POLITIK PERUT
Suhu politik negara menurun dua tiga menjak ini. Tu sebab saya kurangkan menulis hal politik. Bukan apa. Dah masuk 20 bulan lepas pilihanraya. Sepatutnya less on politics, perbanyakkan bincang isu bina negara.
Kenapa makin menyejuk dunia politik kita? Banyak penyebabnya. Ada desas desus PAS akan menyertai Kerajaan Perpaduan. Bunyi2 penyatuan UMNO dan PAS sudah makin kuat. Sekarang kita nampak macam sudah ada cease fire. Isu politik agama pun makin berkurang.
Selain dari itu, faktor ekonomi juga membantu. Bila ringgit dan bursa saham makin mengukuh, rating antarabangsa pun menaik, spill over effect akan mula dirasai.
Bagi T20 dan M40 mereka boleh baca dan kaji indikator ekonomi. Sama ada ekonomi makin elok boleh dibukti.
Tapi bagi golongan rentan dan sederhana, mereka tak kisah segala data. Tapi tak semestinya mereka blur sahaja dengan keadaan semasa.
Indikator golongan ini senang sahaja. Mereka perhatikan keadaan sekeliling.
Bila harga getah, sawit dan padi naik. Itu pada mereka ekonomi makin naik.
Bagi golongan pekerja, bila harga barang basah dan kering makin turun, itu pada mereka Kerajaan buat kerja.
Kalau Kerajaan tekankan menjaga perut dan hati rakyat. Percayalah, propaganda ala Nazi sekali pun rakyat takkan termakan.
*********************
Ada setengah politikus hendak kekalkan pengundi dalam kemiskinan. Kerana kemiskinan itu selalunya membawa kepada kekufuran.
Pada Pemimpin ini, bila kufur pengundi akan senang dibawa dekat dengan Tuhan. Barulah politik agama boleh jalan.
Ini bukan cerita di Malaysia sahaja. Dalam sejarah, politik agama di serata dunia, itulah caranya. Kekalkan rakyat dalam kemiskinan. Bagi mereka gula2 syurga dan impian kekayaan. Kekayaan pulak ditayang oleh pemimpin sendiri. Agar mereka nampak gah di kalangan pengundi. Itu jelah MO nya. Sama belaka mereka ini.
Antidote politik tunggang agama ialah politik ekonomi. TIngkatkan kehidupan rakyat, jaga kebajikan mereka. Keluarkan mereka dari kesusahan dan kemiskinan. Nescaya tiada penunggang agama boleh cari makan.
Saya hendak puji Kerajaan Madani ini. Fokus ekonomi mereka tepat buat masa ini. Bukan lagi fokus projek mega dan ekonomi kroni. Tapi melalui ekonomi perut dan membumi.
20 bulan berlalu, sudah nampak cahaya di hujung terowong. Kita harapkan cahaya itu makin terang untuk tahun2 mendatang.
Politik ini asasnya ialah untuk bina negara demi generasi masa depan.
This Govt is on the right track. Kita doakan mereka kekal atas haluan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Setakat ni, tak nampak lagi strong naratif dari pihak PN utk lawan hujah subsidi pukal secara ilmiah. Apa yg ada, "hancing", "Minyak naik", "Rm 1.50".
Hakikatnya, tak dapat nafikan, apa yg diambil, dipulangkan balik pada pihak yg memerlukan. Kalau ada kelompongan polisi, kritik saja. Mereka akan cuba tambah baik.
Yg tak baik-baik adalah JKOM, sbb rakyat biasa yg Pro Kerajaan juga kena buat penerangan. Haha.
@NasuhaRahm@vijaymunisamy @RMalanjum_ Towing bukan under bisnes perkhidmatan bergerak ke? Kalau dia register perrkhidmatannya, dia layak dapat fleet card. Dia layak dapat minyak murah. Kalau harga dia bg tinggi, pi cari towing lain offerr murah.
Saudara kita Nadir Al-Nuri dah bagi hint kat status beliau.
Kita je tak nampak. 🥹
Kebaikan PMX berjaya ditutup oleh puak2 cybertrooper @PASPusat
Makhluk terlaknat mcm Salim, Gomo & tentera2 depa risau hint 3 hari lepas tranding
Ayuh sharekan di setiap social media kisah ni
Kalau nak rasa ekonomi Malaysia sudah nak kiamat, bacalah Harakahdaily dan tonton Tiktok PN.
Tapi kalau nak tahu bagaimana keadaan sebenar ekonomi, bacalah Bloomberg dan laporan kewangan antarabangsa:
11 March 2024 - Malaysia Wealth Fund’s Assets, Profits Jump Amid Recovery
18 March 2024 - Malaysian Bonds Beat Emerging Asia Peers as Ringgit Recovers
25 March 2024 - Palm Oil Rallies on Strong Exports and Indonesian Policy Worry
Islam mengajar kita supaya meletakkan sesuatu pada haknya. Belajar dari mereka yang ahlinya. Belajarlah ekonomi dari sumber yang betul seperti BNM, Bloomberg dan seumpamanya, bukan dari penganggur yang bersyarah di Tiktok.
Ikon Yusuf Islam datang ke Msia.
Tiada siapa yang ambil port, yang PMX adalah satu satunya PM yang konsisten anjurkan majlis agama di rumah perdana menteri tanpa gagal.
PMX pendakwah yang sebenar bukan puak PAS..
@SyedAkramin Parodi lah sangat. Akal budak umur 18tahun macam mana pemahamannya. Dah lah jenis tinggalkan jawapan kosong paper sejarah. Melingkup lah pentaksub dgn parodi kau.
@meinmokhtar Rasanya duit banyak,boleh spend duit dekat diri dgn agama. Dengar byk2 nasihat2 ustaz ulama kelas2 pengajian. Kita manusia mmg kena sentiasa jentik hati dgn nasihat yg pedih. Kalau setakat dengar nasihat gelak2 kelakar tu jenaka tak ada rasa apa, tak ada rasa nak ubah jd lg baik