Innalillahiwainnailaihirojiun
Kakak ipar saya, Siti Fatimah binti Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Mizan, Kuala Lumpur sebentar tadi. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Hari ini, cucu saya Jeanelle Nika Mandagie turut bersama saya di Parlimen meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Kanak-kanak amat dekat di hati saya kerana mereka merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada kita.
Bajet 2022, memperuntukkan sebanyak RM250 juta di bawah Shop Malaysia Online & Go-eCommerce khusus buat ekosistem digital usahawan PMKS. Ini bakal memanfaatkan 500 ribu usahawan tempatan bagi menggalakkan aktiviti penerapan e-dagang, latihan pemasaran & pembayaran digital.
Kerajaan menyedari keluhan ramai yang kehilangan punca pendapatan mengenai kesukaran meneruskan kehidupan seharian.
Selari dengan dasar kerajaan, tiada ahli Keluarga Malaysia yang akan tersisih dan kerajaan akan memastikan kemakmuran ekonomi akan dinikmati bersama.
Saya berada di Sarawak hari ini bagi melancarkan gagasan Keluarga Malaysia.
Saya berpeluang mendengar taklimat mengenai perancangan pembangunan Sarawak bagi mencapai negeri maju menjelang 2030.
Alhamdulillah, selesai melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) yang bertemakan 'Keluarga Malaysia Siaga Bencana' di Putrajaya pagi tadi.
Bersama kita memberi komitmen tinggi untuk menjadikan pengurangan risiko bencana sebagai agenda penting negara 🇲🇾
#KeluargaMalaysia
Budaya kesiapsiagaan di kalangan rakyat mesti dipupuk kerana semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama.
Ianya demi keselamatan bersama seluruh rakyat Keluarga Malaysia.
Jom dengarkan *Forum Siri 1 : Bajet 2022* bertajuk *Apa Keluarga Malaysia mahukan? * LIVE di FB rasmi *Projek Keluarga Malaysia 2021*
*👉 🌐 https://t.co/BWf8eI1apj*
*👉 📆 30 Sept 2021, Khamis*
*👉 🕘 9.00 MALAM*
See you guys later!
#KeluargaMalaysia#ProjekKeluargaMalaysia
Hari ini, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan juga telah diberi kebenaran untuk beralih ke fasa seterusnya. Selain itu, bermula esok, operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dipanjangkan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 malam.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju memberi kebenaran RENTAS NEGERI dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.
#KeluargaMalaysia#BekerjaBersamaRakyat
Saya menjiwai kegusaran para peniaga,terutamanya Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yg sedang mengharungi tempoh mencabar ketika ini.
Kerajaan komited menyokong kelangsungan sektor PKS mikro dgn bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 yg akan disalurkan mulai 21 Sept ini.
Secara keseluruhan, sebanyak RM6.08 bilion telah dan akan disalurkan menerusi GKP bagi membantu kelangsungan lebih 1 juta PKS mikro.
#KeluargaMalaysia#BekerjaBersamaRakyat