"The power of tahajjud! I bila tahajjud, esok tu sales terus masuk!"
"The power of sadaqah! Saya baru sedekah RM20, tiba-tiba ada klien call nak beli pakej RM20,000!"
Kebelakangan ni macam makin kerap saya terjumpa tulisan sedemikian.
Nasihat saya, hentikan tulis begitu.
Nabi ﷺ mengajarkan kita untuk berdoa ketika masuknya bulan yang baru dengan doa ini:
اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، رَبِّي وَرَبُّ��َ اللَّهُ
“Ya Allah, munculkanlah bulan ini kepada kami dengan keberkatan, keimanan, keselamatan, dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”*
— Jāmi’ Tirmizi, no. 3451
Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyak amal, meningkatkan keimanan, dan meraih keampunan Allah. Mari manfaatkan setiap detiknya dengan ibadah dan kebaikan.
Selamat berpuasa dan semoga Allah menerima segala amal kita.
Polis menahan seorang lelaki susulan tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak dikelilingi unggun api dipercayai didera secara mental oleh ayah kandungnya sejak semalam.
Ketua Polis Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lelaki berkenaan diberkas dalam sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina di sebuah perhentian bas hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 pada jam pukul 10.30 malam semalam.
Video: Sosial Media
#malaysiagazette #pdrm
Assalamulaikum semua mohon jasa baik semua untuk tolong sebar kan gambar ini.
Adik saya Qaisara Nur Iman telah hilang dan tidak dapat dikesan sehingga sekrang.
Sekira nya ada terjumpa atau ternampak. Tolong bawa ke balai yang berhampiran dan terus berhubung dengan saya.
Saya terbaca tweet ini. Saya rasa perlu diperincikan.
1- Bulu kucing secara umum bukanlah najis, melainkan YANG TERPISAH DARI TUBUHNYA. Ini baru najis. Kerana apa-apa bahagian yang terpisah dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Hukumnya sama seperti bangkai.
Apabila ada isu berlaku, jangan buat ulasan atau andaian jika kita tidak terlibat atau tidak tahu perinciannya.
Tidak berdosa jika kita tidak ulas, tetapi jika kita ulas, kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Doakan yang baik-baik buat al-Marhumah Farah.
Mengaji buka kamera, hakikat 'ustaz' & masyarakat yang dahagakan ilmu
Tulisan ini mungkin sedikit tajam berbanding tulisan saya yang lain. Saya merasakan ada bencana fikiran yang sangat parah pada situasi kini dalam masyarakat.
Maka saya akan coretkan. Bismillah.
RASMI
INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH PALESTIN MENGUMUMKAN JAM 5.30 PETANG TADI WAKTU MALAYSIA BAHAWA KESEMUA KAWASAN PERUBATAN DAN KLINIK KECEMASAN DI BAWAH KELOLAAN PERSATUAN ITU TIDAK DAPAT BEROPERASI LAGI KERANA SERANGAN ISRAEL DI GAZA
Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tujuh tulang (dan aku diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut dan melipat baju.
- Rasulullah SAW
Wajib sujud di atas tujuh anggota :
Dahi & hidung
Dua tapak tangan
Dua lutut
Bahagian jari jemari dua kaki.
KEMASKINI
TERSEKSA GILA DIA😭
Bahr Dahlan iaitu salah seorang tawanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel menceritakan penderitaan dan seksaan yang dihadapinya dalam penjara kepada Wartawan Middle East Eye
Ketaksuban rakyat marhaen kepada para pendakwah mereka yang kaki bercerita adalah tema yang sering kali dibincangkan oleh para ulama Islam. Ini dapat dilihat, sebagai contoh, dalam risalah ilmuan abad kesembilan / kelima belas, Jalāl al-Dīn al-Suyū���ī rahimahullah.
Beliau mengecam sikap keterlaluan penceramah kaki bercerita ini di dalam karyanya, Taḥdhīr al-khawāṣṣ min akādhīb al-quṣṣāṣ (Amaran Berjaga-jaga Golongan Khas (Ilmuan & Penuntut Ilmu) Daripada Pendustaan Golongan Kaki Cerita).
Dalam menerangkan tujuan penulisan risalahnya, al-Suyūṭī menceritakan bahawa beliau ditanya tentang seorang kaki cerita yang kerap mengulang hadis-hadis yang tidak sahih.
Hadis yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan surah al-Anbiya’, ayat 107
وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَـٰلَمِينَ ١٠٧
“Kami tidak mengutusmu [Muhammad] melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Q21 : 107)
Menurut riwayat tersebut, Muhammad ﷺ bertanya kepada malaikat Jibril sama ada mana-mana rahmat itu telah jatuh kepadanya. “Ya,” jawab Jibril, “sebelum Dia menciptakan aku, Tuhan menciptakan ribuan malaikat yang bernama Jibril. Dia bertanya kepada setiap daripada mereka, 'Siapakah Aku?' tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menjawab, dan mereka musnah. Tetapi apabila Dia menciptakan aku dan bertanya kepadaku, 'Siapakah Aku?' Cahaya kamu, wahai Muhammad, berkata kepadaku: 'Katakan, Engkau adalah Tuhan, tiada Tuhan selain-Mu.”
Al-Suyūṭī berpendirian bahawa hadis ini adalah palsu dan berfatwa bahawa beliau mesti membetulkan riwayat yang diceritakan si penceramah tadi secara yang berwibawa oleh ilmuan yang berkredibiliti. Ketegasan pendirian al-Suyuti itu telah diketahui oleh sang qāṣaṣ, penceramah popular kaki cerita berkenaan. Beliau bertindak balas dengan marah, menghasut para pendengar daripada kalangan pengikutnya bahawa dia lebih mengutamakan pengiktirafan orang ramai, berbanding pengiktirafan ulama!
Al-Suyūṭī menggambarkan mereka sebagai “golongan sampah” (al-ghawghāʾ) — sehingga mereka mengancam untuk merejam al-Suyūṭī. Para penceramah kaki cerita seperti ini, menurut al-Suyūṭī, mempertahankan diri mereka dengan menuduh ulama yang mengkritik itu sebagai cemburu.
Senario ini menjadi satu contoh yang menunjukkan betapa mendalamnya populariti golongan penceramah kaki cerita tersebut.
Rujukan: Berkey, Jonathan P. Popular Preaching and Religious Authority in the Medieval Islamic Near East (Publications on the Near East) (ms. 45). University of Washington Press. Kindle Edition.
My first collab dengan @sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.
Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia.
Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana 🙏🏽🍉
“Dia tak kenal ustaz tu, sebab tu dia cakap main hentam aje!” antara pendapat yang dikongsi dengan saya ketika perkongsian saya menerima makian dan kata-kata yang kesat.
Mungkin ya mungkin tidak.
Tetapi ia tetap tidak revelan, jauh sekali menjadi alasan untuk justifikasi.
Kita tidak perlu kenal seseorang terlebih dahulu sebelum membuat pilihan sama ada mahu berkata yang baik-baik atau mencaci hina. Kita berkata-kata yang baik elok kerana itu akhlak kita. Akhlak ialah perbuatan baik yang kita lakukan semata-mata kerana Allah. Tidak kiralah orang yang kita cakap itu lebih muda atau tua, VIP atau marhaen, seagama atau berbeza kepercayaan, kita tetap berkata dengan kata-kata yang baik.
Itulah bezanya akhlak, berbanding ‘moral’ atau ‘etika kerja’ yang menjadikan kita berbeza perangai ketika berbeza keadaan.
Alangkan Musa a.s yang Rasul pun berkata baik kepada Firaun yang dilaknat Tuhan, apa lagi alasan kita untuk menormalisasikan bahasa kesat netizen hari ini melainkan kembalilah kita semua wahai diri ini, serta kalian baik yang tua atau muda, ke pangkal jalan, bertakwa kepada Allah.
#tazkirah #akhlak #akhlaq #bahasa #peringatan #muhasabah #muhasabahdiri #takwa #taqwa
@iamhasrizal Sedihnya baca komen walaupun ini bukan kes terpencil. Saya perasan ramai macam ni di media sosial. Moga Allah jauhkan kita daripada sikap buruk akhlak.
Jika ihsan bermaksud kita menyembah Allah seolah-olah kita melihat-Nya, atau paling kurang kita rasa dan sedar yang Allah melihat kita, bagaimanakah rupa iman kita, akhlak kita, semasa kita menulis komen buruk bahasa di media sosial. Di mana Allah semasa tangan menaip?
Jangan normalisasikan akhlak buruk. Ia salah dan keji, dari zaman purba, sampai akhir zaman, sebab hujungnya satu. Sama ada Syurga, atau Neraka.
#tazkirah #akhlak #akhlaq #bahasa #peringatan #muhasabah #muhasabahdiri #ihsan
JANGAN PULA ADA YANG MASUK NERAKA 'KERANA PALESTIN'
Dek mengabaikan akhlak, janganlah nanti ada yang masuk Neraka ‘kerana Palestin’. Akhlak, tiada kompromi. Allah swt tetap menilai solidariti kita sebagai Muslim sama ada ia menjadi pahala atau dosa.
“Tegakkan agama, dan jangan kamu berpecah belah dalam urusan menegakkan agama itu!” (surah al-Syura ayat 13)
#menuntutilmu #belajar #palestin #bebaspalestin #akhlak #akhlaq #gaza #rafah #solidariti #boikot #bds #bdsmalaysia
Tentang boikot
Saya mengikuti isu boikot di negara kita, namun terdapat beberapa kekeliruan dari sudut hukum dan akhlak dałam memboikot.
1- Boikot dalam konteks hari ini, sebenarnya adalah sangat dituntut, ini semua untuk membantu dan membangunkan semangat saudara kita
aku berpegang kuat pada lelaki hanya perlu buat baik pada wanita dengan kadar minimum dan pada keperluan. begitu juga wanita pada lelaki.
apatah lagi sebagai colleagues office. professional relationship.
apa kadar minimum baik seorang lelaki pada wanita stranger/awam?
- berkata yang baik
- bekerjasama dalam kerja
- menjaga pandangan dan kemaluan
thats it
apa yang dikira baik yg berlebihan?
- bergurau senda. ketawa2 yg x perlu
- memuja-muji
- sambut birthday, bagi hadiah
- selective pada orang, dalam berbuat baik.
- curhat (yiks)
- berlebihan berikhtilat. hatta dalam chat message
yang lebih spesifik?
- keluar lunch bersama
- lawak2 innuendo seksual
- cerita masalah keluarga/kewangan/hubungan peribadi
- puji harini cantik bla2, tudung on point, lagi lawa kalau pakai sekian-sekian
kalau rasa aku ekstrem, silakan. sebab syaitan takkan pernah kira. orang soleh, orang baik as an act of service, orang hati suci semua dia akan goda.
orang2 baik2 ni setan dia lain sikit. licik dan dia akan masukkan jarum halus dalam jiwa kita pada rongga2 yang sekecil zarah pun.
rasa dikasihi, rasa diberi perhatian - ini antara rongga kecil dalam jiwa manusia yang setan akan masuk.
bermula dari situ, ia akan membawa kepada kebinasaan yang lain. couple, tengok wayang, pegang tangan, jogging sekali, vacation sekali, berzina. wanauzubillah.
untuk lelaki, heads up. jagalah maruah kita dan jagalah maruah wanita disekeliling kita.
simpanlah segala kebaikan, puja-puji, act of service kita tu hanya untuk keluarga kita dan hanya untuk isteri kita. BE A MAN.
tak perlu berinteraksi perkara-perkara yang x berkaitan/x relevan. nak jadi wali yang baik untuk keluarga2 perempuan kita, pertamanya, kita kena jaga maruah perempuan dalam circle awam kita.
tundukkan pandangan, puasa dan berkahwinlah.