SANDAKAN, 11 Jun 26 - Seramai 33 Pegawai dan LLP telah menyertai Kursus Sistem Bahagian Siri 1/26 anjuran PK TLDM dari 9-11 Jun 26. Kursus ini memperkukuh kompetensi dalam aspek tugas dan disiplin bagi melahirkan warga yang berintegriti, berdisiplin dan berakauntabiliti tinggi.
LUMUT, 8 Jun 26 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pegawai Staf Pentadbiran dan Perkhidmatan (KPSPK) PK TLDM melibatkan penyerahan tugas daripada Lt Muhammad Syafiq bin Khairi Yap TLDM kepada Lt Wan Mohd Rizwadi bin Wan Ramli TLDM, disaksikan oleh Ketua Pengarah PK TLDM.
ADAPTIF MEDAN DAN MAJLIS PENUTUP MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENINGKATAN KELAS I SIRI 2/26
LUMUT, 23 Mei - Pelatih Modul Kepimpinan dan Pengurusan Peningkatan Kelas I Siri 2/26 telah melaksanakan Latihan Adaptif Medan dan Majlis Penutup Modul.
MAJLIS PENUTUP MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENYELIA SIRI 2/26
LUMUT, 8 Mei 26 - Majlis Penutup Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kepimpinan TLDM.
LATIHAN PRAKTIKAL ADAPTIF MEDAN
MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENYELIA SIRI 2/26
PASIR PANJANG, 4 Mei - Latihan Praktikal Adaptif Medan bagi Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah dilaksanakan di Baitul Hilal (Cerapan Anak Bulan), Pasir Panjang.
KEJOHANAN SUKAN BOLING MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENYELIA SIRI 2/26
Manjung, 30 April - Kejohanan Sukan Boling bagi Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah berlangsung dengan penuh meriah di Ten Pin Bowling Alley, Seri Manjung.
PROGRAM KEROHANIAN MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENYELIA SIRI 2/26
LUMUT, 29 Apr - Pusat Kepimpinan TLDM bersama peserta Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah menganjurkan Program Kerohanian di Serambi, PK TLDM.
PROGRAM JIWA MURNI MADANI PERINGKAT PUSAT KEPIMPINAN TLDM
PASIR PANJANG, 29 Apr - Program Jiwa Murni MADANI sempena Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah dilaksanakan di Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Pasir Panjang Segari.
LUMUT, 20 Apr 26 - Majlis Pembukaan Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah disempurnakan oleh Kdr Lim Kim Tat TLDM, Ketua Pegawai Staf Latihan di Pusat Kepimpinan TLDM.
KURSUS KEUTUHAN DAN INTEGRITI SIRI 1/26
KOTA KINABALU, 16 Apr 26 - PK TLDM telah melaksanakan kursus ini pada 14 - 16 Apr 26 melibatkan 28 pegawai dan LLP. Kursus bertujuan memperkukuh budaya integriti dan meningkatkan kesedaran dalam membanteras pelanggaran integriti dalam TLDM.
LUMUT, 11 Apr 26 - PK TLDM telah berjaya menganjurkan Kursus Induksi Bintara Siri 1/26 yang berlangsung pada 6 - 12 Apr 26 dengan menghimpunkan 139 peserta dari unit-unit sekitar Lumut, Langkawi dan Pulau Pinang dalam usaha memperkasa kepimpinan, disiplin dan profesionalisme.
LUMUT, 6 Apr - Latihan Ujian Medan bagi Modul Kepimpinan dan Pengurusan Peningkatan Kelas I Siri 1/26 telah dilaksanakan di Tapak Merempuh Halangan ARBA 1989, KD PANGLIMA GARANG dan Tapak Latihan Jati Diri sebagai komponen utama latihan fizikal dan ketahanan mental serta fizikal.
Manjung, 2 April - Kejohanan Sukan Boling bagi Modul Kepimpinan dan Pengurusan Peningkatan Kelas I Siri 1/26 telah berlangsung dengan penuh meriah di Ten Pin Bowling Alley, Seri Manjung.
LUMUT, 30 Mac 26 - Majlis Pembukaan Modul Kepimpinan dan Pengurusan Peningkatan Kelas I Siri 1/26 telah disempurnakan oleh Kdr Mehamad Khairun bin Zakaria TLDM, Timbalan Ketua Pengarah di Pusat Kepimpinan TLDM.
LUMUT, 13 Mac 26 - Majlis Penutup Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 1/26 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kepimpinan TLDM. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Kepten Mohd Zulkiflee bin Hj Markam TLDM, Ketua Pengarah Pusat Kepimpinan TLDM.
LUMUT, 11 Mac - Suasana penuh keakraban dan semangat kebersamaan mewarnai Pusat Kepimpinan TLDM apabila Majlis Malam Tujuh Likur sempena Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 1/26 berlangsung dengan meriah sekali gus menghidupkan suasana penuh harmoni.
Karnival Sukan Dalaman Modul Kepimpinan & Pengurusan Penyelia Siri 1/26 telah dilaksanakan di Serambi, Pusat Kepimpinan TLDM pada 9 Mac. Karnival ini turut menyemai nilai disiplin, kerjasama serta semangat kesukanan dalam kalangan pelatih. ⚓️
Latihan Praktikal Adaptif Medan Modul Kepimpinan & Pengurusan Penyelia Siri 1/26 telah dilaksanakan di Baitul Hilal, Pasir Panjang pada 5 - 6 Mac 26 melibatkan 162 pelatih. Latihan ini memperkukuh aspek kepimpinan, pengurusan serta ketahanan diri melalui aktiviti lapangan. ⚓️
LUMUT, 6 Mac 26 - PK TLDM telah berjaya melaksanakan Kursus Kepemimpinan Pegawai Waran Siri 9/26 dari 2 hingga 6 Mac 26 dengan penyertaan 28 anggota TLDM termasuk seorang daripada TUDM. Majlis penutup disempurnakan oleh Timb. Ketua Pengarah PK TLDM di Transformative Auditorium.