🇲🇾 Hiasi kediaman anda dengan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026. ❤️🤍💙💛
Lambangkan rasa cinta kepada negara, semangat kemerdekaan dan perpaduan.
Maklumat lanjut di https://t.co/4cNMbg5Sgt
📢 Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi bagi tempoh 23 hingga 29 Julai 2026 telah diselaraskan mengikut penetapan semasa manakala harga bahan api bersubsidi kekal bagi kumpulan yang layak.
⛽ Harga petrol dan diesel di Malaysia kekal antara yang terendah berbanding beberapa negara lain, mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan harga bahan api kekal berpatutan untuk rakyat.
#RancakkanMADANI#MADANIBekerja#TaatSetia#JabatanPenerangan
🇲🇾 Rukun Negara ialah tonggak perpaduan, keharmonian dan panduan membentuk rakyat yang bersatu, berdisiplin serta berintegriti.
Hayati erti kemerdekaan dengan menjunjung semangat Rukun Negara demi Malaysia yang lebih gemilang. 🇲🇾
🤝 Ketua Pengarah JAPEN, Encik Erwin Khairul Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), YM Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin di Putrajaya semalam.
🤝 Ketua Pengarah JAPEN, Encik Erwin Khairul Ahmad menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar Negeri (KLN), YBhg. Dato' Nur Izzah Wong Mee Choo berserta delegasi, semalam.
🤝 Kerjasama antara JAPEN dan Hospital Kuala Lumpur terus diperkukuh dalam usaha memperluas penyampaian maklumat kesihatan awam yang sahih, jelas dan dekat dengan keutamaan masyarakat. 🏥🩺🇲🇾
Kementerian Komunikasi melancarkan Pelan Strategik Kementerian Komunikasi 2026–2030 sebagai hala tuju utama bagi memperkukuh sektor komunikasi negara menerusi pelaksanaan pelbagai objektif dan program strategik dalam tempoh lima tahun akan datang. 📡📘
Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) terus memperkasa golongan ibu tunggal melalui penyediaan khidmat nasihat, bantuan serta pendedahan mengenai pengurusan kewangan dan kebajikan dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan. 💜
@KPWKM