📍🟡 “I think it’s going to hit us in June. We’re going to start seeing production stoppages, people losing overtime, shift reductions…”
The Economic Adviser to the Prime Minister’s Office Nurhisham Hussein joins The Breakfast Grille to answer:
• Why oil supply will not resume immediately after the war ends
• Why this shortage will impact every aspect of our lives beyond petrol prices
• Budget cuts to the Ministry of Health and Ministry of Education
Full interview ⬇️
Kenyataan penuh James Chai, mantan pegawai kepada @rafiziramli. Sebarkan! (Bebenang 1/2).
HANYA KERANA ADA KAITAN DENGAN YB RAFIZI RAMLI
Saya bukan Jho Low 2.0: Mengapa Anwar Ibrahim dan Azam Baki menyasarkan seseorang seperti saya
Pada 7 Mac 2015, saya menganjurkan satu protes yang dinamakan “Rise with Justice”. Ketika itu saya merupakan pelajar tahun ketiga jurusan undang-undang di United Kingdom. Saya tidak pernah terbayang bahawa Malaysia akan berani menggunakan seluruh jentera negara untuk mensabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim buat kali kedua secara tidak adil.
Ramai pelajar Malaysia di UK ketika itu tidak berani hadir ke protes tersebut. Namun sebagai pemimpin pelajar bagi Malaysia Progressives United Kingdom, saya tetap meneruskannya kerana saya mahu dunia mengetahui tentang ketidakadilan mendalam yang berlaku dalam negara.
Ramai pemimpin Reformasi selalu bercakap tentang kebangkitan politik mereka pada tahun 1998. Bagi saya, kebangkitan itu berlaku pada 2015.
Apabila Anwar Ibrahim akhirnya menjadi Perdana Menteri pada November 2022, saya menulis sebuah artikel bertajuk “Anwar made me believe in something”. Artikel itu menggambarkan betapa bermaknanya detik tersebut kepada penyokong seperti saya.
Saya teringat kepada ramai penyokong yang sanggup berdepan hujan dan panas, kekasaran polis, gas pemedih mata, kehilangan pekerjaan dan dipulaukan masyarakat — semuanya demi satu idealisme: melihat keadilan ditegakkan. Melihat Anwar dibebaskan dari penjara. Melihat Anwar menjadi pemimpin negara.
Namun pada 4 Mac 2026, Anwar dan Tan Sri Azam Baki kini menyasarkan saya.
Asas siasatan ini adalah dakwaan bahawa terdapat salah guna dana oleh bekas majikan saya, YB Rafizi Ramli, dan bahawa perjanjian yang saya terlibat dengannya diluluskan secara tergesa-gesa.
SPRM telah mengeluarkan notis pencarian awam terhadap saya seolah-olah saya seorang pelarian. Azam Baki juga mengadakan sidang media mengenai perkara ini, memberi gambaran bahawa saya sedang bersembunyi seperti seorang penjenayah.
Hakikatnya, saya tidak bersembunyi.
Fakta dan kronologi sebenar
1. Pada 15 Februari 2023, saya dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas (Dasar) kepada Menteri Ekonomi Malaysia, melapor kepada YB Rafizi Ramli.
2. Pada 22–23 April 2024, Kerajaan Malaysia menganjurkan persidangan teknologi dua hari bernama KL20, yang menampilkan ramai tokoh antarabangsa dan tempatan dalam industri teknologi dan startup.
Ini merupakan antara acara teknologi paling berprofil tinggi pernah dianjurkan di Malaysia:
• Hampir RM1 bilion dana global dilancarkan
• Sekitar 20 firma modal teroka dan pengasas syarikat memutuskan membuka pejabat di Malaysia
• Lebih 10 dasar dan inisiatif baharu diperkenalkan
• Pengumuman taman semikonduktor terbesar di Asia Tenggara
Saya dan rakan-rakan di Kementerian Ekonomi memimpin penganjuran persidangan ini. Arm Limited dijemput sebagai penceramah jemputan dalam sesi semikonduktor.
3. Pada hari pertama KL20, 22 April 2024, pasukan Arm Limited telah dijemput secara tergesa-gesa untuk bertemu Perdana Menteri di pejabatnya. Saya tidak berada dalam pertemuan tersebut.
Namun daripada gambar di Instagram, saya melihat bahawa YB Tengku Zafrul, YB Gobind Singh Deo, YB Zambry Kadir, YB Fahmi Fadzil dan beberapa pegawai kanan kerajaan turut hadir.
Setahu saya, permintaan utama kerajaan adalah supaya Arm Limited membantu aspirasi semikonduktor Malaysia. Disebabkan semangat yang terhasil daripada KL20 dan juga urgensi daripada Perdana Menteri, pihak Arm Limited memberikan cadangan awal bagaimana kerjasama ini boleh dilaksanakan.
4. Selepas pertemuan itu, saya ditugaskan oleh Menteri Ekonomi untuk meneroka peluang kerjasama dengan Arm Limited, kerana saya mengendalikan KL20 dan kebanyakan inisiatif teknologi kementerian.
5. Antara Mei 2024 hingga 5 Mac 2025, saya menghasilkan:
• lebih 20 pembentangan Google Slides
• lebih 10 dokumen Google Docs
• berbincang dengan lebih 100 pihak berkepentingan dalam kerajaan dan industri
Akhirnya anak aku sendiri jadi mangsa pedophilia.
Asalnya aku nak diamkan sahaja cerita ni. Tapi rasa tak tenang kalau tak kongsi demi memberi kesedaran kepada lebih ramai parent.
Kejadian berlaku pada penghujung Januari hari tu. Aku bawak anak aku ke masjid untuk solat isyak. Untuk privasi aku tak dedahkan anak aku yang mana. Aku namakan anak aku Nuh. Umur lingkungan 7-8 tahun.
Malam tu aku bawa dia ke masjid seperti biasa. Aku solat di saf hadapan dan dia berada di belakang bersama kawan2 lain sekitar 5-6 orang.
Ada masa dia rajin, dia solat. Ada masa dia malas, dia main sahaja dengan kawan2. Malam tu dia bagitau dia taknak solat dan aku ok kan saja. Dia main dengan kawan2. Lepas solat, dia datang dekat aku dan cerita satu per satu apa yang terjadi masa jemaah tengah solat.
Masa tu dia tengah susun selipar dekat entrace (dia memang suka susun selipar bila bosan). Kebetulan kawan2 yang asalnya sama2 duk main dekat entrance tadi semua masuk dalam masjid tinggal dia seorang. Tiba2 datang seorang lelaki dengan motor tanya lokasi tandas. Nuh tunjuk arah tandas. Kemudian, abang tu minum air lepas tu dia ajak Nuh teman dia ke tandas.
Nuh bersama dia jalan ke tandas. Bila sampai di tandas, dia buka seluar Nuh dan the rest is history. Aku ringkaskan sahaja taknak detail sangat. Secara konklusi, air liur lelaki tu melekat pada xx anak aku. Dan alhamdulilah, tak ada berlaku sebarang tusukan pada mana2 rongga Nuh. Tak ada perbuatan yang menyebabkan apa2 cecair dari lelaki tu masuk ke tubuh Nuh. Kejadian berlaku sekitar 4 minit sahaja. Bila keluar dari tandas, dia terus berlalu dengan motosikal dan Nuh masuk dalam masjid. Tak sampai seminit lepas tu, jemaah siap solat dan bertebaran.
Semua pergerakan direkod cctv dan sudah diserahkan kepada polis. Muka suspek pun agak jelas kelihatan. Aku agak umur suspek sekitar 25-29 tahun. Nuh bagitahu dia pernah nampak orang ni sebelum ni (dia pernah cerita yang dia bantu tunjukkan tandas kepada seseorang) tapi masa tu dia tak buat apa2 lagi. Maksudnya, dia dah study behavior budak2 dekat masjid tu.
Kalau difikir logik, budak kecik macam tu apa yang dia dapat? Jangan sangka orang gila berfikir macam kita. Wiring otak orang gila pedophilia dah menyongsang teruk. Dapat sentuh xx budak kecik pun dah cukup untuk puaskan nafsu.
Mungkin tulisan ni boleh mengganggu urusan pihak polis untuk kes ni. Cuma aku decide juga untuk share benda ni supaya boleh menyelamat ramai kanak2 dari menjadi mangsa pedo.
Bawa anak ke masjid tak salah. Yang salah ialah persekitaran kita sekarang yang orang gila semakin ramai.
Kepada parent, sebelum apa2 berlaku pada anak kita, tolong waspada selalu. Tolong berhati2 bila bawa anak ke tempat awam seperti masjid. Lebih2 lagi pada musim solat tarawih ni. Anak2 akan datang ke masjid secara berulang2. Kalau boleh bawa anak yang dah boleh berfikir dan berbincang supaya senang ikut arahan kita. Boleh faham pesanan kita, apa respon jika berhadapan dengan orang asing dan jika berlaku sentuhan di bahagian sensitif.
Kepada pihak masjid, jika ada kemampuan boleh buat 1 tempat khas untuk anak bermain dan sediakan penjaga sepanjang Ramadhan ni. Cctv mesti pasang yang berkualiti. Bukan asal ada sahaja.
Jika berlaku juga, parent tolong segera buat repot. Jangan tangguh. Terutamanya jika ada cecair melekat. DNA adalah data penting dalam kes pedo. Kalau berlaku malam, malam tu jugalah pergi balai tanpa tukar pakaian.
Alhamdulilah. Anak aku tak trauma. Dia ok sahaja. Boleh bercerita penuh. Boleh beri kerjasama baik dengan pegawai penyiasat.
Semoga Allah selamatkan kita dan keluarga dari segala bahaya dan malapetala serta perbuatan orang2 gila.
Oleh Hafiz Mustafa
TERKINI
Wartawan Palestin, Enas Akhlawi ditangkap IDF sewaktu berada di rumahnya di Bandar Idhna, Barat Al Khalil Tebing Barat
Abangnya menceritakan IDF memusnahkan pintu dan mengheret Enas dengan ganas
Dia ditangkap tanpa sempat memakai tudung atau pakaian sejuk. Setakat ini tidak diketahui nasibnya atau di mana dia ditahan
This is such a disaster! One instance of poor handling of needles or an unknown infection, this entire wedding party is cooked!
A bunch of ladies in Bandra, Mumbai did this IV drip party last year and one of them found she had Hepatitis B, a few months later while doing some routine investigations.
She informed the group and turned out 3 other ladies turned positive for the same.
Pls use your brains. 🙏
Tak abis orang compare our hotels prices with Thailand's. Its like MatSaleh compared their hotels with KL. Its economy difference. Because we paid our workers better. Thats why we cant cheap out our hotels. Go to Thai if you want. But let our workers continue to have better life
Siapa terbaik untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden KEADILAN 2025/28?
Jom kita analisa sikit. (Ini 🧵)
📌 Pesanan dan nasihat Presiden.
Siapa yang ikut nasihat dan pesanan Presiden? Beliau sudah menasihati agar @rafiziramli (RR) diberi laluan mudah malah menyokong pengekalan RR. Kenapa? Kerana pada hemat beliau parti dah helok dan demi kestabilan parti. Jika demikian, kenapa @n_izzah (NIA) menawarkan diri bertanding? Korang jawabla sendiri. (1/7)
Yup. Maybank tak default kurangkan your loan if you pay lebih. CIMB flexi loan, tak perlu bagitau pun.
Whether you choose maybank or cimb, just call your bank to confirm.
Kalau sendiri takde initiative nak jaga duit, no knowledge in the world can help you.
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dan menyantuni pengunjung yang hadir sambil isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengedarkan kipas tangan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya hari ini.
🎥 Hafzi Mohamed/BERNAMA
#BernamaNews#VideoBernama
#HKHM2024
#TaatSetia
Beberapa perkembangan terkini ekonomi negara, termasuk naratif ekonomi yang meyakinkan, pelaburan asing yang makin meningkat, komitmen pengukuhan fiskal dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjur berkembang 5.8% pada suku kedua 2024, mata wang ringgit sedang menunjukkan tanda-tanda pengukuhan mendadak. Mata wang tempatan telah mengatasi prestasi dolar AS selama 10 hari berturut-turut, iaitu prestasi terbaik dalam 14 tahun.
Setakat ini, ringgit telah mengukuh sebanyak 2.16% berbanding dolar AS. Malah, prestasi ringgit juga mengatasi beberapa mata wang utama antarabangsa seperti pound British, RMB China dan Euro.
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar US.
Hal ini membuktikan bahawa hala tuju dasar kerajaan sedang berhasil dan mula menarik perhatian dan keyakinan pelabur semula.
Komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap pembaharuan fiskal yang sukar dan perancangan ekonomi yang komprehensif telah menghasilkan satu naratif pertumbuhan ekonomi yang baharu.
Bergerak ke hadapan, kita menjangkakan pemotongan kadar faedah pertama di Amerika Syarikat yang boleh berlaku seawal pertengahan September akan terus mengukuhkan lagi kedudukan ringgit.
Walaupun terdapat kata sepakat dalam kalangan firma penyelidikan bahawa ringgit akan terus mengukuh, tumpuan saya kekal pada pelaksanaan dasar yang telah dirancang secara berkesan.
Ekonomi dunia akan terus bergolak dalam masa terdekat yang akan terus mempengaruhi turun naik ringgit.
Nilai ringgit hanya akan dapat dipertahankan dari ketidaktentuan global ini sekiranya ekonomi negara distrukturkan ke arah berteknologi tinggi untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.