allah.
#LembahPantaiDiHatiku
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Walaupun AI makin canggih, ada juga risiko kian membimbangkan, contohnya deepfake, scam yang lebih licik, dan berita palsu.
Sebab itu kita kena lebih berhati-hati, tingkatkan literasi digital, dan guna teknologi dengan lebih bertanggungjawab supaya masyarakat tak terkesan dengan penyalahgunaannya.
π’ NOTIS PENUTUPAN OPERASI π’
π 19 Mac 2026 (Khamis)
hingga
π 23 Mac 2026 (Isnin)
β¨ Operasi akan kembali seperti biasa pada:
π 24 Mac 2026 (Selasa)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
π +60 19-624 2615
π’ LIVE WEBINAR: Bahaya Serangan Malware
π Tarikh: 5 Mac 2026
β° Masa: 2.00 petang β 3.30 petang
π₯ Sasaran: Pelajar, ibu bapa dan orang dewasa
π Boleh tonton di:
β’ NADI Changlun
β’ Atau tonton dari rumah
π Yang berminat boleh hubungi:
019-624 2615
π£ JOM SERTAI PROGRAM MAHIR JAHIT β JOM BERGAYA RAYA: FASHION STYLING!
π Tarikh: 5 Mac 2026 (Khamis)
β° Masa: 11:30 pagi β 12:30 tengah hari
πΊ Boleh tonton di:
β’ NADI Changlun
β’ Atau tonton dari rumah
π Yang berminat boleh hubungi:
019-624 2615
π’ MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA
NADI Changlun akan ditutup sementara pada 17 & 18 Februari 2026 (Selasa & Rabu) sempena sambutan Tahun Baru Cina π§§β¨
Sebarang pertanyaan atau urusan, boleh terus hubungi:
π 019-624 2615
Terima kasih atas sokongan anda β€οΈ
3.1 juta penerima SARA Bujang bakal menerima bantuan mulai
16 Januari 2026.
Kerajaan terus prihatin, memastikan tiada rakyat yang tercicir.
Sumber infografik: @japenmalaysia
Keselamatan dalam talian bukan pilihan, ia tanggungjawab bersama.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di
https://t.co/oVWU6ehzym
#MCMC#NADIMCMC#ONSA
π² Layari https://t.co/4cNMbg5Sgt β hab utama untuk:
β Kalendar penuh acara di seluruh negara
β Muat turun logo, lagu & panduan Jalur Gemilang
β Info lengkap tentang sambutan HKHM dari peringkat nasional hingga daerah
#HKHM2025#MalaysiaMADANI#RakyatDisantuni#TaatSetia
Hari ini saya dan YB @TeoNieChing telah bertemu dengan Persatuan ALIFE (mewakili penganjur-penganjur konsert) dan syarikat-syarikat jualan tiket utama. Turut hadir bersama ialah Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Datuk Azman Adam, serta Pengarah Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan, Tn. Zubir Hamsa.
Kami teliti mekanisme sedia ada bagi bayaran balik akibat pembatalan konsert, serta hak pembeli tiket di bawah undang-undang perlindungan pengguna.
Selain dari ejen jualan tiket, pengguna juga boleh menggunakan proses Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan pampasan, di mana pihak tribunal akan menilai dan menentukan kelayakan pampasan.
Perbincangan ini mengukuhkan komitmen Kerajaan MADANI dan semua pihak dalam melindungi hak pengguna serta memastikan mekanisme pampasan yang adil dan berkesan dapat dilaksanakan.
Selesai program di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU) Isnin lalu, saya singgah di NADI Desa Permai Repah, Negeri Sembilan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Terima kasih En. Mohd Arif (Pembantu Pengurus NADI Desa Permai Repah) atas perkongsian perkembangan terkini pelbagai inisiatif yang dilaksanakan.
#FahmiFadzil
#MalaysiaMADANI
Kementerian Komunikasi (KK/@komunikasi_gov) telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC/@MCMC_RASMI ).
Kempen tersebut akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam seluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan usia dan latar belakang mengenai pentingnya keselamatan internet.
Sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet hari ini, Kementerian Komunikasi juga ingin memaklumkan bahawa pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] telah diwartakan pada 7 Februari 2025 dan berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.
Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan.
Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.
Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.
Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, memperkukuh lagi infrastruktur digital negara.
Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti, serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia.
Mesyuarat juga telah meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait halatuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.
Semoga segala usaha ini dipermudah.
Fikir dahulu sebelum anda βclickβ dan βshareβ di media sosial.
π Apa yang berlaku dalam Internet, kekal dalam Internet. Lindungi privasi anda dan elakkan berkongsi maklumat sensitif.
π’ Pesanan ini dibawa oleh: NADI & CelcomDigi
#SafeInternet#KitaSafe#SayaSafe#NADIxAwareness