Bawah RM30 je dengan pelbagai pilihan warna🥳
Flat shoes klasik dengan sentuhan feminin.
Reben manis, tapak rata & selesa untuk dipakai seharian.
Boleh singgah sini
https://t.co/5VvVxKHIds
Serius kalau UNRWA tak selamatkan dokumen ini. Israel boleh padamkan sejarah kata Nakba 1948 tak wujud
Dan diorang boleh kata Rakyat P tak wujud pun di tanah air diorang sendiri
Dokumen ni ada semua bukti termasuk IC, Geran Tanah, Bukti Keturunan dan lokasi tanah rumah mereka di mana. Senarai nama keluarga, anak beranak dan segala bukti kewujudan Rakyat P di seluruh 48 Negeri Palestin yang dijajah
Nak reward Kan diri sendiri tapi nak harge bajet je👉👈
Nahh handbag bawah RM50. Tak sampai pun RM40 pun tauuu😍
Pelbagai pilihan warna disini👇 Sesuai untuk jalan weekend atau daily.
https://t.co/OVKlQ4KLIg
~ Komposisi Melayu Jati di Malaysia ~
> Melayu Jati di Malaysia dibahagikan berdasarkan budaya, bahasa, dan kawasan penempatan tradisional mereka. Kebanyakan sub-etnik Melayu Jati di Malaysia dinamakan sempena nama negeri yang mereka membentuk majoriti.
Weekend pun nak cantik✨✨
Heels putih ni bukan untuk event je.
Pakai jalan-jalan pun ON ✨
Nak pergi café, mall, atau date santai. Semua match. Simple outfit pun terus nampak classy 💅
Boleh pilih size disini👇
https://t.co/EPYY0x0ahu
Suka hati je cakap BM tu asal dari Sanskrit, walhal bahasa Sanskrit tu bahasa Indo Eropah. BM pula bahasa Austronesia. Tatabahasa sahaja dah beza teruk. Sanskrit tu lagi dekat dengan bahasa Inggeris berbanding BM. Main sebat je fakta dia.
Brader, awak literally tengah meng-HinduBuddhist-splaining orang yang tok nenek dia dulu memang devaraja Hindu-Buddha. Ni moyang saya dari belah mak, Ratu Suhita Majapahit. Muka saya dan dia masih sama lagi.
Buat affiliate kerja sendiri ni lain cabaran dia. Tengah edit video dalam phone sepanjang hari dapat rehat sekejap. Orang ingat kerja kau main phone je, disama kan pulak dengan orang yang kerjanyaa asyik tengok phone je. Walaupun kerja kau dah 2,3 tahun macam tu🤣🤣🤣
ALHAMDULILLAH
Sebuah kapal Petronas membawa 1 Juta Tong minyak dari Pelabuhan Basrah Iraq sudah melepasi Selat Hormuz dan akan tiba di Pengerang, Johor pada 17 April 2026
Kapal ini membawa bekalan minyak cukup untuk keperluan rakyat Malaysia selama 2-3 hari
Baru layan Project Hail Mary (2026).
Seorang saintis bangun daripada koma dalam sebuah kapal angkasa, tapi dia tak ingat nama sendiri, tak tahu kat mana, dan tak tahu kenapa dia ada dekat situ.
Saat itu, ingatan dia mula kembali sikit-sikit. Dia sedar dia kena selesaikan satu misi mustahil untuk selamatkan bumi daripada satu kuman angkasa yang tengah makan tenaga matahari.
Kalau korang tengok filem ini, dia ada sentuhan elemen Interstellar (2014), Arrival (2016) dan The Martian (2015). Ada sikit pening Interstellar, sikit misteri interaksi makhluk asing Arrival, tapi vibe The Martian tu paling kuat (sebab penulis novel asal dia sama, Andy Weir) — iaitu kemandirian (survival).
Tapi apa yang saya suka, walaupun ia sains fiksyen, pengarah dia jadikan karya ni lebih ringan, sangat menyentuh emosi, dan banyak adegan yang kelakar juga.
Banyak kali juga dengar bunyi tawa dalam panggung. Memang santailah.
Elemen hubungan persahabatan dan pengorbanan dalam filem ini sangat menyentuh perasaan. Dia tak terlalu berat ke arah sains spekulatif yang pening kepala seperti Interstellar, tapi ia diadun dengan baik sampai rasa kagum dan teruja dengan konsep hidupan, makhluk asing, dan cakerawala yg ditayangkan dalam filem.
Kita dipaparkan macam mana hukum fizik, perbezaan graviti, dan tindak balas kimia digunakan secara langsung untuk selesaikan masalah hidup mati di angkasa lepas — serupa macam The Martian.
Rasa dekat dengan diri sendiri apabila Ryland Grace (Ryan Gosling) guna pelbagai teknik spektroskopi untuk kaji sifat makhluk asing.
Nak jadikan sains fiksyen menarik untuk orang awam, kena mahir seimbangkan dengan drama kemanusiaan. Filem ini tak terlalu tekankan sangat dengan jargon teknikal. Kita tak payah pandai sains sangat untuk faham jalan cerita dia.
Paling terkesan, filem ini tunjuk yang dalam kesunyian alam semesta, keinginan untuk tidak bersendirian dan semangat berkorban demi orang lain itulah yang menjadikan kita benar-benar hidup dan manusia. Ia bukan sahaja tertumpu pada misi selamatkan dunia, tapi perjalanan mencari erti persahabatan yang melangkaui batas logik dan spesies.
10/10 ☝🏻
TOLONG REPOST SAMPAI JUMPA OWNER.
Bas mayang sari, 230PM, Ahad, 29/3/26
Ada orang tertukar beg dalam bas, dari TBS ke Batu Pahat (last station tak pasti bas berhenti mana). Kesian owner kalau tak dapat beg dia ni 🥺
Baik, kita cerita sikit supaya orang faham bagaimana sebenarnya situasi minyak di Malaysia.
Pertama sekali, memang betul Malaysia ialah negara pengeluar minyak. Kita ada sumber sendiri dan memang mengeksport minyak ke luar negara. Tapi pada masa yang sama, Malaysia juga mengimport minyak dari negara lain.
Ramai pelik kenapa perkara ini berlaku. Jawapannya mudah jenis minyak yang kita keluarkan kebanyakannya berkualiti tinggi. Minyak seperti ini biasanya lebih sesuai untuk kegunaan industri berat seperti bahan api penerbangan, perkapalan, sektor pembuatan dan pelbagai industri lain.
Sebab itu sebahagian besar minyak kita dijual kepada negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Australia, Indonesia, Thailand dan Singapura yang memang menggunakan minyak tersebut untuk tujuan industri mereka.
Untuk kegunaan dalam negara pula, khususnya bagi menghasilkan petrol seperti RON95, Malaysia banyak menggunakan minyak mentah yang diimport dari negara lain seperti Arab Saudi, UAE, Oman, Kuwait dan beberapa negara Timur Tengah yang lain. Minyak jenis ini lebih sesuai diproses untuk kegunaan domestik.
Jadi apabila harga minyak dunia naik, keadaannya tidak semudah “Malaysia untung besar sebab jual minyak”. Hakikatnya Malaysia juga perlu membeli minyak mentah dari luar. Bila harga dunia meningkat, kos pembelian kita pun ikut meningkat.
Dalam masa yang sama, negara pembeli mungkin akan mengurangkan jumlah pembelian kerana harga terlalu tinggi. Jadi kesannya tidaklah semudah yang disangka.
Sebab itu juga kenaikan harga minyak dunia boleh memberi tekanan kepada harga runcit dalam negara. Ia antara kesan rantaian daripada konflik geopolitik seperti ketegangan antara kuasa besar di Timur Tengah.
Namun kerajaan memperkenalkan mekanisme seperti BUDI95 supaya rakyat Malaysia masih boleh menikmati harga petrol yang lebih terkawal berbanding harga pasaran sebenar.
Pendek kata, industri minyak negara sebenarnya lebih kompleks daripada sekadar “kita ada minyak, jadi kita sentiasa untung”. Ada banyak faktor perdagangan, jenis minyak dan keperluan pasaran yang terlibat.
Semoga penjelasan ringkas ini membantu sedikit sebanyak untuk memahami bagaimana sistem minyak negara sebenarnya berfungsi.
1. Teras Bumi berputar. Lazimnya lebih laju daripada putaran permukaan Bumi.
2. Tapi sejak tahun 2010-Kini, putaran ini semakin lama semakin perlahan.
3. Apabila putaran teras lebih perlahan daripada putaran permukaan, putaran teras akan kelihatan berputar lawan arah. Tapi realitinya tidak.
4. Ia ibarat macam kereta sebelah kita bawak sama laju dengan kit, lepas itu dia makin perlahan seolah-olah dia berundur.
5. Kesannya tidak begitu ketara pada kita. Cuma hari akan lebih panjang beberapa milisaat. Selebihnya tiada apa yg berlaku pada skala kosmik.
Rakyat Malaysia tolong jangan degil
Bila Wisma Putra mintak jangan pergi negara tu buat sementara waktu jangan pergi
Ini untuk keselamatan korang
Wisma Putra takkan keluarkan pesanan saja saja kalau tak kerana laporan yang sahih
Kang apa apa jadi kang korang susah