Gambar 13 tahun lepas,waktu saya berumur 19 tahun. Saya sudah aktif berceramah politik walaupun belum mengundi.
Umur 25 saya dah bertanding dalam pilihanraya.
Tapi sampai ke hari ini pun masih orang anggap saya budak mentah tak tahu apa.
Acik dia.
Korang yang meluat dengan politik begitu, tak teringin ke nak join PSM?
SEMUA DIALUKAN asalkan tak main isu perkauman dan sedia khidmat untuk masyarakat
Kawan saya tanya soalan mahal ketika penamaan calon pagi semalam di Majlis Bandaraya Seremban;
"Kenapa ada team Bersatu dalam masa sama ada team PN? Bukan mereka sama? Juga kenapa PN tak campur sekali BN? Bukan mereka dah geng?"
Syukurlah kami PSM tidak terpalit dengan PH, BN mahupun PN.
Biarlah orang kata kami parti kecil tak akan menang tanpa join gergasi.
Saya lebih rela kalah beratus kali demi prinsip dari menang sekali dengan gadai ideologi
Sudah masuk hari kelima perobohan Kampung Papan, Pandamaran, Klang.
MB kata jangan roboh rumah ada penghuni, hold dulu.
Tapi pemaju lebih berkuasa dari MB
MB pun ghaib terus @AmirudinShari
Tolong sebarluaskan. Pastikan kita tak berdiam diri seperti MB #KgPapan
Walaupun saya ini dari parti PSM, saya pertahankan tindakan YB Semenyih dari Pas adakan kunjungan ke kuil.
Berikut pautan ulasan saya
https://t.co/rhvCON47iP
dari @NikAzizAfiq :
"PRK ini akan jadi medan limpahan banjir menghanyutkan budaya politik kotor dan lama, melemaskan pemimpin-pemimpin yang selama ini selesa terapung di atas derita rakyat, menyimbah air kesedaran di wajah seluruh rakyat Malaysia"
https://t.co/lMInakPwPV
@mandeepkarpall Saya ingat dia orang letak logo organisasi yg endorse perhimpunan ini. Ttp isu lebih penting mengapa parti mandeep DAP tidak endorse...mungkin tidak mahu sakiti hati rakan mereka Zahid hamidi
Penutup rancangan kami diminta untuk beri rumusan akhir. Entah kenapa ini yang terkeluar dari mulut saya, dasar tak malu! Hahahahaha
Apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak rakam abang tak delete.
Rakaman penuh di Lapang Dada, KiniTv, Malaysiakini
Hari ini, Jawatankuasa Pangsapuri PJS 1 telah hadir ke SUK Selangor untuk memberi memorandum kepada EXCO Perumahan mengenai isu-isu yang dihadapi terutamanya penyelenggaraan dan tribunal.
Usaha sebelum ini untuk berjumpa dengan Datuk Bandar MBPJ untuk menyelesaikan masalah yang