Malaysian Translators Association (MTA) | Semenjak 4 Okt 1979 | Meliputi Bidang: Perterjemahan, Kejurubahasaan, dan Penyuntingan | ๐ฅ DM untuk daftar keahlian
๐ข ANDA PENTERJEMAH? INI PERKEMBANGAN PENTING UNTUK PROFESION KITA.
Apakah maknanya menjadi penterjemah yang diiktiraf secara profesional?
Bagaimanakah sistem pentauliahan dapat meningkatkan standard, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap profesion penterjemah di Malaysia?
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) menjemput anda ke:
SESI DIALOG AWAM: PENGENALAN SISTEM PENTAULIAHAN PENTERJEMAH PPM
Sesi ini membuka ruang kepada komuniti penterjemah dan pihak berkepentingan untuk mengenali sistem pentauliahan profesional PPM dengan lebih dekat, mengemukakan soalan serta berkongsi pandangan dan cadangan.
Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
Masa:
10.00 pagi โ 12.00 tengah hari
Mod: Secara hibrid
Bersemuka di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP
Turut disiarkan secara dalam talian
Bersama:
1. Dr. Hasuria Che Omar, Presiden PPM
2. Prof. Madya Dr. Mohamed Zain Sulaiman, Ketua Unit Bahasa Asing dan Terjemahan, UKM
3. Dr. Rusmadi Baharudin, Ahli Majlis PPM
๐ฌ Ada persoalan atau cadangan tentang sistem pentauliahan ini? Anda juga boleh mengemukakan usul dan soalan terlebih dahulu melalui kod QR yang disediakan.
Ini bukan sekadar tentang mendapatkan pengiktirafan.
Inisiatif ini merupakan usaha bersama memartabatkan profesion penterjemah di Malaysia.
Daftar sekarang melalui kod QR pada poster.
#PPM #PentauliahanPenterjemah #Penterjemahan #PenterjemahMalaysia #Profesionalisme #Bahasa
LIKU-LIKU PENTERJEMAH #7
Penterjemah yang baik tidak takut berkata,
โSaya perlu semak dahulu.โ
Mengakui kita belum pasti bukan kelemahan.
Sebaliknya, itulah tanda profesionalisme dan integriti.
#PPM#Integriti#Penterjemah#Profesional
"Anyone fluent in two languages can be a professional translator."
This is one of the biggest misconceptions highlighted by MTA Council Member Assoc. Prof. Dr. M. Zain Sulaiman.
Translation is a specialised profession that demands far more than bilingual proficiency, it requires training, expertise, ethics and professional competence. The upcoming National Translator Certification Test is a significant milestone towards recognising and upholding these standards in Malaysia.
#Translation #ProfessionalStandards #PPM #TranslatorCertification
Malaysia is taking a major step towards strengthening the translation profession.
The Malaysian Translators Association (MTA) is developing a National Translator Certification Test to formally assess translators' professional competence. The certification system is expected to be ready by the end of 2026, with successful candidates listed in the MTA Directory of Certified Translators and Interpreters by early 2027.
The initiative aims to enhance professional standards, public confidence, and recognition of translation as a specialised profession requiring formal knowledge, skills and competencies.
๐ฐ Source: Bernama
Dua hari yang penuh dengan idea, bahasa dan kreativiti!
Pada 18 & 19 Julai 2026, Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) berjaya menganjurkan Kursus Intensif Penterjemahan Kreatif secara dalam talian.
Sepanjang kursus, para peserta dibimbing oleh Pn. Fatimah Zainal dan Pn. Fatimah Rodhiah Mohd Yusof, yang berkongsi pengalaman luas dalam dunia penterjemahan, penyuntingan dan penulisan kreatif.
Peserta didedahkan kepada konsep, teori dan pendekatan dalam menterjemah teks kreatif, termasuk bagaimana memilih diksi yang tepat, mengekalkan suara penulis serta menterjemahkan unsur budaya, perlambangan dan emosi agar karya kekal hidup dalam bahasa sasaran.
Penterjemahan kreatif bukan sekadar memindahkan perkataan. Ini menuntut kepekaan, kreativiti dan keberanian membuat pilihan bahasa yang terbaik untuk pembaca.
Terima kasih kepada para penatar atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna dan kepada semua peserta atas komitmen serta perbincangan yang aktif sepanjang kursus berlangsung.
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus menghasilkan karya terjemahan yang bukan sahaja tepat, malah mampu menyentuh hati pembaca.
Jumpa lagi dalam program-program PPM yang akan datang!
#PPM #PersatuanPenterjemahMalaysia #PenterjemahanKreatif #Penterjemahan #BahasaMelayu #Sastera #Penterjemah #TranslatorLife #PembangunanProfesional
Mengapa karya sastera terus diterjemahkan walaupun sudah berpuluh-puluh tahun diterbitkan?
Kerana setiap zaman melahirkan pembaca yang berbeza.
Kerana setiap bahasa mempunyai keunikan tersendiri.
Hakikatnya, terjemahan sastera bukan sekadar memindahkan perkataan, tetapi juga membawa bersama budaya, sejarah dan jiwa sesebuah masyarakat.
Bagi anda yang berminat dengan dunia penterjemahan sastera dalam konteks global, jangan lepaskan peluang mengikuti:
๐๏ธ PUBLIC LECTURE 2026
Literary Translation and the Global Context Today
Associate Professor Dr. Safa Elnaili
Associate Professor of Arabic
Arabic Program Director
MFA, Literary Translation & Creative Writing
Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi โ 12.00 tengah hari
Lokasi: Bilik Latihan 6โ7, Aras 5, Wisma DBP
Kuliah ini akan membincangkan landskap penterjemahan sastera pada hari ini, cabaran yang dihadapi penterjemah serta sejauh mana karya sastera merentasi bahasa dan budaya dalam dunia yang semakin saling terhubung.
๐ Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.
Mari bersama-sama memperluas perspektif tentang peranan penterjemahan sastera dalam membina dialog antara budaya.
#PPM #PersatuanPenterjemahMalaysia #LiteraryTranslation #TranslationStudies #PenterjemahanSastera #Bahasa #Sastera #Translation #ProfessionalDevelopment
LIKU-LIKU PENTERJEMAH #6
Teknologi semakin canggih.
AI semakin pantas.
Namun, apabila melibatkan emosi, budaya, sindiran atau konteks, manusia masih memainkan peranan utama.
Teknologi ialah pembantu.
Penterjemah ialah pembuat keputusan.
#PPM#AI#Translation#Bahasa
LIKU-LIKU PENTERJEMAH #5
Kesilapan kecil boleh memberikan kesan besar.
Satu istilah yang tersalah pilih boleh mengubah maksud kontrak.
Satu nombor yang tertinggal boleh menimbulkan kerugian.
Sebab itu penterjemah sentiasa menyemak berkali-kali sebelum menghantar hasil kerja.
#PPM #Ketepatan #Penterjemahan
LIKU-LIKU PENTERJEMAH #4
Ada perkataan yang tiada padanan tepat.
Ada jenaka yang hilang apabila diterjemah.
Ada peribahasa yang perlu diganti mengikut budaya lain.
Di situlah kreativiti dan pengalaman seorang penterjemah benar-benar diuji.
#PPM#Terjemahan#Budaya#Bahasa
11 peserta, satu kelas, dan pelbagai ilmu penyuntingan dibawa pulang!
Pada 11 Julai lalu, seramai 11 peserta telah mengikuti Kursus Penyuntingan Terjemahan Bahasa Melayu bersama Dr. Syed Nurulakla Syed Abdullah.
Sepanjang kursus, peserta bukan sahaja mempelajari selok-belok penyuntingan, malah berpeluang meneliti kesalahan, membincangkan pilihan bahasa dan memahami bahawa kerja menyunting bukan sekadar membetulkan ejaan dan tatabahasa. Ada banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum sesuatu teks benar-benar boleh dikatakan โsudah siapโ!
Walaupun dalam kumpulan yang kecil, suasana kursus berlangsung dengan santai, interaktif dan sarat dengan perkongsian ilmu.
Terima kasih kepada Dr. Syed atas perkongsian ilmu dan pengalaman, serta kepada kesemua 11 peserta yang bersama-sama memeriahkan kursus kali ini.
Semoga selepas ini, semakin tajam mata melihat kesalahan, semakin teliti menyunting teks, dan semakin sukar membaca papan tanda tanpa ternampak kesalahan bahasa!
Jumpa lagi dalam kursus PPM yang seterusnya!
#PPM #PersatuanPenterjemahMalaysia #Penyuntingan #BahasaMelayu #Penterjemahan #PembangunanProfesional
LIKU-LIKU PENTERJEMAH #3
Ada hari penterjemah membaca lebih banyak daripada menterjemah.
Sebelum menterjemah teks perubatan, undang-undang atau kejuruteraan, mereka perlu memahami bidang tersebut terlebih dahulu.
Penterjemah bukan pakar semua bidang.
Tetapi mereka perlu belajar menjadi โpakar sementaraโ.
#PPM #Penterjemahan #PembelajaranSepanjangHayat
LIKU-LIKU PENTERJEMAH #2
โBoleh siap petang ini? Dokumen cuma 300 muka surat.โ
Inilah antara ayat yang sering diterima penterjemah.
Apa yang kelihatan sebagai โsekadar terjemahโ sebenarnya melibatkan penyelidikan, semakan istilah, penyuntingan dan pembacaan pruf.
Terjemahan yang baik memerlukan masa.
#PPM #Penterjemah #Profesion #Bahasa
LIKU-LIKU PENTERJEMAH #1
Ramai menyangka kerja penterjemah hanya membuka kamus dan mencari padanan perkataan.
Hakikatnya, lebih banyak masa dihabiskan untuk berfikir daripada menaip.
Satu perkataan boleh mengambil masa sejam untuk diputuskan jika konteksnya rumit.
Kerana dalam terjemahan, ketepatan sentiasa mengatasi kepantasan.
#PPM #Penterjemahan #TranslatorLife #Bahasa
CAKNA PADANAN PERIBAHASA
๐ฒ๐พ BM: Mulut manis mematahkan tulang
๐ฌ๐ง BI: Honey catches more flies than vinegar
Makna:
Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)
๐จ KESILAPAN TERJEMAHAN YANG MAHAL
Ramai beranggapan terjemahan hanyalah proses menukar perkataan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain.
Hakikatnya, satu perkataan yang diterjemahkan tanpa memahami konteks boleh mengundang kesilapan yang memalukan dan merugikan.
Baru-baru ini, sebuah rangkaian fesyen antarabangsa menjual cermin bertemakan tanda zodiak di Belanda. Salah satu tanda tersebut ialah Cancer.
Dalam bahasa Inggeris, Cancer boleh merujuk kepada tanda zodiak Kanser โ atau penyakit kanser.
Namun dalam bahasa Belanda, tanda zodiak tersebut sebenarnya dikenali sebagai "Kreeft" (udang karang ๐ฆ).
Malangnya, perkataan yang dipilih ialah "Kanker", iaitu perkataan Belanda untuk penyakit kanser.
Kesilapan itu akhirnya menyebabkan produk tersebut ditarik balik daripada pasaran.
Inilah sebabnya penterjemahan bukan sekadar soal bahasa.
Hal ini memerlukan pemahaman konteks, budaya, semakan dan penyuntingan yang teliti.
Kadangkala, kos yang dijimatkan dengan tidak menggunakan penterjemah profesional atau pembaca pruf boleh menjadi jauh lebih mahal apabila kesilapan berlaku.
Dalam dunia penterjemahan, ketepatan bukan pilihan. Ketepatan ialah keperluan.
#PPM #Penterjemahan #Bahasa #Translation #Localization #Proofreading #KualitiTerjemahan #TranslatorLife
Kredit kepada penulis asal di LinkedIn: https://t.co/MjVPkl2Dde
Terjemahan yang Baik Bermula dengan Integriti
Penterjemah bukan sekadar pemindah bahasa.
Penterjemah ialah penjaga makna, ilmu dan amanah.
Mengiktiraf sumber asal tidak mengurangkan nilai kerja kita. Sebaliknya, hal inilah yang membezakan profesionalisme daripada sekadar ciplak.
Ilmu berkembang melalui perkongsian yang beretika, bukan melalui pengambilan hak orang lain.
Terjemahlah dengan jujur. Terjemahlah dengan berintegriti.
#IntegritiPenterjemahan #PersatuanPenterjemahMalaysia #TerjemahanBeretika #PPM
Bagaimana Mengelakkan Plagiarisme Terjemahan?
Langkah ini tampak mudah namun sangat penting:
1. Nyatakan sumber asal.
2. Sertakan rujukan walaupun sumber dalam bahasa lain.
3. Bezakan antara idea sendiri dengan idea yang diterjemahkan.
4. Dapatkan kebenaran jika diperlukan.
Contoh:
"Artikel ini diterjemahkan dan diadaptasi daripada karya [Nama Penulis], diterbitkan pada tahun XXXX."
Sedikit usaha, besar nilainya.
#AmalanTerbaik #PenterjemahanBeretika #PPM
Akibat Plagiarisme Lebih Besar Daripada Yang Disangka
Plagiarisme terjemahan boleh menjejaskan:
โ ๏ธ Reputasi individu
โ ๏ธ Kredibiliti institusi
โ ๏ธ Kepercayaan pelanggan
โ ๏ธ Integriti akademik
Dalam dunia akademik, tugasan boleh dibatalkan, artikel ditarik balik, malah ijazah boleh dipersoalkan.
Dalam dunia profesional, kepercayaan yang hilang sukar dibina semula.
#Integriti #Akademik #Terjemahan
๐ Pernahkah anda membaca sebuah novel atau cerita kanak-kanak yang terasa begitu hidup, seolah-olah ditulis dalam bahasa asalnya?
Itulah keindahan penterjemahan kreatif.
Menterjemah karya kreatif bukan sekadar mencari padanan perkataan. Ia memerlukan kepekaan terhadap emosi, budaya, perlambangan, gaya bahasa dan suara penulis agar pembaca dapat menikmati pengalaman yang sama dalam bahasa sasaran.
Bagi mereka yang ingin mendalami seni dan kemahiran ini, Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) membawakan:
๐จ Kursus Intensif Penterjemahan Kreatif
๐ฉโ๐ซ Penatar:
๐ Pn. Fatimah Zainal
Penterjemah bertauliah dan mantan editor Dewan Bahasa dan Pustaka.
๐ Pn. Fatimah Rodhiah Mohd Yusof
Penterjemah, pengarang, editor dan penyunting berpengalaman dengan lebih 60 karya terjemahan serta 17 karya kreatif yang telah diterbitkan.
18 & 19 Julai 2026 (Sabtu & Ahad)
9.00 pagi โ 5.00 petang
Dalam talian (Google Meet)
๐ฐ Yuran: RM350
Diskaun 10% untuk ahli PPM
Pelajari konsep, teori, kaedah dan pendekatan dalam menterjemah teks kreatif yang sarat dengan makna tersirat, budaya dan gaya bahasa.
Kerana terjemahan yang baik bukan sekadar difahami, tetapi turut dirasai oleh pembacanya.
๐ Daftar sekarang melalui kod QR pada poster.
#PPM #PenterjemahanKreatif #Penterjemahan #BahasaMelayu #Sastera #Penterjemah #TranslatorLife #TerjemahanSastera #KaryaKreatif
Mengapa Perkara Ini Berlaku?
Kadangkala bukan kerana niat untuk menipu.
Tekanan tugasan, tarikh akhir yang ketat, kekurangan pengetahuan tentang etika akademik dan kebergantungan kepada aplikasi terjemahan sering menjadi punca.
Namun, tidak tahu bukanlah alasan.
Terjemahan tanpa mengiktiraf sumber asal dikira sebagai melanggar etika.
Contoh:
Menterjemah kandungan laman sesawang luar negara untuk laporan syarikat tanpa menyatakan sumber asal.
#EtikaKerja #Penterjemah #Bahasa