Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita.
Dengan siapa kita kenal.
Dengan siapa kita berkawan.
Bila kita jumpa jodoh.
Bila ajal kita tiba.
Jadi usah risau akan perjalanan hidupmu. Kita hanya merancang. Tetapi, Allah SWT sebaik-baik perancang.
@mhmmdhsm Pengikut Abdullah Hashem kot. Hashem ni try macam macam utk jadi sohor. Cuba masuk sex cult, tapi kena reject. Last sekali ngaku Pope & Imam Mahdi. Dapat pengikut yg agak ramai jugak. Minor dajjal
Aku lahir sbgai seorang anak luar nikah. Tp mak bapa aku decide nikah juga lepas 5bulan kandungan. Myb utk tutup malu family sbb perut mak aku makin membesar namun blm bersuami.
Selepas setahun aku dilahirkan, dorg pun bercerai (aku ada tbaca surat kawin contract). Mak aku tinggalkan aku kt bapa aku. Tapi, bapa aku pulak pass aku kat datuk & nenek aku utk dibela.
Mak aku lepas cerai tu terus balik kg dia kt pahang. Bapa aku pulak org sarawak. So aku membesar kt sarawak bersama datuk & nenek aku.
Selama aku membesar, bapa aku dlm 2tahun skli baru jenguk aku. Nafkah mmg gone la. Dia mcm chipsmore. Kejap muncul kejap hilang.
Tp aku sgt happy kalau bapa aku balik sbb yela tahu tu bapa aku. Datuk & nenek aku pulak susah. Kehidupan aku membesar sgt daif berbekalkan duit pencen datuk aku 300 sebulan tu la utk mkn utk tumbesaran aku.
Dan selama aku membesar aku xkenal siapa mak kandung aku. Aku pernah tgk gambar ja. Aku x tahu dia hidup ke dh xda ke. Surat ke telifon cari anak mmg xda lgsung.
Datuk aku sgt baik. Walaupun susah, tp dia yg sllu ada utk aku. Aku xda tadika tau sbb x mampu p tadika. So datuk aku la yg ajar aku smpai aku reti membaca.
While nenek aku pulak sorg yg tegas & bengis. Kadang aku rasa dia mcm x suka kehadiran aku. Dia sllu ckp “aku jijik la anak luar nikah menyusahkan. Anak haram. Anak org semenanjung jijik” tu la ayat2 yg sebati dgn aku smpai aku besar. Sudah lali.
Long short story, aku pun membesar. Atas ihsan & belas kasihan datuk nenek aku. Alhamdulilah selama aku membesar tu aku x meratapi nasib aku. Myb Allah kurniakan aku jiwa yg kental. Aku perform dlm pelajaran.
Aku bnyk ikut pertandingan. Sebenarnya perform tu utk aku nk dptkan duit. Kalau aku best student yb akan bg sumbangan. Kalau aku menang ptndingan, aku dpt duit. Duit tu la aku akan guna utk bayar yuran sklh aku & tambang bas sklh aku tiap bulan. P sklh kadang x makan pun sbb nk jimat duit
Satu hari tu tb2 masa aku seminggu nk exam pmr. Family mak kandung aku cari aku. Aku cmna? Bcelaru la siot. Aku mana kenal mak aku. Dipendekkn cerita, mak aku dtg jumpa aku kt sekolah aku. Sbb katanya dia dpt cari aku kt sklh je. Aku weyy wa ckp lu aku jd numb do.
Aku xtahu nk react apa. Dorg dtg peluk2 aku. Aku kaku antara mimpi atau realiti. Seminggu lg nk exam ni knp jd mcm ni. Dan haritu juga aku dpt tahu aku sbnrnya ada adik kandung😭 16 tahun aku ingt aku anak tunggal
Cerita aku ni mcm harszan ai tau tp mcm versi lain sikit. Datuk nenek aku masa tu gelabah la ingt dorg nk ambik aku bawa g smnjung. Smpai gaduh2 jugak la masa tu. yela aku ditinggalkan 16tahun kot.
Susu pampers sklh smua dtuk nenek yg tanggung. Dh besar baru claim anak kan. Masa tu keadaan aku mmg sgt2 terganggu. Trial pmr aku straight A. Pmr sbnar aku 6A2B. Punya terganggu masa tu. mental aku dh koyak aa tiba2 mcm mmpi..
Tp aku tabik la kt harszan tu sbb dia mcm steady je dgn apa yg jd. Aku ni smpai ada ptsd jumpa pakar tiap bulan sbb trauma2 hidup dari kecik. Myb sbb yg menjaga dia pula aceane kan tiptop.
Aku tiptop juga cuma slek kt nenek aku la dia suka ckp aku anak kutip anak bawa malang. Sedih do aku smpai aku rasa mcm knp erk dorg nk lahirkan aku jugak. Dh lahirkan abaikan pulak tu.. apa do dosa aku 😭 sbb tu la skrg bila aku ada anak Aku syg gila2 ank aku. Sbb aku tau pedihnya bila mak bapa ada tp mcm xda🥲
***Kami di Mynewshub moga insan ini terus gembira dan bahagia dalam hidupnya.