Apa nak buat bila anak main youtube? 🤔 Masalah utama parents bila bagi anak tengok youtube bagi saja phone and tak interact dengan anak, dan ini lama kelamaan boleh effect child punya communication skills. So ini contoh tips yang anda boleh buat bila bagi anak main youtube.
9:06hrs Pengaktifan 'Smartlane' Km 354.0 - Km 356.0 arah Selatan dari Sungkai ke Slim River. Lorong kecemasan boleh dilalui dilokasi. Kenderaan ringan gunakan 'Smartlane'. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik
KONTEKS
Ada kawan baik saya (peminat Duck) text semalam. Dia tak paham, kenapa orang marah dengan Vivy dan FV. “Biasalah tu, risiko pelaburan. Kadang hit and miss. Orang lain pun rugi juga”
Sebab saya ni membesar di kampung, dia di Subang dan Damansara, worldview kami berbeza. Dulu di Uni, bila tiba hujung bulan, saya dah start cari Maggi. Dia seperti lazimnya, boleh lagi layan McD. Beza saya borderline B40 dan dia T20.
Selalu benda2 macam ni, saya kena bagi konteks sikit. Ini konteks saya bagi dia semalam. Kenapa kes FV and Vivy ini lain maciam orang marah.
1. Di kala Kerajaan kata hutang negara tinggi, subsidi satu2 kena tarik lagi. Ada antara kita yang kena bayar harga petrol penuh tahun depan. Dapat pula tahu ada set T10 dapat RM47juta duit Kerajaan, rugi pulak senang2 dimaafkan. Tu nescaya la mengundang makian.
2. Dalam kata menerima pelaburan duit Kerajaan, lifestyle si penerima pula super kayangan. Kita faham dia bukan jual produk sgt, she’s selling her lifestyle. Tapi konteks nya, Kerajaan melabur berpuluh juta dalam syarikat nya. Rugi memanjang sejak mula2. Tapi yang ditonjolkan dalam media, bukan sgt produk sendiri. Tetapi segala macam barangan kayangan yang harga ribu riban. Ada handbag yang capai ratus ribu ringgit. Of coz orang akan mengungkit.
Dah jadi macam MO founder komestik timbang kilo pula. Beza nya demografik dan taste sahaja. Founder lain mungkin tunjuk duit berkepuk dan gelang emas Wonder Woman sampai ke lengan. Vivy cukup dengan baby blanket Hermes dan beg Berkins.
3. Dalam kata dia Entrepreneur berjaya, boleh bagi kelas pula. Dia dapat dana Kerajaan untuk perkasakan bisnes FV dalam talian, dia pilih untuk buka kedai fizikal. Di KLCC dan BV dengan mewah sekali. Bila trend terkini orang tak beli di kedai lagi. Dia akui dia silap percaturan, berkembang terlalu cepat. Ambil pekerja ramai2. Sebagai orang yang dah boleh bagi kelas nak meniaga, bukankah itu cardinal sin paling major? Jangan kembangkan niaga tak ingat dunia.
*****************
Saya bagi 3 konteks je dulu, untuk dia hadam. Last2 baru dia faham.
Yer, dunia orang kayangan dan orang di jalanan berbeza. Tapi tak bermakna kita tak boleh bertanya dan bersuara. Tambah bila dana datangnya dari rakyat biasa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Masyarakat lihat kemewahan dari segi:
- Kereta
- Pakaian mahal
- Gaya hidup mewah
Tetapi sebenarnya kemewahan hidup adalah:
- Waktu yang lapang.
- Kesihatan yang optimum.
- Pagi yang nyaman.
- Kebebasan kemana pun.
- Tidur yang cukup dan nyenyak.
- Fikiran yang luas.
'Warming Up' atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman.
Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), marilah kita amalkan budaya hidup aktif agar kekal sihat dan bertenaga dalam melakukan aktiviti harian.
𝙅𝙤𝙢 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙖𝙠𝙩𝙞𝙛, 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩‼️
#KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI
PDRM SERBU GISB
GISB AJAR KANAK KANAK MELIWAT - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain memaklumkan PDRM melancarkan operasi serbuan selama 5 Jam hari ini ke atas rumah penjagaan milik Global Ikhwan Sdn Bhd atau GISB di Selangor dan Negeri Sembilan
Hasil siasatan awal mendapati kanak kanak di sana diliwat dan diajar meliwat
171 suspek ditahan di 18 rumah penjagaan GISB dan 402 kanak kanak diselamatkan dengan operasi dilaksanakan melibatkan 705 anggota dan pegawai PDRM serta 287 anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kimia
OP GLOBAL | 171 individu yang ditahan menerusi Op Global direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan eksploitasi 402 kanak-kanak dan remaja di beberapa rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.
#BuletinTV3#OpGlobal#GISBH#GlobalIkhwan
[Posting panjang] Kronologi Pendedahan Isu GISB:
1. Mangsa² mengadu pada Mufti Perlis, kemudian Mufti sampaikan pada org awam utk berhati-hati, dan mengkritik tindakan zalim oleh GISB.
2. Mufti Perlis konsisten dlm ceramahnya mengkritik kumpulan ini dlm beberapa siri kuliahnya selama sebulan lebih.
3. Tiada tindakan oleh pihak berkuasa, kerana disyakki ada unsur rasuah utk senyapkan kezaliman dlm GISB.
4. Pendedahan oleh beberapa page Anon di FB, Caprice dan influencer juga hanya viral sahaja tanpa ada campur tangan daripada pihak berkuasa lagi.
5. Melihat penipuan dan putar belit yg berlaku oleh pimpinan GISB, sy contact Team Fahmi Fadzil utk gunakan segala connection yg dia ada utk tgk isu ni secara serious.
6. Di masa yang sama, kami beri tekanan pada Menteri Agama secara terbuka dan tertutup utk ambil serious akan perkara ni.
6. PTTK Fahmi contact Datuk Ayob utk masuk campur.
7. Dalam masa 5 hari siasatan berjalan, hari ini sahaja kita digemparkan dengan kisah pelajar diajar meliwat dan diliwat. Gila. Ini baru kes jenayah seksual, belum siasat jenayah² lain.
8. Terima kasih pada semua yg terlibat dan konsisten utk mendedahkan kezaliman dan menegakkan keadilan. Semoga mangsa berani tampil utk mendedahkan lagi hal ini. Rakyat bersama kamu.
9. Kepada "Orang² Besar" JAKIM, "Ustaz² Selebriti ASWAJA", Para MUFTI² yg lain, kenapa membisu sekian lama dan sangat lambat bertindak? Tak rasa berdosa ke bila tidak menjalankan amanah dgn baik?
"Kenapa abang nampak risau?"
"Keluarga kita M40. Tak pernah dapat bantuan kerajaan. Susah la kita nanti bila kerajaan buat subsidi bersasar."
Perkara ini yang sering bermain di minda rakyat golongan M40 tentang subsidi bersasar.
Seperti yang telah diumum Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli, golongan yang bakal mendapat subsidi bersasar adalah kumpulan B40 dan M40, atau juga digelar B80.
Subsidi bersasar akan mengambil kira pendapatan isi rumah bersih selepas ditolak belanja dan juga pembolehubah lain seperti tanggungan.
Sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM15,000 termasuk dalam kumpulan T20.
Tetapi andai kata keluarga tersebut mempunyai 8 orang anak, pendapatan isi rumah bersih mereka mungkin jatuh ke kumpulan M40 dan melayakkan mereka juga turut mendapat subsidi bersasar.
Kumpulan M40 dan T20 yang selama ini tidak pernah mendapat bantuan tunai kerajaan harus segera mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah mereka ke dalam Pangkalan Data Utama (PADU).
Layari https://t.co/t1Nl4D2Qvq sebelum tarikh tutup 31 Mac 2024.
Jangan sampai anda dan anak-anak tercicir bantuan.
Segera laksanakan tugas anda sebagai ketua demi keluarga tercinta.
KEMASKINI
IDF mengumumkan semalam mengundurkan semua Briged Payung Terjun IDF dari Gaza
Kini hanya Pasukan anggota tetap sahaja yang terus bertempur dengan Pasukan Pejuang Palestin di Gaza
Semua anggota tentera simpanan Israel sudah berundur
| #BHbisnes Pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel
Berita penuh: https://t.co/WKKqRZDdKE
KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor
"Jadi apa saja dakwaan tentang kebocoran ini kita akan siasat." - @FadhlinaSiddiq
#SinarHarian#KPM#SPM#kertasbocor
https://t.co/XVQ9GZLe63
'Mesti selamatkan pesakit', doktor terus bedah otak ketika gempa bumi
#BHdunia Doktor utamakan pesakit walaupun berdepan risiko gempa bumi
https://t.co/O1IZ3NPBBI
Kawan2, mari buncangkan.
Kenapa kita suka buat orang2 sebegini famous?
Adakah ini bentuk hiburan kita? Atau adakah kita suka bercakap tentang mereka yang membuatkan mereka ini famous?
Adakah ini standard rakyat Malaysia? Atau apa sebenarnya?
Continue boycotting 👍
Nestlé - Israel owns 53.8%.
Coca-Cola owns dairy farms in
illegal Israeli settlements
Starbucks sponsors fundraisers for Israel
McDonald's offers free meals to hospitals and Israeli defense forces
Puma sponsors the
Israel Football Association.
TikTokers BUKAN satu pekerjaan !!
Yes itu pendirian saya....
Saya minta maaf kalau ada ibu bapa yang tak setuju..
Ataupun kalau ada cikgu cikgu yang tak setuju...
Tapi saya berpegang teguh dengan pendirian ini iaitu, MENJADI TIKTOKERS bukanlan SATU PEKERJAAN.
Hari ini saya memberi ceramah kesihatan di sebuah sekolah di Ampang.
Maka di kesempatan itu, saya bertanya adik adik tingkatan 3 tu semua...
"Siapa nak jadik doktooooorrr?" - adalah dalam 5-6 orang angkat tangan.
Siapa nak jadik engineer? - dalam 2-3 orang angkat tangan.
Siapa nak jadik cikguuuuuuu? - dalam 4-5 orang angkat tangan.
Saya rasa pelik sangat sebab jumlah pelajar adalah lebih kurang 200 orang.
Jadi dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya,
Korang ni semua nak jadik apa?
📌Thread
McD’s really shoves into our faces that they don’t even care and that they will keep supporting IDF.
McD’s has already donated more than 12000 meals to Israelaknatullah, and they even gave them a 50% discount on their purchases.
Malaysians, have some pride. Boycott McDonalds!
Fiqh solat di R&R ketika musim cuti. Amalkan fiqh awlawiyyat (priority) jika orang ramai/sesak.
1. Wuduk ringan. 3 kali basuhan hukumnya sunat, bukan wajib. Biasakan ambil wuduk secara ringan terutama bila musafir di tempat sesak atau kurang air.
2. Jangan panjangkan bacaan solat apatah lagi kalau jadi imam. Janganlah waktu macam ni nak baca surah panjang atau flex suara sedap. Tak kena tempat dan keadaan. Ringkaskan solat supaya orang lain dapat solat pula.
3. Zikir selepas solat dan doa itu sunat. Kalau nampak orang ramai menunggu, sebaiknya terus bangun dan beri laluan untuk orang lain solat. Kalau nak zikir dan doa, ringkas sahaja. Jangan waktu itulah nak berzikir dan doa panjang-panjang terutama di akhir waktu solat. Zikir dan doa itu sunat tapi sengaja buat orang lain terlepas waktu solat itu haram.
Inilah sebahagian contoh aplikasi yang disebutkan sebagai fiqh awlawiyat. Mengutamakan prioriti terutama bila melibatkan maslahat orang ramai. Kalau kita faham dan amalkan, akan terlihat nilai cerdik dalam beragama. Sama-sama kita cuba amalkan.