KEMASKINI
UCAPAN PENUH JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM, ABU UBAIDA 17 FEBRUARI 2024
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
133 hari selepas permulaan Perang Tufan Al Aqsa yang akan merubah rupa rantau ini dan telah meletakkan tandanya sejak pagi 7 Oktober 2023. Permulaan kepada pengakhiran penjajahan terpanjang dan terakhir dalam sejarah moden. Mereka sedang melihat kejatuhan, pendedahan penipuan dan kelumpuhan
Tufan Al Aqsa dilancarkan demi Baitul Maqdis dan menyokong jalan Persuruh Allah dan kami takkan berhenti InsyaAllah. Kami akan terus berusaha menghilangkan ketidakadilan dan keganasan di tanah Masjid Al Aqsa dan Israk Mikraj ini. Ini akan menjadi titik perubahan dalam sejarah negara kita InsyaAllah
Wahai rakyat dan negara kita. Sudah 5 bulan berturut-turut. Pejuang Palestin di Gaza bersama rakyat yang teguh dan tabah menghadapi perang Zionis US ini yang masih tidak mampu memecahkan ketabahan pada rakyat yang pemurah yang sedang menghadapi pembunuhan beramai ramai dan kekejaman
Bagaimana mereka boleh menewaskan kanak kanak yang telah mengajar musuh dewasa tentang pengajaran hidup. Wanita seperti Khansaa yang melahirkan generasi lelaki budiman dan pejuang yang telah menjadi legenda sepanjang zaman dalam pertempuran dan kepahlawanan?
Bagaimana mereka boleh mengalahkan para pejuang yang hidup dengan penderitaan, kesakitan dan harapan rakyat. Mengorbankan mereka yang tersayang, pemimpin dan tentera mereka di Jalan Allah dan Kemerdekaan sambil Mempertahankan kesucian tanah ini dan kebesaran perjuangan ini?
Para pejuang Briged Al Qassam dan Pejuang Palestin akan terus menentang penjenayah ini yang jenayahnya tidak setara dengan sejarah moden dari segi sadisnya, kejamnya dan ideologi perkauman yang tidak terhad. Kami kekal memastikan musuh rugi besar dalam sejarah revolusi rakyat kami
Pejuang kami memusnahkan kenderaan dan kenderaan perisai musuh bersama tentera mereka dengan senjata berat disokong Kereta Kebal, pesawat tempur dan kapal perang. Kami turut memerangkap mereka dalam serang hendap. Membunuh mereka dengan Sniper dan menyerang tentera mereka dari jarak dekat
Di mana sahaja tempat musuh rasa selamat di tanah air kami. Pejuang kami akan muncul tiba tiba dan membunuh mereka dengan bantuan, sokongan dan jaminan kejayaan daripada Allah
Ketika ini pertarungan masih berterusan di semua barisan hadapan dan sedang ditingkatkan di hadapan kekejaman dan lagak musuh Nazi ini
Kami tidak mahu menerangkan lebih mengenai operasi kami kerana kami sentiasa mengumumkan dari semasa ke semasa dan ada ketika terlewat kerana situasi di medan perang. Tidak semua operasi kami dedahkan dan hanyalah sebahagian kerana sebab keselamatan dan keadaan medan perang yang rumit.
Kami Briged Al Qassam mengulangi kenyataan kami bahawa para pejuang kami sedang berperang di Utara, Tengah dan Selatan Gaza dengan serangan pelbagai strategi berdasarkan kekuatan musuh yang dihadapi dan analisis yang kami lakukan supaya operasi berkualiti dapat dilaksanakan dan memberi jaminan musuh rugi dalam setiap serangan kami
SAMBUNGAN DI BAWAH
BREAKING: SHOOTING AT KANSIS CITY SUPER BOWL PARADE
There’s also a video of a brave man taking down the shooter.
The shooter is not Muslim so the media haven’t called it a Terrorist attack.
Ada ramai peguam yang bicarakan keputusan mahkamah berkaitan kes Nik Elin. Walau berbeza pendapat, tetap jaga tuturkata.
Tiba-tiba datang bekas pekerja kontrak ini, dia troll mahkamah dan hakim. Dia tak sedar itu adalah jenayah ‘contempt of court’.
Saya digantung UMNO kerana bercakap pekara yang benar tentang presiden parti UMNO.
Akhirnya hari ini terbukti Presiden telah mengheret parti UMNO hingga ke tahap yang paling hina dalam sejarah UMNO itu sendiri.
Malah rakan komponen dalam BN juga terpalit sama ditolak rakyat.
Semakin lama, kecelaruan nafsu ini semakin dinormalisasikan barat.
Bahkan hampir setiap filem terkini Marvel pun - DC pun sama - mesti ada selit unsur gini. Dlm filem Doctor Strange terbaru pun, digambarkan America Chavez dibesarkan oleh 2 org ibu.