Perasaan rindu itu kalau diluahkan pada Allah boleh jadi tenang dan puas. Dia yang beri rasa rindu tu, maka Dia jugalah yang boleh mengubatinya.
Sebab itu kadang-kadang bila diluahkan kepada manusia, tak semua yang akan faham dan hargai.
Saat Allah menulis siapakah jodohmu diatas dunia.
Saat itu juga Allah menulis tarikh kematianmu dan bagaimana keadaan semasa kamu mati.
Mungkin kamu berjumpa jodoh kamu dulu didunia, kemudian kamu mati atau kamu mati dulu dan bertemu jodoh kamu disyurga.
#quranhour
Kita selalu minta jodoh yang baik, tapi jarang minta kawan yang baik. Jom start harini kita masukkan ayat ni dalam doa
“Ya Allah kelilingi aku dengan sahabat yang baik & jauhkan aku daripada sahabat yang suka melihat aku jatuh. Jauhkan aku daripada sifat sahabat yang buruk”
Carilah seseorang yang tahu buruk kita, tapi tetap terima kita. Tahu kekurangan kita, tapi tetap ingin bersama kita. Tahu kisah silam kita, tetap membimbing untuk ke syurga. Tahu kita tak seperti yang dia inginkan, tapi dia tetap bersama kita.💕
Ramai orang ingat yang move on ni maksudnya melupakan. Sebenarnya move on ni maksudnya redha dengan benda yg lepas. Maksudnya kau masih ingat, tapi kau berhenti berharap.
Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri
Inilah penawar untuk hati apabila sesuatu yang kita tidak diingini berlaku dalam hidup
Yakinlah bahawa Allah sebaik² perancang