HIGH TREASON
Derhaka ini ada banyak level.
Kalau mengata dan mentohmah Raja secara terbuka, ya ia derhaka. Boleh kena penjara.
Tapi setakat mengata Raja ia bukan HIGH TREASON. Yakni derhaka level tinggi.
High treason ini apabila anda berkomplot dan berkonspirasi nak turunkan Raja secara tidak sah.
Kesalahan ini termaktub dalam Seksyen 121B Kanun Keseksaan. Boleh dihukum penjara seumur hidup.
Dengan mereka yang turut bersubahat boleh didakwa dan dihukum yang sama.
Sekarang kita nilai sama ada tindakan2 ini boleh didakwa atas kesalahan HIGH TREASON atau tidak.
*************
Seorang yang dikatakan Pakar Adat telah melakukan tindakan di bawah.
PERTAMA, telah secara aktif memasyhurkan seorang Yamtuan baru di luar Istana, tidak mengikut adat istiadat yang sepatutnya.
Beliau ke depan, menekan2 polis, mengepalai upacara. Video acara tersebut dipertontonkan ke seluruh negara.
Menayangkan secara terbuka, open rebellion terhadap salah seorang 9 Raja Melayu yang sedang bertakhta.
*************
KEDUA,
Walaupun Proklamasi Turunkan Takhta Raja tak cukup syarat Perlembagaan:
❌ Undang yang mengumumkan tiada locus standi (hak) sebab sudah lebih awal dipecat oleh Luaknya
❌ Tiada due process dan natural justice kerana Yamtuan tidak dimaklumkan kesalahan dan tidak diberi peluang bela diri
❌ Tiada pengesahan dan tandatangan Menteri Besar sendiri
Pemimpin ini masih cuba menegakkan benang yang basah dalam sebuah podcast terkenal. Berpusing2 hujah bagi menghalalkan tindakan tidak Berpelembagaan para Undang.
Berlagak seolah2 beliau pakar adat yang neutral. Namun menyembunyikan hakikat ketika itu beliau telah dilantik sebagai Peguam dan Penasihat kepada Undang. Membuatkan pandangan beliau ada conflict of interest yang besar.
*************
KETIGA,
Pada tahun 2022, beliau telah secara aktif menobatkan Undang Jelebu sebagai “Sultan Jelebu”. Beliau juga yang menyampaikan cop mohor kepada “Sultan Jelebu” ini.
“Sultan Jelebu” inilah merupakan jurucakap utama para Undang dan mengetuai upacara memasyhurkan Yamtuan baru di Melaka.
Ini salah satu asbab gelaran darjah beliau ditarik balik.
******************
Saya kemukakan ketiga-tiga kejadian di atas untuk anda menilai sendiri.
Adakah episod ini dikira HIGH TREASON kepada Raja2 Melayu yang sah tertakhta?
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- pagi ni tak tahu kes sedition atau high treason. Kalau hanya sedition patutnya boleh bersyukur.
6 September 2026. YB Asna bin Mohd Amin, ADUN Lenggeng, datang membawa tepak sireh memohon ampun daripada Dato' Johan Tua Tahu, Wan Khairil Adli.
Kenapa dia kena minta ampun?