Finally after a week menunggu kad @bigpaymeapp dapat pon.
Terpaksa amik sendiri kat citylink sebab diorang tak hantar² lagi sampai seminggu perap...
So korang bila lagi? Jom lah register sekarang guna code: PMQMGAY5SW untuk dapat RM10 free! 🤘🏻
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Al-Mubarak Bandar Putra, Kulai pada hari ini, 7 Jun 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor,
Hadir sama adalah YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Tan Sri Dato' Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
Simpanan/Pelaburan Bulanan (setiap kali gaji)
a. myASNB - ASB
b. THiJARI - TH
c. myAHB - AHB (fully subscribed)
d. Versa
e. KWSP i-Akaun
f. eunittrust
g. Wahed
Ni bukan nasihat kewangan/pelaburan tapi lebih kepada pendapat/pengalaman peribadi.
UPDATE KES SITI BAINUN
Mahkamah Tinggi KL putuskan tertuduh, Siti Bainun bersalah.
Keputusan Mahkamah Sesyen KL kekal.
Hukuman penjara 12 tahun diteruskan bermula pada tarikh sabitan ✅
Caruman yang WAJIB majikan carum:
1. KWSP
• Daftar 7 hari lepas diambil kerja
• Pekerja 11% Majikan 13% (atau lebih)
• Boleh didenda RM10K atau 3 tahun
2. SOCSO
• Daftar 30 hari lepas diambil kerja
• Pekerja 0.5% Majikan 1.25%
• Boleh didenda RM500-RM4,000
KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN PEMILIHAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Menjunjung titah, saya memaklumkan bahawa Majlis Raja-raja dalam Mesyuaratnya Yang Ke-263 (Khas), diadakan di lstana Negara, pada hari Jumaat, 27 Oktober 2023 telah bersetuju mengisytiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan lbrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh lima (5) tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.
2. Majlis Raja-raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima (5) tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.
3. Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulla Sultan Terengganu Darul lman dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.
4. Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen. YAB Perdana Menteri juga telah dimaklumkan.
Yang menjunjung titah,
Tan Sri Syed Danial
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Kuala Lumpur
27 Oktober 2023 / 11 Rabiulakhir 1445
https://t.co/S81cia5h2Y
Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan. Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.
Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.
Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku.
Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, "semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini" dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.
Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku. Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.
Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut. Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.
Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.
Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat. Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. 2 orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa.
Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua.