Menyebarkan mesej dakwah dan tarbiah. | Kita ini mungkin belum cukup baik, tetapi yang pasti kita ialah orang yang sentiasa berusaha nak jadi lebih baik.
Memperbanyakkan Selawat pada Hari Jumaat
Daripada Aws bin Aws RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya antara hari yang paling utama bagi kamu ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari itu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan al-Nasa’i, Sahih)
[PEMAKLUMAN PENGISIAN PERMOHONAN KOLEJ]
Assalamualaikum w.b.t.
📢 PERINGATAN MESRA KEPADA SEMUA MAHASISWA UiTM SHAH ALAM
Mahasiswa kini sudah boleh mula mengisi maklumat permohonan kolej melalui platform i-Student Portal.
#InfoAkademik#ExcoKesenianKebajikanKesukanan#WeCare3K
🌺 Sehubungan dengan itu, semua pelajar dimohon untuk mengisi maklumat permohonan kolej dalam tempoh yang ditetapkan. Maklumat yang diisi amat penting bagi membantu pihak kolej untuk membuat semakan permohonan bagi mahasiswa yang layak mendapat kolej bagi semester hadapan.
[PEMAKLUMAN PENGISIAN SuFO DI UFuture]
Assalamualaikum w.b.t.
📢 PERINGATAN MESRA KEPADA SEMUA MAHASISWA UiTM SHAH ALAM
Dimaklumkan bahawa para mahasiswa kini sudah boleh mula melengkapkan Student Feedback Online (SuFO) melalui platform UFuture.
🌺 Sehubungan dengan itu, semua pelajar dimohon untuk melengkapkan pengisian SuFO dalam tempoh yang ditetapkan. Maklum balas yang diberikan amat penting dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UiTM.
Sekian, terima kasih.
Allah Melihat Hati dan Amalan
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Memudahkan Urusan Orang Lain
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang memudahkan urusan orang yang berada dalam kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
✨What’s On PMH Segment (WOPS) kembali lagi! ✨
Assalamualaikum w.b.t
Minggu ini Exco Penerangan dan Informasi (EPI) tampil dengan tajuk *Qanaah dan Keberkataan* , di mana Realiti Cabaran Kewangan Mahasiswa zaman kini diketengahkan,
berserta tips-tips berguna untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut sebagai seorang Muslim sejati.
Dijadualkan Isnin malam di seluruh media sosial PMH.
Semoga dapat dikongsi kepada keluarga dan sahabat, menjadi wadah kebaikan untuk semua, Insya Allah 🤲🏻
Hasad Dengki Merosak Persaudaraan
Daripada Anas r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
"Janganlah kamu saling membenci, jangan saling mendengki, jangan saling membelakangi, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.
KALAM HADHARI: ISLAM DIBINA ATAS LIMA PERKARA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,
Jom hayati perkongsian Kalam Hadhari kali ini yang membawakan hadis "Islam Dibina Atas Lima Perkara".
Rasulullah SAW bersabda bahawa Islam dibina atas lima asas utama iaitu syahadah, solat, zakat, puasa Ramadan dan haji. Kelima-lima perkara ini merupakan tunjang kepada kehidupan seorang Muslim dan jalan menuju keredaan Allah SWT.