Salam Nuzul Al-Quran!
Al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca, tetapi panduan hidup yang menyinari setiap langkah kita.
Semoga setiap ayat yang kita baca menjadi pedoman, setiap surah menjadi sumber inspirasi dan setiap amalan kita diredai Allah.
15 Ramadan π
Separuh perjalanan sudah berlalu.
Kalau separuh pertama kita masih kurang, semoga separuh yang berbaki ini menjadi peluang untuk kita jadi lebih baik. β¨
Ramadan hadir membawa cahaya di tengah kegelapan, membawa harapan di saat ujian. πβ¨
Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi kekuatan, setiap sabar menjadi pahala dan setiap kebaikan dilipatgandakan.
Selamat menyambut bulan Ramadan!
Mesti ramai teruja, kan? Ramadan dah hampir tiba! π
Bulan penuh keberkatan ni jangan sampai kita sia-siakan.
Jadi, dari sekarang hingga Ramadan nanti, apa yang kita perlu buat? Slow down, fokus pada perkara penting dan hargai setiap detik bulan mulia ini.β¨
#Ramadan2026
COUNTDOWN RAMADAN 1447H | 2026
Ramadan: 3 Hari Lagi!
Ψ§ΩΩΩΩΩΩΩΩ ΩΩ Ψ¨ΩΩΩΩΨΊΩΩΩΨ§ Ψ±ΩΩ ΩΨΆΩΨ§ΩΩ
"Ya Allah, temukanlah kami dengan bulan Ramadan."
Marhaban Ya Ramadan!
--
Setiap sen yang dikongsi hari ini, jadi pahala berpanjangan.
Kempen Infaq Ramadan 15
https://t.co/kIYgvElXbt
Sumbangan anda menghadirkan senyuman di wajah mereka. π₯°
Melalui rakan pelaksana kami di Gaza, sumbangan anda diterjemahkan kepada barangan asas, 1 pek kentang & 1 papan telur... cukup untuk menyambung hari dan cukup untuk mengingatkan mereka bahawa mereka tidak dilupakan.
πππππ ππππ π πππππππβ¨
Inilah saat untuk kita memperbanyakkan istighfar, memohon ampun atas segala dosa yang lalu, serta berdoa agar diberi ketenangan hati, kekuatan iman dan istiqamah dalam kebaikan.
Mohonlah yang terbaik untuk diri, keluarga dan seluruh umat.
SALAM ISRAK & MIKRAJ β¨
Israk - Perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.
Mikraj - Perjalanan Nabi dari bumi menuju ke langit tertinggi, hingga ke Sidratul Muntaha, tempat baginda menerima perintah solat lima waktu.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang setia bersama Peduli Insan dalam misi kemanusiaan di Gaza ini. β€οΈ
Agihan ini mampu dilaksanakan asbab keprihatinan anda!
Angka korban di Gaza kini mencecah 69,513 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, manakala 170,745 lagi cedera sejak serangan bermula pada Oktober 2023.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa lebih 900 pesakit telah meninggal dunia ketika menunggu proses pemindahan rawatan, akibat sekatan dalam mengeluarkan permit perjalanan untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza, menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
UNHCR mengumumkan bahawa lebih daripada 1.2 juta pelarian Syria telah kembali ke negara mereka, kebanyakannya dari Turki, diikuti oleh Lubnan dan Jordan, serta sejumlah kecil dari Iraq, Mesir dan negara-negara lain di luar rantau ini.
Hampir 90% penduduk Gaza kini mengalami kekurangan zat makanan akibat sekatan berterusan yang menghalang kemasukan bantuan penting seperti makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas, sekali gus menyukarkan kehidupan mereka.
Di Damsyik, penduduk menukar serpihan konkrit dan batu daripada bangunan runtuh menjadi pasir, batu kerikil dan bata untuk digunakan semula sebagai bahan pembinaan dan membina semula rumah mereka yang rosak akibat perang.
Kementerian Kesihatan Palestindi Gaza melaporkan bahawa terdapat kira-kira 6,000 individu berdaftar yang mengalami kehilangan anggota badan dan kini memerlukan program pemulihan jangka panjang dengan segera.
Di Gaza, air yang sepatutnya menjadi asas kehidupan kini berubah menjadi kemewahan yang semakin sukar dicapai. Infrastruktur teras seperti telaga, loji rawatan air dan saluran paip, sebahagian besarnya musnah atau lumpuh.