It was at this moment that Nimrod (the robot) infected a man from the time, then the offspring becomes Bastion (the main villain in Xmen 97) - a human with Sentinel tech. https://t.co/FKJZr1yVxO
Saya ada terbaca satu posting Uniklinik yg viral disebabkan mempromosikan PrEP in wrong way dan saya ada baca beberapa komen-komen berkenaan.
Btw its not Uniklinik Alam Damai.
Tapi izinkan saya menulis sepatah dua berkenaan pemberian PrEP dari segi kesihatan.
Tujuan utama pemberian PrEP dalam system kesihatan adalah untuk mencegah penularan HIV dalam kalangan masyarakat.
Pemberian PrEP tidak sama sekali menggalakkan hubungan sex antara individu dan tidak juga mempromosikan aktiviti seks sama sekali.
Untuk mengubah cara hidup seseorang manusia, ianya sukar dilakukan dalam masa yg singkat dan tidak semestinya berjaya.
Bayangkan perokok nak berhenti merokok pun banyak yang kecundang, inikan pula mereka yang mengamalkan gaya hidup bebas untuk mereka berubah sepenuhnya.
Oleh hal yang demikian, sementara pelbagai usaha dijalankan oleh pelbagai pihak, pemberian PrEP dianggap usaha sementara bagi menghalang penularan kes HIV.
Kami pengamal perubatan, bukanlah ulama nak tentukan halal atau haram kepada pesakit kami. Kami lebih mementingkan kesihatan mereka dan juga orang di sekeliling mereka.
Mereka yang kami rawat, boleh jadi anak anda, ayah anda, kawan karib anda, sepupu anda malah suami/isteri anda.
Oleh itu janganlah bersikap menghukum, sebaliknya bersedia untuk sama-sama bantu mereka berubah ke arah yang lebih baik.
Peace no war ✌🏻.