Walau satu dunia menghinakan Guru Mulia Syeikh Abu Zaki As Sanggafuri Al Hadrami, Syeikh tetap mulia di sisi Allah SWT, bahkan semakin naik, naik dan naik tinggi di sisi Allah SWT.
🌹Berkata Al 'Allamah Al Qutb Al Habib Alwi Bin Abdullah Bin Syihab🌹
Apabila kalian bjalan di jalan yg benar, kalian jujur dlm mlaksanakan apa yg dikatakan Para Salaf kalian, dan kalian mcintai apa yg Para Salaf kalian cintai, maka Allah SWT akan mjaga badan serta harta kalian.
🌹Berkata Habib Umar Bin Hafidz🌹
Umumnya, kebanyakan manusia di bumi ini dihukum oleh Allah SWT dengan terhijab kepadaNya. Sebaliknya, manusia yang dicintai oleh Allah SWT itu sangat sedikit.
Tetapi jika kita tidak merasa nyaman dengan segala perbuatan kelalaian manusia kebanyakan, itu tanda kita termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Allah SWT.
Perhatikan diri kita, kita di golongan yang terhijab atau yang dicintai oleh Allah SWT. Tandanya ada pada hati kita.
Jika hati kita merasa nyaman dengan segala perbuatan kelalaian manusia kebanyakan, kita termasuk dalam golongan mereka.
🌹Berkata Habib Umar Bin Hafidz🌹
Di dalam bala, musibah, penderitaan, kesusahan dan kefakiran, terdapat ilmu pembersihan diri di dalamnya, yang mana ilmu itu tidak ada di dalam mana-mana kitab dan tidak ada pada mana-mana Ulama.
Sesungguhnya segala ujian kesusahan di dunia ini dapat memberi kesan kepada hati kita untuk semakin merendah kepada KeAgungan Allah SWT. Semakin merendah hati seseorang kepada Allah SWT, semakin mencurah-curah Rahmat Allah SWT dialirkan ke dalam hatinya.
🌹Berkata Al Imam Abu Qasim🌹
Menjadi masyhur adalah satu ujian, namun ramai yang menginginkannya. Manakala tidak dikenali adalah satu Rahmat, namun sedikit yang menginginkannya.
🌹 Berkata Habib Umar Bin Hafidz 🌹
Barangsiapa yang membuka satu pintu NIAT yang baik, maka Allah SWT akan membukakan 70 pintu TAUFIQ baginya.
Bersungguhlah kepada Allah SWT. Tuluskan niat kalian ketika beribadah kepadaNya. Tidak ada yang lebih baik dalam perhubungan melainkan
Rasulullah SAW pun tak suruh ibadah sebanyak-banyaknya di Malam LailatulQadar. Kata Rasulullah SAW, cukuplah sekadar memerah susu yakni bermaksud sedikit tetapi yang berkualiti.
🌹Berkata Syeikh Abu Zaki Al Hadrami🌹
Apa persiapan di Malam LailatulQadar? Bersangka baik dengan Allah SWT dan bersangka baik dengan manusia.
Bersangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT Maha Menerima Amal walau sedikit amal dan Allah SWT Maha Pengampun walau...
🌹 Berkata Abah Guru Sekumpul 🌹
Mengutamakan ibu lebih afdhal daripada mengutamakan Tuhan. Kerana jika mengutamakan Tuhan, ibu akan terabai. Tetapi jika mengutamakan ibu, ia sudah termasuk mengutamakan Tuhan. Kerana mentaati dan berbakti kepada ibu itu adalah...
🌹Berkata Abah Guru Sekumpul🌹
📿Amalan Awal Ramadhan Sesudah Solat Maghrib📿
Supaya selama setahun bermula dari Ramadhan tahun ini sehingga Ramadhan tahun hadapan, kita diselamatkan Allah dan dipelihara Allah walau bagaimana sekalipun keadaan kita, bacalah Surah Al Fath...