TAHNIAH YB RAR4 DAN SUAMI! ANDA SUDAH KAYA DAN BERJAYA!
Di saat rakyat marhaen sedang dibelenggu masalah kewangan dan ekonomi, inflasi dan harga barang yang naik mendadak, rakyat pula makin hari makin susah. Namun, ahli parlimen, adun, menteri dan politikus yang dapat ghanimah dilihat makin senang dan lenang, walaupun dahulunya mereka hanyalah pengemis yang berguling di jalanan.
Baru-baru ini tular sebuah kereta yang bernombor pendaftaran RAR4 yang dikatakan milik YB Rara atau Young Syefura. Nombor tunggal (single digit) sebegitu bukanlah nombor rakyat, yang ia pasti nombor kayangan. Kurang-kurang harga pasaran dalam RM50,000. Yelah, sudah dipacak mohor ahli parlimen (mp) Malaysia, mestilah rakyat syak ianya milik YB Rara yang cantik, pandai membekam, dan pandai mengayuh basikal kayangan.
Jika nombor itu dibeli, bukti dia sudah kaya raya. Jika diberi, bukti mereka dibela atau ditaja. Tetapi, yang pasti mereka sudah bukan lagi marhaen. VW Tiguan bukanlah murah. Bukan seperti Axia Kompang. Jika VW Tiguan ditambah nombor digit tunggal, ia sudah sampai makam kayangan. Mereka sudah kaya! Bagaimana mereka kaya? Kerja apa? Berniaga apa? Jadi mp boleh kaya ya?
Ada yang kata YB-YB lebai PN juga kaya raya selepas jadi YB. Lorh, takkan korang nak banding atau nak samakan YB Rara dengan lebai-lebai PN? Korang nak hina YB Rara sama taraf dengan YB-YB lebai PN ke? YB Rara graduan diploma kejururawatan (nursing) dan pernah menjadi tukang bekamlah!
Apa pun, tahniah diucapkan kepada YB Rara. Daripada budak bekam dan pseudosains pen magis, sudah jadi orang kaya dan berjaya melalui jalan politik. Alhamdulullah. Ketika jadi adun, dia boleh hanya pakai basikal. Bila jadi mp, terus pakai Tiguan “single digit”! Wow!
Korang yang rakyat marhaen selepas 1 tahun ni, pakai kereta apa?
Tahun lalu, aku ada bertanya di dinding akaun Facebook aku ini. Aku bertanya,
“Suami baru YB Rara ni kerja apa? Berniaga apa?”
Kenapa aku bertanya?
Aku telah ditunjukkan beberapa gambar di IG miliknya yang dia kerap keluar negara, bergaya sakan, bertemu pengarah-pengarah di jabatan kerajaan dan agensi kerajaan. Yang kita tahu, isteri dia yang YB, dia bukan. Jadi aku nak tahulah siapa dia tu sebelum jadi suami YB. Dia kerja apa, berniaga apa?
Aku terlihat di bahagian komen, terdapat keratan surat khabar yang dikongsikan oleh seorang pengomen. Keratan tersebut adalah berita tentang seorang yang bernama Muhammad Edrin Nordin yang mengaku bersalah kerana melakukan “scam”. Dia telah didenda dan dihukum.
Namanya pesalah tersebut persis sama dengan nama suami baru YB Rara. Tapi, tak mungkin suaminya mantan scammer. Mana mungkin kan? YB Rara kan YB yang membela rakyat, takkanlah dia nak berkahwin dengan perosak masyarakat seperti “scammer”. Betul tak?
Maka, aku terus meluncurkan SCRUT ANALytica untuk melihat apakah maklumat-maklumat yang ada tentang suami baru YB Rara ini. Aku mendapati kereta VW Tiguan yang bernombor pendaftaran itu milik suami baru YB Rara yang bernama Muhammad Edrin bin Nordin yang lahir tahun 1986 dan berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Selain itu, dia juga ada sebuah motosikal berkuasa tinggi BMW bernombot pendaftaran ***69! Wow! 69!
Mungkin VW dan nombor tunggal itu suami barunya yang menghadiahkan kepada YB Rara! Ah, sungguh manis (so sweet)! Mahal betul hadiah yang suami baru YB Rara berikan. Lagi aku tertanya-tanya, saudagar apakah Edrin Furtado (nama IG) suami baru YB Rara? Saudagar kapal di laut, balak di hutan? Atau mungkin profesional semisal jurutera pelantar minyak dan gas? Juruterbang (pilot)? Atau mungkin anak dato?
Hasil dapatan SCRUT ANALytica tidak menunjukkan yang Edrin Furtado ialah seorang usahawan berjaya. Kesemua syarikat-syarikat yang dimiliki atau berkaitan dengan Edrin tidaklah mempunyai rekod perniagaan yang baik dan cemerlang.