Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang turun padang berkempen bersama calon-calon Barisan Nasional di DUN Endau, Tenggaroh, Puteri Wangsa, Johor Jaya dan Perling dalam semangat kebersamaan demi memperjuangkan masa depan Johor yang lebih stabil.
Kepada seluruh Bangsa Johor, saya memohon dan merayu agar saudara-saudari memberikan calon Barisan Nasional peluang, ruang dan kepercayaan untuk berkhidmat, membawa suara rakyat serta meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan di kawasan masing-masing:
1. Hajah Alwiyah binti Talib - Calon No. 4 N.32 Endau
2. Mohd Youzaimi bin Yusof - Calon No. 2 N.33 Tenggaroh
3. Teow Chia Ling - Calon No. 5 N.41 Puteri Wangsa
4. Chan San San - Calon No. 3 N.42 Johor Jaya
5. Pannir Selvam - Calon No. 1, N.46 Perling
Saya menyeru seluruh Bangsa Johor agar terus memberikan kepercayaan dan sokongan padu kepada calon-calon Barisan Nasional agar negeri Johor terus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa serta terbukti komited berkhidmat untuk kebajikan rakyat.
Kepada seluruh jentera, marilah kita terus berpegang kepada semangat "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh." Barisan Nasional mesti membawa politik yang menyatukan, menjaga keharmonian serta mengutamakan kepentingan seluruh Bangsa Johor tanpa mengira kaum dan agama.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kemenangan besar kepada Barisan Nasional Johor di kesemua 56 DUN. Mudah-mudahan setiap usaha dipermudahkan dan seluruh pengorbanan jentera membuahkan kejayaan demi masa depan Johor yang terus maju, stabil dan sejahtera. Insya-Allah.
Pilihlah Barisan Nasional. Pangkah Dacing!
HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#MajuJohor #BangsaJohor #BNJohor #GelombangBiru #PangkahDacing
Syukur Alhamdulillah, proses penamaan calon pada hari ini berjalan dengan lancar dan baik.
Saya, Onn Hafiz Ghazi, calon Barisan Nasional bagi N.26 DUN Machap, calon nombor 2 #N02.
Dengan penuh rendah hati, saya merayu kepada seluruh rakyat DUN Machap untuk memberikan saya ruang dan kepercayaan bagi terus berkhidmat serta berjasa kepada warga Machap.
Terima kasih kepada seluruh jentera dan penyokong Barisan Nasional yang hadir mengiringi saya ke pusat penamaan calon. Kehadiran serta semangat saudara-saudari memberikan kekuatan besar kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini.
Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional; YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen Sembrong; Saudara Khairy Jamaluddin serta barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional di peringkat pusat yang hadir memberikan sokongan dan semangat.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada isteri dan seluruh ahli keluarga tercinta yang sentiasa berada di sisi, memahami tuntutan perjuangan ini serta tidak pernah putus memberikan sokongan dan doa.
Pencalonan ini bukan tentang diri saya semata-mata. Ia merupakan satu amanah untuk terus bekerja, mendengar suara rakyat serta memastikan pembangunan dan kebajikan warga DUN Machap sentiasa diberikan keutamaan.
Semoga sepanjang tempoh kempen ini, segala urusan dan usaha kita berjalan dengan lancar serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
Pilihlah Barisan Nasional. Pangkah Dacing!
HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN!
Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah
#MajuJohor #BangsaJohor #OHMachap #N02 #BNJohor
Serius.....nak MB sehebat mana lagi....ini yang terbaik la yang Bangsa Johor boleh dapat.....
Rajin, adil, bijak, beradap, bertakwa...
Kekalkan Onn Hafiz....
Siapa makan cili dia la terasa pedas....pantun 4 kerat MB Johor ni simple....tapi menusuk hati wei....
Budak Kecil Memakai Bedak
Pergi Berjalan Di Negeri Tersohor
Bukan Budak Sebarang Budak
Budak Ni Berjuang Untuk Johor
MYNEWSHUB
Staff Family Mart The Core Kota Damansara simbah kuah oden panas dekat rider grab.
Mungkin bad mood kot kena kerja masa hari raya. Tapi jangan la sampai macam ni. Dah la kuah tu panas 😅
Baru-baru ni tular kisah Cikgu Zaida dari SK St Luke Nanga Baoh, Dalat, berkorban jiwa & raga utk anak² murid dia yg jauh nun di pedalaman Sarawak.
Dia la Cikgu Math, Cikgu Sains, Cikgu Pend Moral, Cikgu Pend Islam & juga warden sekolah.
Bayangkan berapa banyak BBM dia kena buat?
Semua tu duit sendiri.
Murid miskin tak cukup kelengkapan sekolah pun dia topupkan.
Hatni la yg dikata Guru Bitara Nadi Negara!
Hari ni YB @FadhlinaComms call dia sampaikan salam dan sumbang RM5,000 buat sekolah beli peralatan pengajaran apa patut.
Bukan semua hero memakai topeng!
Ini satu hal. Biasanya kereta yg di 'lowered' demikian mengganggu lalulintas kenderaan lain yg menyusuri dibelakang. Selalunya Myvi. Kereta bajet nak bg nampak sporty. Bodo.. 😠
Wehhh ini kalau kene kat min mau tak tobat dah tak keluar malam 🤣🤣
Sumber Video: kongsi.viral #ohbulan#hantu#naik#motor
P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!
Tular di media sosial seorang penunggang motosikal berulang kali menendang pintu sebuah kereta ketika berhenti untuk membayar tol. Kejadian berlaku di sekitar Bangi. #malaysiatribune