Dalam kemeriahan menyambut Syawal, janganlah kita lupakan satu sunnah yang mulia ini. Ganjaran berpuasa enam hari dalam bulan Syawal amat besar di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita.
#ustazwadiannuar
Jangan hanya mencari Lailatulqadar dengan solat dan zikir, tetapi carilah juga Lailatulqadar dengan berbuat baik kepada kedua ibu bapamu, membantu orang yang susah, serta menziarahi orang yang sakit.
Carilah Lailatulqadar dengan setiap kebaikan yang ada.
Mak tu, tiada gantinya walau berapa harta yang kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu.
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya. 😢😔
Jika dosa itu berbau, nescaya tiada siapa yang berani keluar rumah kerana busuknya dosa kita.
Tapi Allah tutup aib kita, baiknya Allah.
Doa Tutup Aib :
"Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah ketakutanku"