Sahabat, jika kita tidak mampu bersihkan hati dengan amal soleh dan zikrullah, Allah bersihkan hati kita dengan ujianNya. Sebab Allah sayang.
Dia tidak mahu hambaNya terus lalai. - UAH-
Wanita, muslimah, perempuan adalah calon madrasah kepada anak-anaknya pada masa akan datang.
Terdidiknya wanita akan menyebabkan terdidiknya lelaki. Adapun, apabila rosaknya wanita maka rosaklah lelaki.
(Habib Ali Zaenal Abidin)
Jangan pukul rata dan menghukum semua dai disebabkan kesalahan "seorang" individu.
Masih ramai para dai, masyeikh, alim ulama', asatizah, yang benar-benar ikhlas, berkorban harta, masa dan tenaga demi perjuangan Islam.
"Perempuan yg tak cantik, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia manis. Perempuan yg tak kaya, tp kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorg yg redha. Perempuan yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia seorg yg rendah diri"
Orang cantik takkan pernah habis. Nampak yang cantik, mesti akan ada yang lagi cantik. Yang makin berkurang di akhir zaman ni ialah orang yang berakhlak.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama 4 minggu bermula 9 NOV- 6 Disember 2020. - @IsmailSabri60
Ujian penjujukan genon ke atas 32 virus #COVID19 di Sabah dan Kedah oleh IMR mendapati:
1. Terdapat mutasi jenis D614G pada semua 32 virus itu.
2. Virus Kluster PUI Sivagangga, Tawar dan Sungai di Kedah adalah saling berkait dan kemungkinan dari sumber virus yang sama.
Andai masa itu boleh dibeli alangkah indah bukan?
Adakah kita telah benar-benar memanfaatkan waktu yang dikurniakan selama ini atau kita sebenarnya termasuk golongan yang rugi? Muhasabah.
"Masa lalu tidak akan pernah menang"
#muhasabah#deep#kitaubahkita#kitakjagakita
Terkini: 23 Sept. Kes baharu #COVID19 hari ini meningkat kpd 3 digit iaitu 147 - 143 tempatan 4 import.
Sabah 134 kes, Kedah 5 kes dan Kelantan satu kes baharu.
Kluster baharu di Sabah, Kluster Udin.
3 kematian dilaporkan - 2 di Sabah dan 1 di Kedah.
Apabila segala kerja buat kita diniatkan hanya untuk meraih redha dan cinta Allah, maka pasti kita hanya bersyukur pada setiap apa yang kita lalui sepanjang kehidupan ini.
Kehidupan dunia ini hanya sementara.
Beramallah kepada Allah dan jalani ujianNya dengan penuh kesabaranπΊ