Tiga belas tahun bukan sekadar tentang angka, tetapi persaudaraan yang tumbuh daripada cinta yang sama.
Ada yang masih bersama, ada yang telah pergi mendahului dan setiap kenangan akan terus hidup dalam hati yang ditinggalkan.
(1)
Salah seorang komrad kami terlibat dalam satu kemalangan motosikal petang tadi. Kamฤฑ dari keluarga Baris Selatan menitipkan doa agar segala urusan beliau dipermudahkan.
Tetap kuat komrad, keluarga ini sentiasa di belakangmu.
#BarisSelatan
Menjaga hubungan dalam teres mahupun di luar teres. Kuatkan tenaga dan bersatu memperjuangkan keadilan demi maruah negara.
Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat!
#MentalitiJuara#KembalikanBolaSepakKepadaRakyat
Sembilan belas tahun,
Tidak pernah hilang prinsip perjuangan.
Tidak pernah lupa akan maruah negara yang dilacurkan.
Tidak pernah henti menyuarakan sokongan dan tentangan.
Tidak akan sesekali membelakangkan tujuan yang satu, Bolasepak Malaysia.
Dirgahayu Ultras Malaya ke-19.
Menjaga hubungan dalam teres mahupun di luar teres. Kuatkan tenaga dan bersatu memperjuangkan keadilan demi maruah negara.
Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat!
#MentalitiJuara#KembalikanBolaSepakKepadaRakyat
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
#PintuUtaraBerduka
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu.
Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang komrad kami, Muhammad Syaraf bin Abdul Razak telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.
Dengan penuh dukacita, seorang komrad ultraSel telah pulang ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Berehat dengan tenang di sana, Muhammad Syaraf Bin Abdul Razak
#PintuUtaraBerduka
COMPAGNO WORK IS NEVER DONE.
Kebenaran mesti ditegakkan. Yang bertanggungjawab mesti dinamakan. Bola sepak Malaysia perlukan integriti dan akauntabiliti, bukan lagi alasan untuk lindung sesiapa.
Hari ini, Ultras Malaya secara kolektif telah menyerahkan Memorandum Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat kepada kepimpinan baharu FAM.
Memorandum tersebut turut dihantar melalui e-mel rasmi kepada Setiausaha Agung FAM dan pihak-pihak berkaitan.