Pusat Mediasi MADANI (PMM) kini diperkenalkan bagi memperluas akses rakyat kepada penyelesaian pertikaian secara lebih cepat, mudah dan kos efektif. 🤝⚖️
🇲🇾🤝🇯🇵 Hubungan Malaysia dan Jepun terus diperkukuh dalam menghadapi cabaran global menerusi kerjasama dalam keterjaminan tenaga, daya tahan ekonomi, pembangunan teknologi dan kestabilan serantau.
#RancakkanMADANI#MADANIBekerja#TaatSetia#JabatanPenerangan
🛡️👧 LINDUNGI ANAK DI ALAM DIGITAL
Kanak-kanak bawah 16 tahun lebih terdedah kepada risiko dalam talian dan masih memerlukan bimbingan dalam mengurus interaksi digital. 🌐
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧
Selesai Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW pagi tadi, saya terus ke Perdana Putra bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 2/2026.
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada beberapa agenda strategik bagi memperkukuh ekosistem TVET negara, khususnya dalam sektor pertanian dan pembinaan yang mempunyai peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara.
Bagi sektor pertanian, perbincangan tertumpu kepada keperluan memperkukuh pembangunan bakat dan kemahiran bagi memastikan sektor agromakanan negara terus berdaya saing, produktif dan mampu menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Mesyuarat juga mengambil maklum Pelan Pelaksanaan TVET Pembinaan CIDB Malaysia 2026-2030 yang akan memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan, selaras dengan keperluan industri yang semakin dipacu oleh teknologi, automasi dan inovasi.
Dalam masa yang sama, mesyuarat turut meneliti persiapan akhir Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya bermula esok hingga 7 Jun 2026 dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya”.
Saya sentiasa percaya bahawa TVET akan terus menjadi antara pemacu utama pembangunan modal insan negara. Melalui kerjasama erat antara Kerajaan, industri dan institusi latihan, kita mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran ekonomi masa hadapan.
Justeru, saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya. Jumpa anda di sana!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua