You can find a lot of things here. I make it public just for you to stalk everything. Go ahead if you wanna check on me.
Little did you know, I am actually important to you.
Syukur Alhamdulillah. Johor terus mencatat satu lagi pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi di Malaysia bagi tahun 2025, iaitu 8.0 peratus, mengatasi kadar nasional sebanyak 5.2 peratus.
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas nasihat, panduan dan sokongan berterusan dalam memacu agenda pembangunan Johor.
Pencapaian ini membuktikan bahawa segala ikhtiar yang dilaksanakan menerusi agenda Maju Johor 2030 berada di landasan yang tepat. Kejayaan ini juga mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur terhadap Johor serta keberkesanan usaha Kerajaan Negeri dalam mewujudkan sebuah ekosistem yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi, pelaburan berkualiti dan pewujudan peluang pekerjaan.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Lee Ting Han selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, seluruh pasukan Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, kementerian, jabatan dan agensi berkaitan, serta semua pihak yang telah memainkan peranan dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.
Sesungguhnya, pencapaian ini bukan untuk kita mendabik dada, sebaliknya menjadi amanah yang lebih besar untuk terus bekerja demi Bangsa Johor. Saya percaya Johor masih mempunyai potensi yang amat besar untuk terus diterokai. Sekiranya terus diberikan mandat dan kepercayaan, kami akan terus bekerja lebih kuat untuk merealisasikan potensi tersebut demi mewujudkan lebih banyak peluang dan kemakmuran yang dapat dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor.
Semoga Allah SWT terus mempermudahkan segala usaha kita untuk membangunkan Johor, memperkukuh ekonomi negeri dan memastikan setiap hasil kemajuan dapat dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz kini Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan.
- Graduan London School of Economis and Political Science (LSE) dalam Ijazah Sarjana Muda (BSc) Sosiologi dan Kerajaan dan Ijazah Sarjana Sains (Perbandingan Politik dan Sejarah Empayar) (MSc)
- Pengasas Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) selaku Presiden dan penaung Yayasan Chow Kit
- Mejar dalam Rejimen Askar Wataniah (AW)
- Kolumnis akhbar
- Penulis 4 buah buku
- Pernah berkhidmat di World Bank dan UNDP
- Mahir bermain muzik
- Individu yang bertanggungjawab menyusun rendisi baru untuk lagu kebesaran Negeri Sembilan, Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
"Akan berkati sekalian yang setia"
"Musuhnya habis binasa!"
Something I wear, and I feel comfortable wearing it. Tapi bila orang tanya, I suggest kan la, and they said tak best.
So it's subjective kan. Good to me, doesn't mean it's good to you. Body kita lain lain kan. Common sense kod hmm
Malas nak suggest lagi. Keep to myself je haha
I watched my friend cry in her car for 30 minutes, then walked in my house smiling and joking like nothing even happened. People really be fighting silent battles every day while still showing up and making others smile.