Tanpa mereka tiadalah aku di dunia ini.
Terima kasih mama dan abah untuk segalanya. Doakan aku dapat mengembirakan mereka kelak.
Semoga harapan mama dan abah untuk melihat anakmu ini menjadi seorang pendidik kelak menjadi kenyataan.❤️
Ketika kita bermaksiat, Allah suruh malaikat untuk diam-diam mencatatnya. Tetapi ketika kita bertaubat, Allah umumkan kepada seluruh penduduk langit "Lihatlah, hambaKu sedang bertaubat kepadaKu."
Ada orang mengambil solat sebagai tanggungjawab, maka akan berjumpa dengan keletihan.
Ada orang mengambil solat sebagai tanda cinta dengan Allah, bila solat dengan cinta dan kasih sayang akan berjumpa kerehatan.
Jodoh tidak akan salah orang dan pertemuan tidak akan salah tempat. Saat Allah melihatmu benar-benar sudah bersedia, maka ketetapannya akan datang di waktu yang tepat.
Takdir Allah itu sangat hebat.
Percayalah, andai sudah tertulis rezeki itu milik kita, takkan bertukar menjadi hak orang lain. Rezeki ialah duit, kesihatan yang baik, kehidupan yang baik, ketenangan hati, jodoh dan semua yang Allah aturkan. ✨🙌🏻
Tips untuk menjadi orang yang berjaya:
1) Solat jangan tinggal.
2) Al Quran jangan lupa.
3) Amalkan Sunnah Nabi.
4) Jadikan agama Islam itu sebagai cara hidup.
InsyaAllah, tanamkan azam dlm diri. Buat semuanya sekali dan kita akan berjaya dunia akhirat dengan pertolongan Allah
Jangan menyesal kita kenal dengan seseorang, kerana.
1. Yang baik akan membahagiakan
2. Yang terbaik akan jadi kenangan
3. yang tidak baik adalah pengalaman
4. Yang terburuk adalah pengajaran
Terus berkasih sayang dengan insan yang kita sayang. 😊❤
Solatlah, sampai solat tu rasa ringan. Solatlah, sampai kau rasa tak akan tinggal solat. Solatlah sampai kau tau betapa nikmatnya solat. Solatlah, walaupun kau bukan orang baik.
Sebab nanti, solat itu sendiri yang akan membuat hidup kau menjadi lebih baik.
Rezeki tak semestinya duit, jumpa someone yang sayang kita, jaga kita, layan kita baik-baik. Hormat kita dan rendahkan ego dia untuk menjaga hati kita demi bahagia bersama yang ini pun salah rezeki jugak.
@EmajieOfficial@meinmokhtar Sebab perfume brand Emajie ni mmg terbaik. Kalau pakai tu, konfim akan dapat compliment daripada orang sekeliling. Jarang mengecewakan.
Min nak belanja TIGA orang bertuah untuk MENANG PERFUME Emajie. Korang boleh pilih je apa apa perfume yang korang nak! 😎😎
Syaratnya mudah, REPOST post ni dan REPLY sebab kenapa min perlu pilih korang. 🫡🫡
Tiga perfume percuma tau! 🙋🏻🙋🏻
Ya Allah, jadikanlah bulan ini permulaan kepada segala kebaikan dan penamat kepada segala keburukan. Berkatilah aku dalam bulan ini dan kurniakanlah kepadaku limpahan rahmat serta kelebihan dari-Mu. Aamiin.. ✨🤲🏻
Mungkin dua hati hanya ditakdirkan bertemu tapi tidak untuk bersama. Semuanya bersebab, tiada yang berlaku sia sia.
Jangan membenci takdirmu hanya kerana tidak sesuai seperti yang kamu inginkan. Allah tidak akan menetapkan sesuatu kecuali ada kebaikan bersamanya.
Doa Perlindungan & Kekuatan
Ya Allah, berdirilah bersama mereka dan jangan Engkau tinggalkan mereka, tolonglah mereka dan jangan Engkau kecewakan mereka. Lindungilah mereka dari depan, belakang, kanan, kiri, atas, dan kami berlindung dengan keagungan-Mu daripada mereka diserang dari bawah.
“Carilah pasangan yang cintanya setara denganmu. Agar jika kamu bermanja tidak dianggap beban, menangismu tidak membuat telinganya sakit, cemburumu tak dianggap mencari masalah dan marahmu tidak dianggap berlebihan.”
Susah solat? Baca doa ini
Ya Allah, perbaiki hidupku yang sering lalai, lapangkan jalanku menuju kebaikan. Mudahkan aku untuk menjaga solatku dengan hati khusyuk. Jadikan aku hamba yang selalu merindukan berjumpa denganMu dalam sujud. Dan jangan biarkan aku jauh dariMu. Aamiin.