Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat satu pengumuman penting berkaitan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia pada Rabu ini (esok).
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pengumuman itu akan dibuat pada jam 10.30 pagi, 23 Julai 2025.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bentuk penghargaan tersebut namun memberi bayangan ia melibatkan sesuatu yang bersifat menyeluruh dan memberi manfaat kepada rakyat.
#AWANInews